MAHATHIR ANTI-MELAYU DAN ANTI-RAJA-RAJA MELAYU

Editorial

18 Dis 2021

Baru-baru ini Tengku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim telah mengkritik Tun Mahathir kerana sikap Mahathir yang tidak jujur kepada Majlis Raja-Raja, dan rakyat berhubung isu ratifikasi Statut Rom dan ICERD yang telah mendapat tentangan rakyat sehingga membawa kepada perhimpunan mega 1.9 juta umat Melayu-Islam di kota Kuala Lumpur pada 8 Dis 2018.

Perhimpunan itu berjaya mendesak kerajaan PH, menarik balik cadangan untuk meratifikasi ICERD yang kemudiannya membawa kepada kejatuhan kerajaan PH setelah berkuasa hanya selama 22 bulan.

Hanya TMJ dalam kalangan istana yang sanggup menentang Mahathir secara terang-terangan dalam isu berkenaan melalui media.

Walau bagaimanapun pastinya ada ramai lagi dalam kalangan pihak istana yang menentang pendirian kerajaan PH semasa Mahathir berkuasa yang berusaha untuk meratifikasikan ICERD dan Statut Rom.

Walaupun banyak negara menyokong ratifikasi ICERD dan Statut Rom namun situasi di Malaysia adalah berbeza.

Malaysia adalah negara merdeka yang bukan berada dalam kuasa penjajah.

Hendaklah diingat bahawa Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan adalah kontrak sosial yang kerananya rakyat Melayu-Peribumi sanggup berkompromi untuk menerima pendatang asing bermastautin di negara ini.

Rakyat Melayu-peribumi tidak menjemput mereka sebaliknya mereka diimport oleh kerajaan British untuk bekerja sebagai buruh murahan untuk menjarah hasil bumi Tanah Melayu pada era pramerdeka.

Malaysia tidak boleh berkompromi dengan ratifikasi ICERD dan Statut Rom kerana ekonomi negara sejak pramerdeka dan pascamerdeka telah dimonopoli oleh kaum pendatang yang kini diterima sebagai rakyat Malaysia.

Lagipun komposisi mereka telah meningkat naik kerana terlalu sangat diberi muka untuk membuka pintu masuk sedangkan banyak negara di Asia Tenggara menentang kemasukan mereka.

Lihatlah apa yang diperakui oleh pemimpin awal MIC dan MCA, iaitu Tun Sambanthan dan Tun Tan Siew Sin ketika saat negara mencapai kemerdekaan.

Mahathir adalah produk daripada pengimportan buruh asing ke negara ini, apabila keturunan daripada datoknya adalah daripada Kerala India.

Dia sering mengutuk kaum Melayu sebagai malas dan bodoh, malah semasa Kongres Maruah Melayu sekalipun dia masih menghina maruah Melayu dengan klise dan pelabelan yang sama.

Tidak hairanlah sekiranya TMJ mendakwa Mahathir tidak jujur kepada Majlis Raja-Raja, dan rakyat, berhubung isu Statut Rom, ICERD.

Titah TMJ, Mahathir bukan sahaja tidak jujur kepada Majlis Raja-Raja, tetapi juga kepada seluruh rakyat berhubung isu Statut Rom dan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Perkara yang dibuat secara tergesa-gesa pada ketika pentadbiran Mahathir semasa mengepalai kerajaan PH itu akan menggugat kesejahteraan rakyat dan menjejaskan hak keistimewaan orang Melayu.

“Dengan menyerang institusi diraja, Tun (Dr Mahathir) tidak akan dapat menyelesaikan masalah negara yang telah dicipta sendiri oleh Tun termasuk isu perpecahan dan asimilasi kaum.”

 “Tetapi saya juga adalah seorang bangsa Melayu dan tidak lupa akan tugas saya untuk mempertahankan Agama Islam. Itulah sebab saya menentang Statut Rom dan ICERD,” katanya.

Isu ratifikasi ICERD dan Satut ROM tidak boleh disamakan dengan pendirian kerajaan menentang Apartheid sebagaimana cuba dibangktikan oleh Malaysiakini.

Sumber: Malaysiakini

Sistem Apartheid diamalkan di negara Afrika Selatan yang diperintah oleh kaum minoriti Barat dengan dasar diskriminasi terhadap kaum peribumi di sana.

Sistem politik apartheid memisahkan penduduk kaum kulit putih daripada kaum kulit hitam pada tahun-tahun 1948 sehingga tahun 1990-an. Dasar-dasar pemisahan ini dibentuk dan dilaksanakan sewaktu pemerintahan Hendrik Verwoerd Perdana Menteri ke-7 Afrika Selatan, berbangsa Belanda.

Dalam dasar Aparteid, kaum kulit hitam dianggap hina dan diberi layanan kelas kedua dari aspek politik, ekonomi, sosial, endidikan dan kebudayaan.

Semua bentuk diskriminasi sedemikian adalah sah di sisi undang-undang apartheid yang telah dimanipulasi oleh pihak pemerintah kulit putih untuk memastikan kekuasaan atau dominasi mereka.

Adakah itu semua berlaku di Malaysia?

Malahan Malaysia lebih jauh bertoleransi terhadap kaum asing berbanding dengan dasar negara jiran Indonesia dan negara Asia Tenggara yang lain.

Malaysia atau dahulunya Persekutuan Tanah Melayu, adalah negara merdeka, di bawah kuasa rakyat yang menentukan segala dasar dan undang-undang, dan bukannya berada di bawah kuasa kuku besi dan diktator sebagaimana dasar apartheid di Afrika Selatan.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: