LUCU APABILA PKR LAMAR AMANAH, MANAKALA AMANAH DILAMUN CINTA PADA PEJUANG

Editorial

4 Dis 2021

Fenomena landskap politik pembangkang, akhir-akhir ini mewujudkan satu lelucon apabila PKR cuba melamar Amanah untuk bergabung.

Banyaklah alasan dan retorik politik yang boleh menjadi sandaran atas hasrat PKR itu, yang kononnya kedua-dua parti tersebut mendukung agenda yang serupa iaitu ‘reformasi’ dan kebajikan rakyat.

Namun apa yang pemerhati lihat, inilah antara dampak kekalahan teruk PH di Melaka.

Sekiranya mereka mempunyai agenda yang selari, kenapakah kini masing-masing akan bertanding dengan logo masing-masing serta manifesto yang berbeza di PRN Sawarak.

PKR, walaupun dikuasai oleh pemimpin Melayu yang dicanangkan hebat seperti Anwar Ibrahim, tetapi hakikatnya komposisi bukan-Melayu dalam PKR agak signifikan.

Malahan apabila PKR bergabung dengan DAP, kuasa bukan-Melayu lebih besar berbanding kaum Melayu sehingga menjadikan DAP dominan dalam PH.

Ini bukanlah satu persepsi rasisme, tetapi ia harus diimbangi dengan pendekatan cuvanisme DAP.

Buktinya, apabila Tun Mahathir mengaku dia menjadi ‘Boneka DAP’ meskipun kuasa Perdana Menteri berada di tangannya kerana kuasa partinya hanyalah melukut di tepi gantang sedangkan PKR tidak berbuat apa-apa untuk mempertahankan kebajikan rakyat Melayu.

Banyaklah kepentingan Melayu dirosakkan oleh DAP ketika Mahathir-PH berkuasa.

Anwar kini menjadi kebencian kepada DAP setelah PH kalah teruk di PRN Melaka, manakala Anwar adalah Pengerusi PRN Melaka yang dituduh oleh DAP sebagai pemimpin yang gagal merancang strategi PH.

Anwar dipersalahkan dalam PRN Melaka kerana keputusannya meletak calon ‘katak berprinsip’ sehingga mengundang kecaman DAP dan Amanah.

Bukan itu sahaja, akar umbi DAP dan Amanah juga sudah berani secara terbuka mendesak supaya Anwar berundur bagi digantikan dengan calon Ketua Pembangkang yang lebih berwibawa dan berkemampuan mengemudi gabungan parti pembangkang itu.

Kini Anwar dikatakan mahu menjalin ikatan dengan Amanah supaya bergabung dalam ertikata mewujudkan gabungan baru dalam gabungan PH sedia ada.

Pastinya dengan logo baru tanpa ada lagi perbedaan antara kedua-duanya yang akan berdiri sebagai satu parti.

Malangnya Amanah menolak sebarang cadangan penggabungan dengan PKR atas alasan tidak mahu jadi kuda tunggangan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penolakan ke arah sebarang usaha untuk menggabungkan itu disahkan Timbalan Presiden Amanah sendiri, Salahuddin Ayub.

Mungkin Amanah bimbang Anwar akan main belakang lagi sebagaimana dia mengkhianati Tun Mahathir dengan tuntutan kuasa yang tidak putus-putus sewaktu PH berkuasa.

Walau bagaimanapun ia boleh dijadikan strategi PH kerana sekiranya penggabungan itu benar-benar berlaku ia akan menjadikan Amanah-PKR parti terbesar dalam Dewan Rakyat, sekali gus menolak propaganda PH dikuasai DAP.

Sebelum ini Pemuda Amanah pula pernah menggesa agar mereka mewujudkan pakatan bersama Pejuang, parti serpihan Bersatu yang ditubuhkan oleh Tun Mahathir.

Kononnya pakatan Amanah-Pejuang sejajar dengan usaha mendapatkan kembali mandat rakyat.

Sungguh melucukan kerana merekalah yang telah mencabuli mandat rakyat apabila Tun Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri PH, meskipun hakikatnya rakyat telahpun menarik balik mandat mereka sebagaimana dibuktikan pada 7 PRK sebelum PH tumbang.

Adakah Amanah lagi sekali mahu melihat perbalahan Mahathir-Anwar dalam perebutan kerusi Perdana Menteri?

Mungkin juga masing-masing dalam kalangan Amanah, PKR dan Pejuang telah diserang fobia setelah mengetahui bahawa PAS dan UMNO akan mewujudkan Muafakat Nasional, namun atas kedengkian yang amat misteri, gabungan Muafakat Nasional gagal direalisasikan.

Meskipun akar umbi PAS amat kecewa dengan sikap pemimpin tertinggi mereka yang dilihat sebagai tamak dan telah mengelencongkan perjuangan ke arah pangkat, kedudukan dan kewangan.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: