MAHATHIR RAMAL BERSATU AKAN KALAH TERUK PADA PRU15 SEBAGAIMANA TERBUKTI DI PRN MELAKA

Editorial

15 Dis 2021

Mantan PM Tun Mahathir menjangkakan Bersatu akan kalah teruk pada PRU-15 nanti. Persepsi Mahathir itu disokong oleh pelbagai pihak.

Bersatu hanya gah dengan sekelumit pemimpinnya,  tetapi telah kehilangan sokongan akar umbi apabila banyak Bahagiannya yang telah terbubar, lebih-lebih lagi apabila pengasasnya, Tun Mahathir sendiri telah meninggalkan Bersatu dan menubuhkan Pejuang.

Manakala UMNO pula tidak mahu menyerahkan kerusi parlimen di kawasan tradisi mereka, dan bersedia meninggalkan PN pada PRU-15 nanti.

Pada Feb 2020 setelah Mahathir memeletakkan jawatan sebagai PM, Muhyiddin pula diangkat sebagai pengganti bukan atas mandat rakyat, tetapi atas bancian DYMM Agong dalam kalangan Ahli Parlimen yang didominasi oleh Pakatan Harapan (PH).

Apabila Muhyiddin diangkat sebagai PM, tiada lain lagi usaha konstruktif Bersatu, kecuali mendapatkan kerjasama daripada UMNO dan PAS.

Bagi UMNO, Bersatu adalah merupakan golongan bekas pemimpin PH yang dianggap sebagai pengkhianat atau katak politik.

Walau bagaimanapun ketika Bersatu bersama dengan PH, mereka hanyalah melukut di tepi gantang, malah Tun Mahathir mengaku bahawa dia adalah boneka DAP.

Parti yang lebih besar jumlah Ahli Parlimennya (AP) adalah PKR dan keduanya DAP. Namun PKR tidak membawa suara kaum Melayu-Bumiputera kerana AP bukan Melayu-Islam lebih dominan dalam PH.

Kemenangan PH pada PRU-14 dilihat berpaksikan pembohongan dan janji palsu, malah manifesto PH diperakui oleh Mahathir bukanlah kitab suci.

Lantas rakyat melihat manifesto PH hanyalah kertas tisu yang membohongi pengundi dengan janji-janji palsu.

Dengan itu jugalah ketika PH berkuasa, negara menjadi lintang-pukang apabila kerajaan yang diterjemahkan sebagai kerajaan kakistokrasi itu penuh dengan pelbagai kegenjotan termasuk pemimpinnya yang menjadi perogol, pejuang pengganas LTTE, ditaja oleh kartel dadah, keganasan ketika pemilihan parti (PKR), menyokong komunisme dan cuba menyerapkan komunisme ke sekolah-sekolah seluruh negara, mereka cuba menegakkan ICERD dan meratifikasi Statut Rom yang menolak hak Melayu-Bumiputera dan kuasa Raja-Raja Melayu, mereka mahu menegakkan negara Republik-Kristian-Evangelis, pemimpin DAP mencampuri urusan aset TH dan Bank Islam dan bermacam-macam lagi realiti PH-DAP.

Tun Mahathir mungkin malu dengan hakikat PH dan dengan kemelut dalaman PH, Tun Mahathir mengumumkan peletakan jawatannya sebagai PM ke-7 pada Feb 2020.

Muhyiddin amat gelabah apabila dia tidak yakin dengan sokongan UMNO dan PAS, lantas menubuhkan PN, yang dia sangka kuat dan kukuh, sedangkan rakyat tidak lupa bahawa Bersatu adalah sebahagian daripada PH.

Hari ini tindakan terbaik bagi Bersatu adalah mewujudkan konspirasi politik untuk memusnahkan UMNO serta pengaruhnya dengan membunuh karektor DS Najib.

Keadaan menjadi rumit lagi apabila, kerajaan Tun Mahathir terdahulu berjaya mengheret lima pemimpin tertinggi UMNO ke mahkamah.

Mungkin inilah yang dikatakan oleh mantan KPN, TS Hamid Bador sebagai ‘masuk-campur politik dalam urus tadbir badan perundangan negara.’

Mantan Peguam Negara semasa PH berkuasa, TS Tommy Thomas juga memperakui bahawa kerjanya banyak diganggu oleh ahli politik.

Pendedahan mantan Peguam Negara sebelumnya, TS Mohamad Apandi Ali terhadap campur tangan politik sebagai usaha ‘political assassin’ ke atas DS Najib Razak juga membenarkan dakwaan Hamid Bador dan Tommy Thomas.

Pastinya DS Anwar Ibrahim adalah mangsa yang paling teraniaya, meskipun bukan mangsa pertama, setelah disumbat ke penjara, sebaliknya kes-kes pemimpin DAP dipadamkan begitu sahaja semasa PH berkuasa.

Dengan itu, ramalan Tun Mahathir serta pemimpin yang peka terhadap kelemahan Bersatu, optimis parti itu akan kalah teruk pada PRU-15 nanti.

Ramalan Mahathir telah terbukti apabila pada PRN Melaka, Bersatu sememangnya telah kalah teruk, dan UMNO telah menang dengan 2/3 majoriti DUN Melaka.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: