KAJIAN KUALITATIF BLOG KBD TENTANG KEPUTUSAN PRN SARAWAK ADALAH SIGNIFIKAN, VALID DAN TEPAT

Dr. Mamat Desa

20 Dis 2021

Pada 17 Dis blog Korek Bongkar Dedah (KBD) telah menyiarkan dapatan kajian kualitatifnya tentang kekalahan yang akan dialami PH dalam PRN Sarawak.

Pihak blog telah menyiarkan sehari sebelum PRN kerana dalam kajian kualitatif berkenaan jentera penyelidik cuba mengambil kira perubahan dan peralihan sokongan pada saat-saat terakhir pengundi pada PRN Sarawak.

Setelah keputusan rasmi dilaporkan, jelaslah bahawa dapatan kajian KBD adalah tepat, cuma tidak disebut bahawa GPS akan ‘menang teruk’.

GPS pimpinan Abang Abdul Rahman Johari Abang Openg telah memenangi PRN Sarawak dengan menguasai 76 daripada 82 kerusi DUN Sarawak, manakala DAP hanya berjaya mempertahankan 2 kerusi, PKR dan Amanah langsung tidak memenangi apa-apa kerusi pun.

Pada PRN 2016, BN yang memimpin kerajaan Sarawak telah memenangi 72 kerusi daripada 82 kerusi DUN Sarawak.

Jelas sekali formula Abang Johari yang mengambil kira kepentingan semua etnik utama di Sarawak telah berjaya memenangi mandat rakyat.

Pendekatan rasisme yang dibawa oleh DAP di Semenanjung tidak terpakai di Sarawak yang sememangnya menjalani kehidupan harmoni antara semua etnik tanpa mengira budaya agama dan perbezaan bahasa ibunda.

PH yang bersengketa sesama sendiri dan mengambil pendirian untuk bertanding atas logo masing-masing telah terbukti kecundang.

Di manakah mandat rakyat yang mereka laung-laungkan itu semasa memenangi PRU14 yang penuh pembohongan, fitnah dan janji palsu, dan setelah jatuh tersungkur apabila Tun Mahathir meletakkan jawatan sebagai PM.

Hakikatnya rakyat menarik balik mandat kepada pemimpin yang pandai memfitnah, berbohong, membuat janji palsu dan menggembar-gemburkan pembohongan bahawa negara akan bankrap dengan hutang yang direka-reka sejumlah RM1 trilion.

Akibatnya DAP yang bertanding 24 kerusi hanya menang 2 kerusi, manakala PKR yang bertanding 28 kerusi kalah keseluruhannya dan begitu juga dengan Amanah.

GPS sebelumnya adalah komponen BN dan bukannya PN yang didominasi oleh Bersatu yang merupakan ‘janda’ PH.

PM Ismail Sabri turut turun ke padang untuk berkempen menyokong GPS, bagi menjelaskan kepada rakyat Sarawak bahawa GPS adalah rakan baik BN iaitu gabungan yang sudah sebati dengan jiwa pengundi Sarawak.

Rekod buruk pemerintahan PH selama 22 bulan memerintah negara adalah satu tanda aras yang menjadi senjata untuk rakyat menolak DAP, PKR dan Amanah.

Begitu juga PAS yang cuba menggunakan agama sebagai modal menarik undi.

Rakyat Sarawak tidak mahu diperbodohkan oleh PH, malah mereka sememangnya menolak PH sejak PRN 2016 lagi.

PRN Sarawak telah membawa mesej yang jelas, bahawa rakyat Sarawak menolak PH serta parti komponennya DAP, PKR dan Amanah.

Nampaknya dalam tempoh sekitar kira-kira sebulan PH telah menerima tamparan setelah kalah teruk di PRN Melaka.

Sewajarnya Bersatu yang merupakan serpihan PH juga harus sedar, bahawa mereka juga sedang menjadi sasaran penolakan rakyat pada PRU15 nanti.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: