Editorial
12 Dis 2021
Ketua Armada Bersatu Wan Ahmad Fayhsal pernah mendakwa bahawa UMNO bukan lagi kuasa besar dalam politik negara, tetapi terkedu apabila Bersatu kalah teruk di PRN Melaka sebaliknya UMNO telah memenangi majoriti dua pertiga DUN Melaka.
Pemimpin Armada ini rabun memahami aspirasi perjuangan akar umbi UMNO sejak zaman pasca kemerdekaan sehingga berjaya membentuk kekuatan dan perpaduan orang Melayu.

Kekalahan BN-UMNO pada PRU14 adalah akibat gejala penipuan, pembohongan, fitnah, dan janji palsu pihak PH dan Bersatu adalah antara balaci utama PH pada pilihan raya tersebut.
Wan Fayhsal juga berkonflik dengan bekas pemimpin Armada ketika Syed Saddiq masih bersama Bersatu.
Wan Fayhsal dikatakan menuduh Syed Saddiq mencuri wang Armada tetapi kemudiannya memujuk Saddiq untuk kembali kepada Bersatu, manakala Syed Saddiq pula mendakwa pendaftaran parti MUDA disabotaj oleh pemimpin Bersatu di bawah kepimpinan Muhyiddin.

Fayhsal juga dilihat sebagai pemimpin yang masih berhingus kerana mahu bertanding di kerusi Parlimen Bagan Serai yang disandang oleh Datok Dr Noor Azmi Ghazali yang merupakan antara katak yang melompat masuk Bersatu.
Apabila disanggah oleh Datok Dr Noor Azmi yang tidak akan melepaskan kerusi Parlimen Bagan Serai, Fayhsal segera menafikan kenyataan bahawa dia mendapat restu Muhyiddin untuk merampas Parlimen Bagan Serai.

Pastinya pemerhati politik faham bahawa Muhyiddin tidak yakin dengan bekas pemimpin UMNO dan mahu orangnya mengambil alih Parlimen Bagan Serai.
Kepimpinan Wan Fayhsal juga dikotori oleh penglibatan ahli Armada yang telah ditahan kerana memiliki 1.5 kg dadah. Wan Fayhsal juga telah mengesahkan bahawa ahlinya ditangkap kerana terlibat dengan pengedaran ganja.

Terkini Armada didakwa sebagai retak menanti belah di bawah kepimpinan Wan Fayhsal.
Dakwaan tersebut dilemparkan Bendahari Biro Antarabangsa Armada Nasional, Syaiful Irfan Anang.
Bekas Ketua Armada Terengganu itu mendakwa Wan Fayhsal gagal dan kempimpinannya amat tidak memuaskan.
Pastinya antara rasionalnya adalah terjemahan Syaiful atas kegagalan Armada untuk menarik pengundi muda di PRN Melaka sehingga Bersatu kalah teruk.
Syaiful mendakwa, selepas beberapa siri kekalahan Bersatu dalam PRK dan PRN, Bersatu boleh melihat sejauh mana tahap pencapaian hasil gerak kerja politik beliau sebagai Ketua Armada Nasional yang sangat mengecewakan dengan kemerosotan penyokong parti dalam kalangan anak muda.
Wan Fayhsal dikatakan sepatutnya menggunakan momentum dan peluang beliau apabila menang pada pemilihan parti yang lepas untuk terus proaktif memperkasakan parti tanpa berlengah.

Semangat slogan ‘Nafas Baru’ yang beliau bawa ketika pemilihan Armada, hanyalah sekadar slogan retorik.
Demikianlah hakikat sebenarnya kepimpinan dalam Armada Bersatu, sama seperti Presiden yang perasan dengan poster wajahnya yang tidak diterima di seluruh Melaka ketika kempen PRN.
Kata Syaiful, jelas terbukti Fayhsal gagal untuk membawa ‘nafas baru’ sebaliknya ‘nafas hapak’ pula yang dibawa apabila Armada tidak lagi diminati golongan muda termasuk juga mahasiswa yang semakin menjauhkan diri daripada parti Bersatu yang satu ketika dahulu 55 peratus daripada keahlian adalah terdiri daripada golongan muda dan mahasiswa.
Bagaimanakah anak mudah mahu menyokong Armada mahupun Bersatu setelah mereka sedar Bersatu adalah konco PH pada PRU14 yang diterjemahkan sebagai ‘Pakatan Hancing’?
******
Tinggalkan Jawapan