KERAJAAN BN MULAKAN PROJEK TEBATAN BANJIR DI SELANGOR TETAPI KERAJAAN PH SELANGOR TELAH BATALKAN

Rencana Sisipan

26 Dis 2021

Rakyat mula sedar yang Kerajaan Pakatan Harapan(PH) telah gagal ketika menjadi kerajaan Persekutuan selama 22 bulan. Malah PH juga gagal mengendalikan Selangor sekarang ini.

Ujian sebenar kerajaan PH Selangor adalah ketika berlaku musibah banjir besar beberapa hari yang lalu. Menteri Besar Selangor tidak tahu bagaimana menguruskan negeri yang sedang ditimpa malapetaka banjir.

Perkara tersebut bertambah buruk apabila Datuk Seri Najib mendedahkan bagaimana kerajaan PH Selangor membatalkan projek tebatan air yang dimulakan semasa pentadbiran BN di Selangor dengan alasan ianya tidak memberi manfaat besar bagi Selangor.

DS Najib menggesa kerajaan Selangor supaya mengkaji semula pelaksanaan projek tebatan banjir yang dinamakan Canal City.

Kerajaan BN Selangor sebelum tahun 2008 pernah memulakan projek tebatan banjir berskala amat besar yang dinamakan Canal City. Pada tahun 2007, projek itu sudah diberi peruntukan RM3 bilion.

“Projek telah mula dibina pada tahun 2007 sehingga tahun 2009 tetapi tergendala apabila kerajaan Pakatan ambil alih Selangor selepas PRU12.

“Jika terusan air ini dapat mengurangkan risiko banjir di samping dapat menambah rizab air mentah Selangor, namun saya rasa ada keperluan untuk mengkaji semula perlaksanaan projek ini,” katanya dalam hantaran Facebooknya.

Tambah mendukacitakan rakyat Selangor, tanah yang dikhususkan untuk projek tersebut telah dijual kepada sebuah syarikat pemaju dengan harga yang sangat murah RM1.3 bilion.

Pada 7 Feb 2011, kerajaan Selangor bawah pimpinan Menteri Besar Khalid Ibrahim telah membatalkan projek Canal City yang menghubungkan Sungai Klang hingga ke Sungai Langat.

Khalid juga membuat keputusan untuk mengambil semula tanah lebih 4,000 ekar yang telah diberikan oleh kerajaan terdahulu pimpinan BN kepada syarikat pemaju, Talam Corporation Berhad, termasuk hutang-hutang tertunggak.

Menurut Najib, projek Canal City itu melibatkan keselamatan Majlis Perbandaran Shah Alam (MPSA) iaitu sekitar Taman Seri Muda dan Kota Kemuning. Kawasan inilah yang dilanda musibah banjir yang sangat teruk beberapa hari lalu.

Ia melibatkan pembinaan terusan air utama sepanjang 18km merentasi daerah Klang hingga ke daerah Hulu Langat yang akan menghubungkan Sungai Klang dengan Sungai Langat dengan matlamat mengalihkan 30 peratus air dari Sungai Klang ke Sungai Langat pada waktu puncak.

Beberapa terusan sekunder juga akan dibina. Selain itu juga perancangan kerajaan BN ketika itu turut akan membina beberapa takungan air yang amat besar (seperti hybrid off river augmentation system HORAS) untuk menyimpan air yang akan menjadi sumber air penduduk Selangor.

Kesengsaraan rakyat Selangor rupa-rupanya berpunca dari kerajaan PH Selangor yang telah membatalkan projek tebatan air yang dimulakan semasa pentadbiran BN di Selangor dengan alasan ianya tidak memberi manfaat besar bagi Selangor.

Rakyat Selangor tidak akan lupa perkara ini.

– MYKMU.Net

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: