PAS DITERJEMAHKAN, PEMECAH UNDI, KHIANAT DAN TAMAK KUASA DI PRN SARAWAK

Editorial

4 Dis 2021

Setelah kalah di PRN Melaka sebagai pemecah undi Melayu, serta bersekongkol dengan Bersatu yang merupakan bekas sahabat PH, kini PAS mahu bertanding di Sarawak pula.

Memanglah benar sekiranya PAS berpendirian mahu menegakkan demokrasi, tetapi sekiranya PAS wujud di Sarawak sebagai kuasa yang menggugat kestabilan kerajaan negeri, maka ia tidak memberi apa-apa manfaat kepada demokrasi di Sarawak sebagaimana apa yang berlaku selepas PRU14 di peringkat Persekutuan.

PAS dikatakan akan bertanding di 11 kerusi DUN di PRN Sarawak daripada jumlah 82 kerusi, namun keputusan jumlah tersebut belum diputuskan oleh PAS di peringkat pusat.

Bersatu juga pada mulanya mahu bertanding di Sarawak, tetapi takut dilihat sebagai cuba membantu rakan lamanya dalam PH, Bersatu telah menarik balik keputusan tersebut.

Pastinya Bersatu juga masih dalam situasi paranoia setelah kalah teruk di PRN Melaka, meskipun ditipu oleh penganalisis badot bahawa Bersatu akan menang besar di PRN Melaka.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, DS Annuar Musa, BN pula telah memutuskan sejak awal lagi tidak akan bertanding di Sarawak kerana memberi sokongan 100% terhadap GPS yang telah menunjukkan prestasi tinggi dalam pemerintahan di Sarawak.

Lantas sekiranya GPS berprestasi tinggi dan amat stabil sebagaimana diterjemahkan oleh UMNO-BN, mengapakah PAS masih terkinja-kinja mahu menentang kerajaan GPS?

AMP Tertinggi Bersatu, Datok Razali Idris, yang merupakan rakan sekongkol PAS semasa PRN Melaka, berpendapat sepatutnya PAS membantu GPS untuk terus berkuasa atas prestasi baik dan kestabilan kerajaan Sarawak untuk berdepan dengan PH.

Anehnya PAS tetap mahu bertanding dan menjadi pemecah undi sekali lagi sebagaimana sikap buruk dan tamak PAS di PRN Melaka.

Ia juga bermakna PAS mahu menentang GPS dan menjadi pengkhianat kepada rakan PN di Persekutuan.

Menurut Timbalan Presiden PAS, DS Tuan Ibrahim, GPS bukan komponen PN di Persekutuan tetapi hanya sekadar mesra dengan PN dan GPS tidak menstabilkan kerajaan pusat.

Namun, adakah dengan bertanding di Sarawak itu PAS akan menstabilkan kerajaan Pusat atau kerajaan negeri Sarawak?

Adakah GPS pernah menggangu PAS di Kelantan?

Jika PAS teruskan hasrat untuk bertanding di PRN Sarawak, nampaknya PAS akan dilihat sebagai pemecah undi, pengkhianat kepada kestabilan negeri Sarawak serta tamak.

Setelah membunuh Muafakat Nasional di Melaka, PAS mahu menikam rakan PN pula di Sarawak. Tidak seperti Barisan Nasional yang tahu menghormati dan menghargai kestabilan politik di Sarawak.

Naib Presiden PBB Abdul Karim Rahman Hamzah, juga mempersoalkan mengapa PAS bersusah payah mahu kehilangan wang deposit sebagaimana berlaku di PRN Melaka?

Jawapan pemerhati politik, mudah sahaja, PAS angkuh dan sombong sebagaimana sikap PAS membunuh Muafakat Nasional di Melaka.

Selain itu sikap PAS yang telah mendapat sekelumit kuasa di peringkat Persekutuan setelah berpuluh tahun menjadi pembangkang, kini seperti tamak kuasa, kedudukan dan kebendaan.

****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: