FITNAH ZAKIR NAIK SEBAGAI ‘PENGGANAS’ DAN ‘SYAITAN’, CUKUPKAH HANYA SEKADAR MOHON MAAF?

Editorial

21 Dis 2021

Harakah pada Ogos 2016 pernah menyiarkan rencana bertajuk ‘Dr Zakir atau Ramasamy sebenarnya pengganas’, setelah heboh bahawa Ramasamy merupakan aktivis dalam kumpulan pengganas antarabangsa LTTE.

Dr Zakir Naik telah bertindak mendakwa fitnah dan tuduhan tersebut dalam dua kes saman fitnah sivil terhadap P. Ramasamy, ADUN Perai, Pulau Pinang yang juga Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

P. Ramasamy telah memohon maaf ke atas Dr Zakir Naik, yang merupakan pendakwah Islam terkenal dan penduduk tetap Malaysia.

Nampaknya sebagaimana beberapa pemimpin DAP yang lain, mereka dengan mudah memohon maaf setelah menghina dan memfitnah, memaki -hamun dengan kata-kata nista terhadap tokoh-tokoh yang lain, untuk melepaskan diri.

Adakah cukup hanya sekadar memohon maaf, sedangkan reputasi mangsa sudah tercemar?

Sebagaimana disiarkan dalam Malaysiakini, dalam perbicaraan kes sivil tersebut, Dr Zakir Naik menyifatkan ‘permohonan maaf’ oleh Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy kerana menggelarnya sebagai ‘syaitan’ sebagai tidak bersungguh dan tidak ikhlas.

Zakir yang mempunyai status penduduk tetap Malaysia berkata demikian ketika memberi keterangan dalam perbicaraan saman fitnahnya terhadap Ramasamy, hari ini.

Antara sejumlah kenyataan didakwa fitnah dalam saman itu adalah hantaran Facebook Ramasamy pada 10 April 2019, di mana dia didakwa menggelar Zakir sebagai ‘syaitan’.

Dua hari kemudian (12 April 2019), Ramasamy menyuarakan kekesalannya terhadap penggunaan perkataan ‘syaitan’ terhadap penceramah itu.

Laporan media ketika itu melaporkan Ramasamy meyuarakan kekesalan, bukannya permohonan maaf, berhubung gelaran itu.

Ketika perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Zakir berkata dia keberatan untuk menerima “permohonan maaf” Ramasamy kerana defendan tidak menyampaikannya kepada plaintif secara sendiri dan/atau melalui peguamnya.

“Saya menolak untuk menerima dan/atau memperakui (conceding) ‘permohonan maaf’ defendan yang tidak bersungguh dan/atau tidak ikhlas.

“Dalam apa jua keadaan, ‘permohonan maaf’ tersebut (yang ditolak) hanya merujuk kepada perkataan ‘syaitan’ dan bukan terhadap kata-kata fitnah dalam hantaran Facebook tersebut,” katanya.

Perbicaraan di depan hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz hari ini berhubung dua saman fitnah sivil yang difailkan Zakir terhadap Ramasamy pada akhir 2019.

Saman pertama difailkan pada 16 Oktober 2019, berhubung empat kenyataan Ramasamy yang dikeluarkan pada 10 April 2016; 1 Oktober 2017; 11 Ogos 2019; dan 20 Ogos 2019.

Pada 30 Disember 2019, Zakir dilaporan memfailkan satu lagi saman fitnah terhadap Ramasamy, berhubung kenyataannya yang turut diterbitkan oleh laman The Malaysian Insight pada 8 November.

Selain Ramasamy, Zakir juga telah memfailkan saman fitnah terhadap bekas menteri sumber manusia M Kulasegaran, Ahli Parlimen Klang Charles Santiago, Adun Bagan Dalam Satees Muniandy dan bekas duta Dennis J Ignatius.

Tindakan undang-undang itu difailkan susulan kenyataan Dr Zakir semasa satu program ceramah di Kelantan pada 8 Ogos 2019, mengenai penyebaran Islam secara aman di kepulauan Melayu.

Hari ini, Zakir berkata kenyataan Ramasamy bukan saja menjejaskan reputasinya sebagai pendakwah, tetapi membawa risiko kepada keselamatan diri dan keluarganya.

Dia berkata terpaksa membelanjakan RM10,000 sebulan untuk pengawal keselamatan demi menjamin keselamatannya dan keluarga.

“Sekarang saya upah pengawal keselamatan 24/7 (24 jam sehari, tujuh hari seminggu). Saya perlu belanja RM10,000 setiap bulan ekoran kenyataan semberono seorang individu yang ada agenda peribadi dan motif politik,” katanya.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: