(VIDEO) NAJIB RAZAK MANGSA KONSPIRASI POLITIK – CIKGU BARD

Transkripsi Video Cikgu Bard

13 Dis 2021

Keputusan kes mahkamah SRC amat diragui dan mempunyai campur tangan politik dalam memastikan DS Najib Razak bersalah.

Saya telah teliti dokumen penuh mahkamah kehakiman terhadap kes SRC dan saya juga telah meniliti kertas sulit SPRM dalam rakaman percakapan beberapa watak dan saksi penting yang melibatkan kes DS Najib Razak ini.

Akhirnya saya masih berpegang bahawa ada elemen konspirasi untuk mengenakan Najib dalam kes ini.

Bagi saya ‘betul’ itu betul dan ‘salah’ itu salah.

Dalam dokumen ini saya jelaskan dalam buku e-book saya, saya jelaskan dan saya ambil balik beberapa keratan penting dalam keputusan hakim Nazlan (Mahkamah Tinggi).

Pertama sekali saya bacakan keputusan penting hakim Nazlan ialah “Dalam penilaian saya kerana kedudukan sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, tertuduh mungkin/mampu/boleh (was able) menyebabkan penubuhan SRC yang walaupun dinyatakan sebagai syarikat pembangunan sumber daya alam yang strategik untuk negara ini sebenarnya memang menjadi, untuk semua maksud dan tujuan, kenderaan yang digunakan oleh tertuduh untuk kepentingan peribadinya.”

Intipatinya ialah terdapat ‘assumption’ bahawa tertuduh ‘was able’.

Penjelasannya terdapat keraguan terhadap mahkamah.

Tugas pembela cukup untuk membangkitkan keraguan.

Apabila timbul keraguan terhadap hakim mahkamah, maka pembuktian tersebut menjadi cacat dan secara langsung kes ini tidak boleh disabitkan.

Begitulah juga dalam kes Najib yang telah dibicarakan panjang hanya kerana assumption, dia assume sahaja “najib boleh gunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri”. Itu sahaja.

Itu sudah cacat yang kemudian terdapat banyak kenyataan-kenyataan saksi yang sebenarnya membuktikan bahawa ia boleh membawa kepada satu konspirasi itu memang wujud.

Untuk pendedahan sepenuhnya sila tonton dan ikuti video Cikgu Bard sendiri sepenuhnya, supaya tidak lari daripada apa yang diujarkan daripada membaca transkrpsi kami.

Persoalan yang ingin kami bangkitkan ialah kenapakah dengan tidak semena-mena YA Dato Indera Mohd Sofian digantikan dengan Hakim Sivil sedangkan kes DS Najib adalah kes jenayah komersil.

Dalam hujah Cikgu Bard, kami juga melihat adakah mahkamah dijadikan pentas konspirator apabila hakim yang telah memulakan perbicaraan ditukarkan serta-merta.

Berita Harian melaporkan pada 8 Ogos 2018 iaitu pada era setelah PH berkuasa, bahawa, peguambela DS Najib Razak mengemukakan surat aduan kepada Hakim Besar Malaya berhubung pertukaran hakim yang mengendalikan kes pecah amanah, menyalahgunakan jawatan dan pengubahan wang haram dihadapi anak guamnya.

Muhammad Shafee yang mewakili Najib berkata, aduan pihaknya bukan ditujukan kepada hakim yang mengendalikan kes itu, sebaliknya sistem kehakiman yang seharusnya adil kepada semua pihak.

Melalui kandungan surat itu, Muhammad Shafee berkata pihaknya dimaklumkan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Sofian Abd Razak yang mendengar kes berkenaan ditukarkan ke mahkamah sivil, dan digantikan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Adakah ini juga sebahagian daripada konspirasi menjatuhkan DS Najib?

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: