Editorial
16 Dis 2021
Adakah Tun Mahathir kehabisan idea atau cuba mengalih isu penglibatan konco-konconya dalam skandal 1MDB, lantas cuba mengangkat isu lapok kaum Cina yang menggunakan chopstick atau penyepit ketika makan.

Mengapa sekarang baharu Mahathir mahu bercakap tentang isu orang Cina makan dengan penyepit, sedangkan semasa dia berkuasa selama 22 tahun, dia tidak pernah bercakap tentang isu tersebut?
Pendekatan asimilasi yang Mahathir bangktkan bukankah telah ditolak, sebaliknya kerajaan bersetuju dengan dasar integrasi kaum.
Soal penggunaan Bahasa Melayu pun Mahathir gagal hendak laksanakan selama 22 tahun dia berkuasa, kini dia seperti mamai hendak bercakap tentang penggunaan penyepit.
Selama 22 tahun dia gagal menyekat kewujudan sekolah vernacular yang menjadi factor utama yang menghalang integrasi nasional, apatah lagi asimilasi kaum.
Malah Mahathirlah yang menentang penggunaan Bahasa Melayu dalam pengajaran Sains dan matematik di sekolah.
Kenyataan Mahathir juga telah menerima kritikan bertalu-talu daripada pengguna media sosial kerana mengkritik kaum Cina yang masih mengamalkan budaya makan menggunakan penyepit sedangkan dia sendiri menggunakan penyepit untuk mengambil hati kroninya daripada kaum Cina.

Lantas adakah dengan menggunakan sudu dan garpu seperti yang dia sendiri amalkan, maka hilang sifat kebangsaan Malaysia sebagaimana yang dia bangkitkan.
Dia bercakap tentang budaya kebangsaan yang berteraskan budaya Melayu, tetapi dia mengutuk kaum melayu sebagai bodoh dan malas.
Lantas, bagaimanakah pihak kerajaan hendak melaksanakan integrasi budaya kebangsaan jika terasnya dikutuk dan dihina?
Malahan sebagaimana dakwaan Datok Prof Dr Murad Merican, kerajaan terlalu berlembut dengan kaum Cina khususnya dengan pertubuhan seperti Dong Jiau Zong, sehingga mereka berani menolak penggunaan tulisan Jawi sebaliknya menggunakan tulisan Cina yang tiada kena-mengena dengan perlembagaan.
Malahan mereka berani menubuhkan peperiksaan UEC yang setaraf dengan SPM tetapi hakikatnya mereka menolak kurikulum kebangsaan yang terkandung dalamnya nilai integrasi nasional.

Mahathir merujuk asimilasi rakyat Indonesia, tapi dia lupa dengan falsafah dan prinsip Sumpah Pemuda Indonesia yang membunuh kaum Cina dan menghalau mereka yang enggan menerima budaya rakyat Indonesia termasuk mewajibkan penggunaan bahasa Indonesia dan mengharamkan sekolah vernacular.

Paling aneh, Mahathir sendiri pernah menggunakan penyepit semasa bersama dengan kroninya yang berbangsa Cina. Nampak sangat sikap hipokrit Mahathir.

Atau sebenarnya dia cuba mengalih kritikan masyarakat terhadap ‘national embarassment’ apabila bekas gabenor terlibat dengan kes 1MDB, ketua SPRM terlibat dengan rasuah, pegawai SPRM terlibat dengan pelbagai rompakan, dan dia sendiri terbabit dengan skandal Forex BNM yang lebih besar dampaknya daripada kes 1MDB sehingga menelan dana negara sebanyak USD30 bilion atau lebih RM100 bilion (mengikut nilai semasa).
*****