VIDEO- BUKAN SUAMI ZETI SAJA DAPAT DANA 1MDB, TETAPI MUHYIDDIN DAN SHAFIE APDAL JUGA DAPAT – NAZRI AZIZ

Editorial

3 Dis 2021

Saban hari akhir-akhir ini TS Muhyiddin mengutuk DS Najib sebagai kleptokrat, sama naik dengan tabiat ratib Tun Mahathir bahawa Najib adalah perompak, banduan dan penyangak.

Lihat saja kempen Muhyiddin di PRN Melaka,  Muhyiddin seperti kehabisan modal kecuali menjaja isu 1MDB, ‘name calling’ atau pelabelan ‘perompak’ ‘banduan’ dan apa sahaja yang boleh membunuh karektor DS Najib, seakan-akan DS Najib pula yang bertanding di PRN Melaka.

Beberapa hari lalu SPRM telah mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya RM65 juta dana berkaitan 1MDB yang diambil balik dari Singapura disimpan syarikat milik suami kepada bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).

Terdahulu SPRM juga mendedahkan sehingga kini ia telah berjaya mendapatkan semula aset dan dana 1MDB, membabitkan nilai RM20.5 bilion.

Dalam satu program KiniTV, DS Nazri Aziz juga telah mendedahkan bahawa dana RM2.6 bilion semenangnya diterima daripada derma kerajaan Arab Saudi bagi membantu kepimpinan negara Islam.

Dana yang masuk ke akaun DS Najib itu telah diperakui oleh Gabenor Bank Negara, TS Zeti Akhtar Aziz ketika itu dan Bank Negara memberikan kelulusan.

Daripada jumlah tersebut DS Najib telah menggunakan sebahagian (RM2 bilion) dan selebihnya RM600 juta dipulangkan kembali setelah menjadi polemik yang digerakan oleh Mahathir dan konco-konconya.

Tetapi dana tersebut itu telah dibelanjakan oleh DS Najib untuk membantu Ahli Parlimen UMNO sebagai wakil rakyat di parlimen masing-masing bagi membantu golongan marhaen, miskin dan memerlukan, bukan dibelanjakan wewenangnya untuk kemewahan.

Antara yang menerimanya adalah DS Nazri Aziz sendiri sebagaimana yang dia perakui.

Rupa-rupanya ada beberapa lagi ahli parlimen yang telah menerimanya termasuk TS Muhyiddin Yassin bagi Parlimen Pagoh, dan Shafie Apdal bagi Parlimen Semporna.

Nazri memperakui baki duit derma dari keluarga Di Raja Arab Saudi dalam anggaran USD600 juta sudah dipulangkan kembali oleh DS Najib kepada keluarga Di Raja Arab Saudi tersebut.

Namun, Nazri amat hairan, semasa menerima wang dari DS Najib, Muhyiddin dan Shafie Apdal tidak pula mempertikaikan dari mana DS Najib mendapatkan wang tersebut.

Tidak pula mereka mengutuk dan mencaci DS Najib sebagai kleptokrat, perompak-lanun dan penyangak sebagaimana mentor mereka Mahathir.

Akibat tidak mengenang jasa, dan mengutuk Presiden UMNO, dan terpengaruh dengan rentak Mahathir, mereka telah disingkirkan daripada UMNO.

Setelah tahu Bersatu sudah lemah, Muhyiddin pandai pula mengatur strategi melalui langkah Sheraton untuk belot dan mengkhianati Mahathir dan mengangkat dirinya sebagai Perdana Menteri.

Apabila kerajaan pimpinan Muhyiddin tumbang, dia merancang pula mengkhianati dan menjatuhkan DS Ismail Sabri dan merancang untuk menjadi PM ke-10 pula.

Kes 1BestariNet yang telah membawa kemelut kepada Kementerian Pendidikan serta guru-guru di 10 ribu sekolah seluruh negara untuk dilengkapi dengan Internet berkelajuan tinggi telah diterjemahkan sebagai projek gagal kerana akses Internet yang lembab dan tempang.

Ia juga telah dilaporkan kepada SPRM kerana Muhyiddin yang meluluskan projek tersebut manakala dia didakwa mempunyai kepentingan dengan syarikat YTL yang mengendalikannya.

Tidakkah nanti dia juga akan menjadi ahli kluster mahkamah?

Shafie juga harus sedar bahawa dia juga telah diheret ke mahkamah kerana rasuah salah guna dana RM1.5 bilion, tetapi undang-undang rimba era Tommy Thomas telah membebaskannya pada Ogos 2018 ketika PH berkuasa.

Lantas, adakah rakyat masih mahu termakan dengan fitnah pemimpin hipokrit seperti Muhyiddin dan Shafie?

*******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: