Editorial
6 Dis 2021
Pengerusi PN merangkap Presiden Bersatu, TS Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa PN mempunyai tanggungjawab moral untuk memberikan sokongan kepada kerajaan sedia ada pimpinan DS Ismail Sabri Yaakob, selagimana prinsip integriti dipatuhi.
Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional GERAKAN.
Lantas, harus disoal apakah dia integriti? UK Dictionary menterjemahkan ‘Integrity is the quality of being honest and having strong moral principles.’
Dalam bahasa ibunda, ‘Integriti adalah kualiti rohani yang bersikap jujur dan mempunyai prinsip moral yang kukuh.’
Muhyiddin juga mahu institusi kehakiman termasuk agensi pendakwaan mesti dipastikan bebas menegakkan keadilan tanpa diganggu gugat sesiapa semata-mata untuk melindungi kepentingan pihak tertentu.

Namun beberapa portal media telah mempersoalkan adakah Muhyiddin sendiri mempunyai integriti yang melayakkannya untuk bercakap tentang integriti?
Dalam kes siasatan SPRM yang berlanjutan dan disembunyikan ke atas kes penglibatan suami bekas Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz dalam urusan dana 1MDB, adakah Muhyiddin memperlihatkan dirinya sebagai berintegriti, semasa dia menduduki kerusi PM.
Dalam isu pengumuman pembatalan Ordinan Darurat di Dewan Rakyat sebelum mendapat perkenan DYMM SPB YDP Agong, adakah Muhyiddin mempunyai integriti?
Ketika dia berkuasa sebagai Menteri Dalam Negeri pada era regim PH, beberapa kes digugurkan begitu sahaja oleh Peguam Negara, Tommy Thomas, misalnya kes pembunuhan anggota bomba Allahyarham Mohd Adib, adakah Muhyiddin menunjukkan prinsip integriti?
Bagaimana pula dengan kes aktivis pengganas antarabangsa LTTE yang digugurkan begitu sahaja pada era regim yang sama?
Adakah beliau berpegang kepada prinsip integriti dengan mempertahankan kedaulatan institusi kehakiman apabila kes rasuah Lim Guan Eng digugurkan, manakala dia dilepaskan dan dibebaskan dengan keputusan kes tidak boleh dibicarakan semula?

Bukan itu sahaja, sebaliknya dalam kes 1BestariNet, sebagaimana didedahkan oleh bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, Muhyiddin adalah watak hipokrit atau munafik yang amat hebat, dalam beretorik tentang integriti dan kedaulatan badan kehakiman.
Dirinya sendiri terpalit dengan skandal 1Bestari Net yang melibatkan duit rakyat berbilion ringgit, ibarat bidalan Melayu, bercakap berdegar-degar, tetapi taik tersangkut di gelegar.
Sebelum PN kalah di PRN Melaka, Muhyiddin sendiri telah dijatuhkan oleh ahli-ahli parlimennya sendiri daripada kerusi PM.
Lantas, rakyat yang tidak mudah dipengaruhi oleh cakap-cakap retorik serta watak-watak munafik seperti Muhyiddin, terus bertanya, adakah Muhyiddin layak bercakap tentang ‘Integriti dan keluhuran dan kedaulatan institusi kehakiman’?
****
Tinggalkan Jawapan