Rencana Sisipan
10 Dis 2021
Edisi Siasat bertarikh 10 Dis 2021 telah menerbitkan rencara berikut, yang kami rasa amat wajar dikongsikan bersama.
Mahkamah adalah tempat untuk kita mendapatkan keadilan.
Sama ada mahkamah di dunia atau mahkamah di akhirat, ianya tempat untuk semua orang mendapatkan keadilan.
Yang membezakan antara mahkamah di dunia dan mahkamah di akhirat ialah hakim yang mengadili.
Dalam mahkamah akhirat, yang akan menjadi hakim ialah Allah SWT yang Maha Bijaksana dan yang Maha Adil.

Apakah ada kemungkinan akan berlaku kesilapan atau bersikap ‘bias’ dalam setiap keputusan yang akan Allah SWT buat nanti?
Jawapannya TIDAK sama sekali kerana Allah SWT tidak berkehendak kepada makhluk tetapi makhluk yang berkehendak kepada Allah SWT.
Maka setiap keputusan yang akan Allah SWT putuskan di mahkamah akhirat nanti, sudah tentu keputusan yang sangat adil.
Berbeza dalam mahkamah dunia, hakim atau barisan hakim yang mengadili kes terdiri dari manusia yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam dunia perundangan.
Namun mereka tetap manusia yang mempunyai perasaan dan hawa nafsu dan yang paling utama, walau pun bergelar ‘Yang Arif’, mereka tidak maksum.
Apakah akan berlaku kemungkinan hakim-hakim di dunia membuat kesilapan atau bersikap ‘bias’ dalam penghakiman mereka?
Berpijak kepada realiti, jawapannya ya.
Sangat mendukacitakan, sekiranya integriti dan kredibiliti mahkamah dicemari apabila fungsi mahkamah dari tempat mendapatkan keadilan, dilihat seakan sudah bertukar kepada ‘character assassination’ atau pembunuhan karektor.
Rumusan penghujahan keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak perkataan ‘melindungi kepentingan negara’ dan menggantikan dengan perkataan ‘national embarrassment’, dilihat sebagai sesuatu yang sangat tidak wajar oleh seorang yang bertaraf hakim di peringkat Mahkamah Rayuan.
Edisi Siasat bukan mencabar keputusan mahkamah, cuma yang menjadi persoalan, apakah keperluan dan tujuan perkataan ‘national embarrassment’ digunakan?
Ianya akan membuka ruang yang cukup besar untuk musuh politik melicinkan perlaksanaan ‘character assasination’ ke atas ahli politik yang dibicarakan.
Bukankah ini akan menggambarkan seolah-olah mahkamah telah digunakan oleh pihak tertentu sebagai agen pemudahcara agenda politik mereka?
Bukti yang dapat diambil ialah tulisan Astro Awani yang bertajuk “Dari Malu Apa Bossku Kepada National Embarassment” (National Embarassment bermaksud memalukan negara)
Dengan tulisan tersebut, apakah Astro Awani mahu memberitahu kepada dunia bahawa mahkamah di Malaysia sudah bertukar fungsi dari tempat untuk mendapatkan keadilan kepada agen ‘character assassination’ untuk pihak-pihak tertentu?
****
Tinggalkan Jawapan