BERSATU CACAMARBA TIDAK IKHLAS SOKONG KERAJAAN GPS DI SARAWAK

Editorial

11 Dis 2021

Empat ahli kepimpinan tertinggi Bersatu Sarawak telah mendaftar pada hari pencalonan untuk bertanding di PRN Sarawak, meskipun telah ditegaskan oleh TS Muhyiddin Yassin bahawa Bersatu tidak akan bertanding menentang GPS di PRN Sarawak.

Apakah ertinya tindakan kepimpinan tertinggi Bersatu yang dikatakan menyokong kepimpinan GPS Sarawak ini?

Daripada persepsi rakyat, Bersatu tiada keikhlasan pada kerjasama mereka dengan GPS serta sikap tamak sebagaimana ditunjukkan Muhyiddin di PRN Melaka.

Inikah parti yang Muhyiddin canangkan sebagai parti yang menjadi pilihan rakyat pada PRN15 nanti?

Mereka tidak sedar diri bahawa rakyat menolak mereka mentah-mentah sebagaimana di PRN Melaka.

Muhyiddin telah dengan megahnya cuba beretorik bahawa parti melukut di tepi gantang pimpinannya menjadi pilihan rakyat konon, tetapi lihatlah pemimpin mereka di PRN Sarawak yang menolak ke longkang pendirian Muhyiddin dan partinya yang tidak akan bertanding di PRN Sarawak.

Demikianlah juga apa yang ditunjukkan oleh rakyat Melaka terhadap parti yang sedang nazak pimpinan Muhyiddin Yassin.

Banyak bahagian Bersatu di Semenanjung telah pun dibubarkan, malahan Bahagian Bersatu di Pagoh juga sedang nazak kerana mereka tidak yakin dengan Bersatu lagi.

Di Negeri Sembilan seluruh bahagian Bersatu telah dibubarkan dan hakikat yang sama akan berlaku di Perlis.

Sekurang-kurangnya empat pemimpin Bersatu disahkan bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.

Naib Presiden Bersatu Sarawak sendiri, Datuk Ali Biju menyerahkan kertas pencalonannya untuk mempertahan kerusi Krian yang dimenanginya pada 2011 dan 2016.

Meskipun kemudiannya Ali Biju menarik diri setelah diugut untuk diambil tindakan oleh pucuk pimpinan, namun pendaftarkan dirinya pada hari penamaan calon, telah memberi dampak yang buruk kepada kepimpinan Bersatu dan amat memalukan Muhyiddin.

Tiga lagi ahli Bersatu bertanding sebagai calon Bebas iaitu calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Belaga, Siki Balarik, calon Bawang Assan, Ricky Enteri dan calon Muara Tuang, Ismawi Muhammad.

Siki adalah Ketua Bersatu Hulu Rajang, Ismawi adalah Ketua Bersatu Kota Samarahan manakala Ricky seorang aktivis Bersatu di Sibu.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, partinya akan mengambil tindakan tatatertib terhadap semua ahlinya bertanding dalam PRN kali ini.

Wan Saiful hanya boleh melalak, tetapi kepimpinan Bersatu di Sarawak tidak ada keikhlasan untuk bersama menyokong GPS selagi mereka tidak memiliki kuasa di tangan mereka.

Tindakan keempat-empat individu itu jelas bertentangan dengan pendirian Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini yang mengumumkan partinya tidak akan bertanding dan memberi sokongan penuh kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Inilah kepura-puraan parti Bersatu dalam kerjasama dengan GPS Sarawak sebagaimana juga sifat Muhyiddin dalam kerajaan PN yang diterajui oleh pemimpin BN-UMNO di peringkat pusat.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: