PH AKAN KALAH LAGI DI PRN SARAWAK SETELAH KALAH DI PRN MELAKA

Editorial

17 Dis 2021

Bagaimanakah satu-satu pasukan itu akan memang dalam medan pertempuran sekiranya mereka sesama pasukan bergaduh?

Demikianlah apa yang diperhatikan pada pergolakan dalam PH di PRN Sarawak apabila DAP tidak lagi sehaluan dengan PKR yang dilihat sebagai liabiliti PH.

DAP berebut kerusi dengan PKR, sehingga pemimpin PKR hanya diberikan kerusi DUN ‘merah’, manakala kerusi DUN yang ada potensi untuk menang telah disapu oleh DAP semuanya.

Kata Mahathir kepada PH, “Kita kalah dalam banyak PRK, tetapi PH masih tidak faham. Sebaliknya, masih bergaduh sesama sendiri, dan memecahbelahkan rakyat.”

Tidak sebagaimana PRU14 apabila dengan penuh semangat mereka menggunakan logo PKR untuk mengelabukan mata pengundi pedalaman yang mudah termakan fitnah, pembohongan dan janji palsu.

PH yang hanya mampu bertahan selama 22 bulan memerintah telah mengajar rakyat betapa rakus, rasis dan ekstremnya pemimpin DAP.

Selama 60 tahun DAP hanya layak berdiri sebagai pembangkang, tetapi setelah memperoleh kuasa mereka menjadi seperti ‘pemabok kuasa’ merodong apa sahaja yang boleh sehingga setiausaha politik Menteri pun boleh berlagak seperti Menteri, sebagaimana didakwa sendiri oleh Tun Mahathir.

Ramai yang memberikan persepsi  bahawa PH akan kekal lama berkuasa, dan dengan itu nafsu politik PH melonjak, terutamanya DAP, sehingga mereka berani mencabul status quo kepentingan umat Melayu-Islam. 

Dalam PH, DAP adalah dominan kerana suara DAP dan ahli parlimen bukan-Melayu PH, lebih besar berbanding PKR, dan Amanah, manakala parti Bersatu pimpinan Mahathir hanyalah parti melukut di tepi gantang.

Mahathir hanyalah PM Boneka DAP dan DAP pula berlagak atas kuasa yang mereka miliki, lantas mendedahkan cita-cita perjuangan mereka yang sebenarnya dalam pentadbiran kerajaan sehingga ideologi komunis, pejuang komunis dan aktiviti pengganas LTTE sekalipun mereka loloskan demi mencairkan kuasa politik kaum Melayu-Bumiputera.

Kini mereka mati akal untuk menggunakan isu rasisme dan ekstremisme politik di Sarawak kerana masyarakat Sarawak hidup aman-damai dalam pelbagai budaya etnik dan warna kulit.

Bayangkanlah musuh seumur hidup Mahathir iaitu DAP kini tidur sebantal dengan bapa perasuah yang menjadi sasaran Lim Kit Siang, seperti skandal BMF, Forex BNM, Perwaja Steel, Maminco, IPP dan macam-macam lagi.

Sebelum PRN Melaka, PH telah pun kalah teruk dengan BN-UMNO di 7 PRK, dan apabila kalah lagi di PRN Melaka, mereka mula menjadikan Anwar sebagai faktor kekalahan.

Blog Korek Bongkar Dedah dalam kajian kualitatifnya telah menjangkakan bahawa GPS akan mempertahankan kemenangan BN pada PRN 2016 dengan memperoleh 72 kerusi daripada 82 kerusi keseluruhannya dalam DUN Sarawak.

Mereka cuba menjadikan isu 1MDB sebagai alasan utama untuk menjatuhkan BN-UMNO, tetapi nampaknya strategi mereka tidak menjadi, lantas sebagaimana kata bekas Peguam Negara Tommy Thomas dan bekas Ketua Polis Negara Hamid Bador, terdapat campur tangan politik dalam badan perundangan negara pada era PH.

Kerajaan PH-Warisan di Sabah juga kalah pada PRK Sabah malah PH menjadi liabiliti kepada Warisan.

Kini pengundi Sarawak perlu tunjukkan bahawa Sarawak perlu bebas daripada pimpinan yang ekstrem, rasis dan porak-peranda seperti Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng, serta Anwar Ibrahim yang masih lagi tercalit dengan kes seks songsang, dan Mat Sabu yang dikatakan ‘menteri pertahanan terbodoh di dunia.’

Apa yang rakyat Sarawak perlukan adalah kerajaan dan pimpinan yang menepati janji, yang mementingkan kebajikan rakyat dan negara, bermoral dan penuh integriti. 

Seandainya rakyat Sarawak juga bangkit menolak PH, sebagaimana di Sabah, sekali lagi landskap politik Malaysia akan berubah dan kali ini isyarat yang diberikan adalah bahawa rakyat menolak pemimpin ekstrem dan rasis. 

PH pastinya akan kalah lagi di Sarawak dan kekalahan PH kali ini dipercayai akan meranapkan terus PH pada PRU15 nanti.

Rakyat tidak pernah memberi mandat kepada penipu, pembohong, pemfitnah dan manifesto yang hanya sesuai dijadikan kertas tisu tandas.

******

Advertisement

One thought on “PH AKAN KALAH LAGI DI PRN SARAWAK SETELAH KALAH DI PRN MELAKA

Add yours

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: