MAHATHIR HANYA BERANI HENTAM TONY PUA DALAM BUKU, TIDAK SECARA BERDEPAN KETIKA BERKUASA

Editorial

8 Dis 2021

Ketika medsos sedang heboh tentang salah guna kuasa bekas Gabenor Bank Negara dalam kes dana 1MDB, tiba-tiba heboh polemik tentang Tun Mahathir menghentam Ahli Parlimen Damansara Tony Pua.

Bekas Perdana Menteri ke-7, Tun Mahathir menyifatkan Ahli Parlimen Damansara itu, berlagak seperti seorang menteri semasa menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Mahathir mendakwa dalam memoir terbarunya bahawa Pua berlagak seperti menteri, malah lebih daripada menteri apabila ke sana ke mari melaksanakan dasar kerajaan ketika PH berkuasa dan ketika Mahathir merupakan Perdana Menteri PH. Mahathir kelihatan seperti baharu sedar dari mimpi ngeri.

Mahathir mengeluarkan kenyataan sedemikian ketika majlis pelancaran memoir terbaharunya di Kuala Lumpur semalam.

Namun khalayak media tertanya-tanya kenapakah Mahathir diam tentang kes yang didedahkan oleh pihak Singapura berkaitan dana 1 MDB yang dimasukkan ke akaun syarikat Tawfiq Ayman suami bekas Gabenor BNM, sejumlah RM65 juta.

Bukit Aman mengklasifikasikan kes Tawfiq Ayman sebagai jenayah komersil di bawah Seksyen 4(1a) Akta Pencegahan Wang Haram 2001.

Malahan Mahathir nampaknya diam membisu apabila kes tersebut diterjemahkan sebagai kes kroninya, dan kini dia cuba mengalihkan tumpuan media kepada isu Tony Pua.

Adakah sekarang Mahathir cuba menyatakan bahawa dia benci pada DAP sebagai strategi untuk meraih sokongan rakyat yang majoritinya amat jengkel dengan penghinaan yang dilemparkannya kepada DS Najib Razak?

Rakyat juga sememangnya sudah mangli dengan sikap pemimpin DAP, malah Tony Pua adalah penggerak kepada usaha membuang 900 ribu kakitangan Jabatan Perkhidmatan Awam.

Mahathir juga dilihat seperti mahu mencari rasional untuk menjawab ‘kenapakah ekonomi negara meleset di bawah PH’.

Dengan sebab itulah hanya kini dia mahu menghebohkan bahawa sikap Tony Pua yang berlagak sebagaimana menteri sehingga menakutkan pelabur dan pemaju ketika PH berkuasa.

Sebagaimana dipetik daripada Utusan Online, Mahathir mendakwa sikap Tony Pua sedemikian telah menyebabkan komuniti perniagaan menolak kerajaan PH.

“Saya hanya memetik satu contoh, tetapi ada ahli perniagaan lain memberitahu saya bahawa dia (Tony) sangat angkuh. Itu perkataan yang mereka gunakan, dia berkelakuan seolah-olah dia menteri.

“Anda buat begitu, anda menjejaskan kontraktor dan sesiapa sahaja termasuk pekerja, pembekal dan syarikat sokongan.

“Justeru kita tidak boleh buat begitu saja kepada kontraktor atau mengurangkan nilai kontrak secara paksa,” kata Mahathir.

Peliknya mengapa sekarang baru Mahathir hendak mengungkit isu kebiadapan Tony Pua? Mengapakah dia tidak berani menentang Tony Pua secara berdepan ketika dia berkuasa dan boleh bertindak wewenang melepaskan kemarahnnya?

Bukankah dia terkenal sebagai Perdana Menteri kuku besi dan diktator yang tidak ada sifat kompromi terhadap mereka yang dia benci?

Hanya apabila dia sudah tidak berkuasa baharu dia mahu menyerang Tony Pua yang sememangnya terkenal dengan sikap biadap, sebagai sikap typical orang-orang DAP.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: