MENTERI BERSATU DIKRITIK KERANA LEMBAB BERTINDAK DALAM PENGURUSAN BANTUAN BENCANA

Editorial

22 Dis 2021

Pelbagai portal medsos mengkritik keras Menteri Bersatu yang menerajui NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara) kerana lembab menguruskan bantuan bencana banjir sehingga ada mangsa yang menunggu sehingga lebih 12 jam atas bumbung rumah.

Malahan, ada NGO yang mendesak kerajaan menggugurkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Abdul Latiff Ahmad dari Bersatu yang mengetuai Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), kerana gagal menguruskan banjir besar di beberapa negeri seluruh negara.

Presiden PEKEMAS, Faizan Nor berkata, tindakan Latiff mengeluarkan kenyataan bahawa agensi itu hanya menguruskan pampasan kepada mangsa dan tidak terlibat dalam pengurusan banjir sangat mengecewakan.

“Semua tahu NADMA adalah agensi peneraju pengurusan bencana yang mengatur semua gerakan dan mengkoordinasi semua pihak yang terlibat dalam pengurusan bencana,” tempelak Faizan.

NADMA ditubuhkan pada era DS Najib Tun Razak pada tahun 2014 ketika banjir besar pada tahun itu.

NADMA atau Agensi Pengurusan Bencana Negara bertanggungjawab untuk menyelaras pengurusan bencana di seluruh negara.

Maksud menyelaras pengurusan bermula dari kerja-kerja menyelamatkan mangsa sehingga penempatan semula mangsa pascabencana.

Seperti yang berlaku di Sri Muda Selangor, mangsa banjir terpaksa menunggu atas bumbung rumah sehingga lebih 12 jam untuk mendapatkan bantuan, sedangkan NADMA masih mencari-cari alasan protokol itu dan ini untuk bertindak.

Faizan membidas, “Kalau setakat pampasan, itu syarikat insurans boleh buat dan rakyat ketika ini tengah tunggu apa pegawai tinggi dalam NADMA sedang buat untuk urus banjir ini.”

Minggu lalu, Latiff berkata di Dewan Rakyat bahawa NADMA tidak terlibat secara langsung dalam urusan kejadian bencana alam seperti banjir di peringkat negeri.

Katanya, NADMA hanya menjaga urusan pemberian pampasan kepada mangsa selepas mendapat maklumat dan senarai daripada negeri.

Nampak sangat betapa lembabnya menteri Bersatu ini!

Terdahulu, media melaporkan bahawa anggota tentera terpaksa bertindak untuk membantu memindahkan mangsa banjir tanpa menunggu arahan daripada NADMA.

NADMA telah dikritik kerana lembab dan teragak-agak untuk mengerahkan tentera bagi usaha bantuan, PBSM, ATM, PDRM, JPAM, Bomba dan RELA untuk segera bertindak membantu mangsa sehingga jumlah kematian di Selangor telah meningkat lebih kepada 17 orang akibat banjir.

Pengerusi Biro Politik Majlis Perundingan Melayu (MPM), Shahbudin Embun pula mengkritik bahawa NADMA sepatutnya menjadi peneraju pengurusan bencana yang mengatur semua gerakan dan mengkoordinasi semua pihak yang terlibat dalam pengurusan bencana.

“Di sinilah NADMA sepatutnya memainkan peranan utama dan bukannya seperti melepaskan batok di tangga,” tegas Shahbudin.

NADMA sepatutnya telah mengatur langkah dan bertindak agresif menyelamatkan mangsa banjir yang terperangkap lebih daripada beberapa hari, tanpa makanan dan ubat-ubatan. 

Ini bukan masanya memikirkan soal protokol dan birokrasi.

Tidakkah NADMA sedar dalam keadaan sekarang, ‘Lori Hantu’ yang sentiasa berkeliaran di tempat-tempat projek dan hutan juga telah keluar dari persembunyian dan membantu mangsa-mangsa banjir. Lori-lori ini pun mampu meredah banjir memberikan bantuan. 

“Mereka membawa bot sendiri, membeli dan menyewa sampan untuk membantu menyelamatkan mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Mujurlah rakyat Malaysia mempunyai sifat keprihatinan yang sangat tinggi,” kata Shahbudin.

Tetapi, apakah yang NADMA lakukan untuk rakyat yang ditimpa bencana alam sebaliknya mengelak daripada tanggungjawab yang diberikan.

Sepatutnya NADMA sudah pelajari daripada pengalaman yang sekian lama dalam hal pengurusan bencana banjir dan tahu bagaimana hendak mengurangkan risiko serta cara dan kaedah yang sesuai.

Nampak sangat NADMA di bawah pimpinan Dr Latif dari Bersatu gagal membantu rakyat dengan alasan-alasan dangkal sebaliknya rakyat terpaksa uruskan sendiri kesan bencana yang mereka alami.

Adakah Latif sengaja mahu membentuk persepsi buruk terhadap kerajaan pimpinan DS Ismail Sabri.

Portal Edisi Siasat juga mengkritik keras kelembaban NADMA kerana badan itu mempunyai autoriti penuh untuk arahkan semua aset negara digerakkan bagi menangani bencana, itulah amalannya sejak tahun 2014.

Rakyat terkejut apabila Menteri yang bertanggungjawab, telah mengeluarkan kenyataan NADMA tidak terlibat dalam pengurusan bencana.

Lebih dangkal lagi bila Dr Latif berkata NADMA tidak mempunyai dana yang cukup dan mahu menjimatkan kos.

Apakah Jabatan Perdana Menteri tidak mempunyai dana untuk pelan kecemasan?

Kalau pun tidak ada, kita mempunyai Pusat Pungutan Zakat (PPZ) di seluruh negara.

Berbilion-bilion duit kutipan zakat dapat dipungut setiap tahun, gunakanlah.

Apakah mangsa bencana alam tidak termasuk dalam asnaf?

Pihak ATM terpaksa bertindak sendirian apabila NADMA dilihat terlalu lambat memberikan arahan.

Jika rakyat, mangsa banjir dan badan bertindak seperti tentera menunggu arahan NADMA, pasti makin ramai lagi akan terkorban, dan banyak harta akan musnah.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: