JIKA SEMENANJUNG SUDAH TOLAK PKR, APA LAGI RAKYAT SARAWAK – PEMIMPIN PBB

Editorial

26 Dis 2021

Pada tujuh PRK yang lalu ketika PH masih berkuasa, rakyat telah menunjukkan bahawa mereka menarik balik mandat yang diberikan kepada kerajaan penipu, pembohong, dan pemfitnah serta campur tangan dalam badan perundangan negara.

Pada enam PRK di Semenanjung dan satu di Sabah, khususnya di Slim, Semenyih, Cameron Highlands, Rantau, Chini, Tanjung Piai, dan Kimanis Sabah, semuanya telah dimenangi oleh BN dan tiada satu pun yang berjaya dimenangi oleh PH meskipun mereka berkuasa ketika itu, termasuk PKR.

PKR disifatkan sudah hilang kredibiliti untuk membawa suara rakyat, malahan pemimpin mereka sendiri sering bertelagah untuk berebut kuasa baik sesama mereka dalam parti mahupun dalam gabungan PH.

Malahan baru-baru ini rakan sekongkol mereka DAP dan Amanah seperti hilang rasa hormat kepada Presiden PKR, DS Anwar Ibrahim sehingga mereka mahu Anwar meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang dan Pengerusi Majlis Presiden.

Kekalahan di PRN Melaka telah menambahkan lagi realiti hilangnya sokongan rakyat terhadap PKR, terutamanya kepada Anwar, yang amat pandai bermain lidah, tetapi penuh dengan pembohongan dan janji palsu.

Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, telah dengan beraninya memperakui bahawa kredibiliti PKR di Semenanjung telah hilang, sebagaimana dilaporkan Sinar Harian.

Tegas beliau, PKR sudah sudah ditolak di Semenanjung serta Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan untuk apa rakyat Sarawak perlu memberi sokongan kepada PKR lagi?

“PKR sudah hilang kredibiliti… jadi untuk apa orang Sarawak mahu bagi sokongan kepada parti itu. Ia tidak akan membawa apa-apa sedangkan orang Semenanjung pun tolak mereka.”

Lantas rakyat Sarawak melalui Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Sarawak tanpa perlu sokongan daripada PKR, mahupun DAP atau Amanah dalam PH.

Awang Tengah membidas demikian ketika diminta mengulas mengenai rayuan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kepada rakyat Sarawak supaya memberi peluang untuk memilih wakil daripada PKR pada PRN Sarawak yang baru berlalu.

Tambah Awang Tengah, GPS merupakan gabungan yang akan terus memastikan kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri.

Hal ini kerana katanya, GPS lebih memahami keperluan seluruh lapisan masyarakat termasuk di luar bandar.

Jelaslah bahawa rakyat Sarawak juga sudah kenal siapakah PH dan siapakah pemimpin yang boleh dipercayai, bukannya pembohong dan pemfitnah.

Ramai pemerhati politik melihat, kekalahan PKR, dan PH di PRN Melaka, PRN Sarawak dan Tujuh PRK yang lalu, memberi tanda bahawa PKR dan PH akan jatuh tersungkur pada PRU15 nanti.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: