SUDAH HILANG SAMBUTAN AKAR UMBI, PKR CUBA DAPATKAN SOKONGAN BANGLA

Editorial

12 Dis 2021

Adakah pembohongan dan fitnah Anwar Ibrahim pada PRU13 (2013) bahawa UMNO-BN membayar 40,000 pengundi hantu Bangladesh, telah terbongkar apabila kini mereka sendiri berkempen untuk menarik pengundi hantu Bangladesh?

Kuatnya sebaran fitnah mereka sehingga menganjurkan perhimpunan Blackout 505 untuk menghasut rakyat menentang BN kerana dituduh membayar pengundi hantu Bangladesh.

Papan promosi parti PKR yang memaparkan tulisan Bangladesh di DUN Melawati telah mengundang pelbagai spekulasi.

Adakah kini di Kuala Selangor khususnya di DUN Bukit Melawati dilihat menjadi pintu masuk Bangladesh dan pengundi-pengundi hantu yang menjadi penyokong mereka?

Adakah PKR sudah kehilangan penyokong akar umbi sehingga terpaksa mandapatkan ‘pengundi hantu murahan’ di samping pekerja murahan?

Sebagaimana dihebahkan oleh sebuah portal dalam talian, PKR disindir telah melebarkan sayap mereka dengan membuka cawangan di Bangladesh. Tindakan PKR Bukit Melawati itu pastinya akan mengakibatkan “National Embarassment” kepada negara.

Tempoh hari Malaysia juga dikejutkan apabila Perdana menteri Bangladesh telah memberi restu kepada pekerja Bangladesh supaya terus menetap di Malaysia dan menjadi pengundi.

Adakah kerajaan Bangladesh juga sudah termakan hasutan dan fitnah PKR atau hakikatnya PKR-lah yang membayar pengundi hantu Bangladesh?

Rakyat mungkin faham di tengah-tengah perpecahan parti komponen PH, setelah DS Anwar Ibrahim diminta berundur oleh DAP dan Amanah, ekoran daripada kekalahan teruk mereka di PRN Melaka, maka PKR sudah naik sawan sehingga terpaksa menarik perhatian pendatang Bangladesh.

Komponen PH juga kini sibuk dengan kemelut menggunakan logo masing-masing setelah hilang kepercayaan kepada PKR.

PRN Sarawak juga memperlihatkan, bagaimana PKR dibuli oleh DAP apabila mereka diberikan banyak DUN panas yang tidak mungkin dimenangi kerana menjadi kubu kuat GPS.

Bersatu pula bila lagi hendak membuka cawangan di luar negara, kerana banyak cawangannya di Malaysia sudah berkubur? Mungkin Hong Kong sesuai sangat buat Muhyiddin Yassin daripada membeli katak-katak politik untuk menambah ahli yang kian pupus.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: