PAS BAGAIKAN ‘CAKAP BERDEGAR-DEGAR TAPI TAHI TERSANGKUT DI GELEGAR’ SARAWAK

Editorial

7 Dis 2021

Pada 5 Nov PAS Sarawak telah mengeluarkan kenyataan akhbar bahawa mereka mengesahkan akan bertanding 11 kerusi DUN di PRN Sarawak pada 18 Disember ini.

Kononnya mereka akan memberikan tentangan hebat kepada GPS di 11 kerusi DUN Kemena, Beting Maro, Semariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Jepak, Lambir, Pujut dan Samalaju, demi menegakkan demokrasi.

Penolong Setiausaha PAS Sarawak, Syamsul Bahrie Mohamad menegaskan bahawa 9 dari 11 kerusi DUN itu merupakan kawasan baharu yang akan ditandingi PAS.

Calon PAS akan diumumkan sebaik sahaja senarai akhir calon dimuktamadkan, selepas pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung tarikh-tarikh penting PRN Sarawak.

PAS mencanangkan bahawa mereka mempunyai banyak calon yang beribawa, berkaliber dan berkerjaya yang boleh kita ketengahkan untuk 11 kerusi yang akan tandingi.

PAS mengatakan bahawa tujuan utama mereka bertanding dalam PRN Sarawak bukanlah untuk mengganggu Gabungan Parti Sarawak (GPS), tetapi sebagai menghidupkan amalan demokrasi.
Namun adakah demokrasi sudah mati di Sarawak, sehingga mereka menerjah untuk menghidupkan demokrasi di Sarawak?

Namun adakah PAS sekadar mahu mengugut pihak lawan suapaya nanti kekuatan majoriti pemerintah akan menjadi lemah sekiranya PAS menang di 11 kerusi DUN itu?

Apa ertinya bertanding sekiranya tidak mensasarkan kemenangan.

Anehnya pada 4 Dis baru lalu, terbongkar bahawa PAS hanya menamakan seorang sahaja calon di Beting Maro iaitu Mohammad Arifiriazaul Paijo.

Apakah yang muslihat yang terselindung di sebalik perubahan tindakan Pas yang pada mulanya akan bertanding di 11 kerusi DUN Sarawak?

Terdapat spekulasi bahawa PAS sebenarnya ahanya mencari makan.

Ada yang mendakwa bahawa PAS telah dibayar supaya tidak bertanding, namun untuk menutup malu, PAS terpaksa juga meletakkan seorang calon.

Jika tidak pastinya kehadiran Timbalan Presiden Datok Tuan Ibrahim Tuan Man di Kuching lebih memalukan.

Walau bagaimanapun sememangnya PAS telah ditertawakan kerana sebelum ini ada dakwaan bahawa PAS hanyalah cuba memecahkan undi dan menjadi pengacau dan pelahap di Sarawak.

Memanglah PAS kini akan berkata bahawa kerajaan GPS adalah mesra kerajaan pusat dan PAS tidak mahu mengganggu GPS atas sebab PAS adalah sebahagian daripada kerajaan PN.

Namun sebelumnya PAS berdegar-degar mengatakan bahawa mereka mahu menghidupkan amalan demokrasi dan pelbagai retorik politik yang dangkal.

Adakah selama ini demokrasi sudah mati di Sarawak, lantas PAS ke sana untuk menghidupkannya?

Spekulasi tersebar dengan persoalan adakah PAS terpaksa menarik diri setelah dibayar untuk tidak bertanding di 10 lagi kerusi yang dihebohkan sebelum ini?

Tidak serikkah dengan kekalahan teruk di PRN Melaka?

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: