SIAPAKAH YANG SEBENARNYA LAYAK DIJENAMAKAN SEBAGAI TOKOH ‘KEMALUAN NASIONAL’ @ ‘NATIONAL EMBARASSMENT’

Editorial

15 Dis 2021

Heboh serata ceruk rantau apabila media melaporkan tentang isu kenyataan ‘National Embarassment’ atau ‘Kemaluan Nasional’ yang disimbah kepada DS Najib Tun Razak.

Adakah layak gelaran itu diberikan kepada DS Najib?

Sungguh mengelirukan apabila kes 1MDB yang dicanangkan ke seluruh dunia dilihat sebagai satu konspirasi apabila terdapat pihak tertentu yang dihantar ke Amerika untuk menyogok pegawai DOJ Amerika.

Kemudian heboh pula apabila Sarawak Report yang berpangkalan di UK, juga disogok untuk mereka-reka naratif tentang 1MDB.

Dengan itulah naratif 1MDB menjadi tersohor di seluruh dunia apabila naratif konspirasi itu disambut oleh media antarabangsa yang lain.

Kemudian satu-persatu pula terbongkar bahawa isu 1MDB tidak sewajarnya disabitkan dengan DS Najib yang merupakan PM Malaysia dan amat pelik sekiranya seorang Perdana Menteri terlibat dalam ‘micro-management’ syarikat pelaburan Malaysia itu.

Sewajarnya yang harus disabitkan adalah CEO syarikat serta dalang-dalangnya seperti Jho Low, Nik Faisal, bekas Gobenor Bank Negara dan beberapa tokoh lain yang bersekongkol dengan musuh politik DS Najib.

Petunjuk yang normal digunakan untuk mengklasifikasikan seseorang dalam pencapaiannya, sama ada memalukan atau membanggakan ialah KPI atau Penunjuk Pencapaian Utama, bukan berdasarkan cakap mulut dan ratib yang menjengkelkan terhadap seseorang yang hanya merupakan persepsi semata-mata.

Lihatlah pencapaian DS Najib semasa 9 tahun menerajui Malaysia berbanding dengan Tun Mahathir yang menguasai Malaysia secara diktator selama 22 tahun.

Kenapakah skandal Mahathir dalam kes Forex BNM yang ‘merompak’ wang negara kira-kira RM100 bilion (kiraan nilai semasa) ditutup rapi, tetapi isu 1MDB dihebohkan satu dunia.

Kenapakah Lim Kit Siang yang telah menulis beberapa buah buku tentang skandal Forex BNM itu kini diam membisu? Adakah dia telah dirasuah oleh Mahathir atau Daim Zainuddin?

Di mana janji-janji Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, mendiang Karpal Singh, Lim Guan Eng, Mat Sabu, Rafizi Ramli untuk mengheret Mahathir dan keluarganya ke mahkamah, sekiranya PH menang PRU14?

DS Najib pernah mendapat pengiktirafan sebagai Menteri Kewangan Terbaik sedangkan tidak pernah ada sesesiapa pada era Tun Mahathir yang telah berkuasa selama 22 tahun 22 bulan menerima anugerah tersebut.

Menteri Kewangan DAP pada era Mahathir 2.0 iaitu Lim Guan Eng tidak layak sama sekali meskipun sekadar untuk dicalonkan untuk anugerah berkenaan. Malah dia telah membohongi rakyat bahawa dia adalah Akauntan Bertauliah sedangkan dia hanya layak menjadi kerani akaun.

Malahan Lim Guan Eng adalah Menteri Kewangan terburuk di dunia kerana sewaktu dia menerajui kementerian kewangan, ekonomi Malaysia adalah antara tercorot di dunia.

Dalam tempoh dia memegang jawatan Menteri Kewangan, hutang negara naik RM106.2 bilion dari RM686.8 bilion pada akhir 2017 sebelum PRU14 ke RM793 bilion pada akhir tahun 2019.

Pada masa yang sama, PH juga telah menjarah hampir RM104 bilion dari rizab tunai RM176 bilion dana Petronas.

Media massa baik media arus perdana mahupun media picisan, telah lama menghebohkan bahawa terdapat konspirasi Mahathir menjatuhkan DS Najib.

Lantas adakah label ‘National Embarassment’ ke atas DS Najib yang dihebohkan itu juga merupakan sebahagian daripada agenda konspirasi tersebut?

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: