Editorial
2 Disember 2021
Bersatu sudah mula menjaja kenaikan harga barang seiring dengan kenyataan Armada Bersatu bahawa kemenangan BN di PRN Melaka mempengaruhi kenaikan harga barang.
Namun mereka lupa bahawa kenaikan mendadak harga barang sudah pun berleluasa sejak sebelum PRN.
Rakyat tidak lupa bahawa pelaksanaan Ordinan Darurat, ‘total lockdown’ yang paling lama di dunia, dan kadar jangkitan Covid19 antara tertinggi di dunia mengikut per kapita penduduk, telah menyebabkan golongan kapitalis dan peniaga kecil menderita dengan pendapatan sifar.
Semua itu berlaku ketika Bersatu mendominasi kerajaan PN, semasa Muhyiddin Yassin berkuasa sebagai PM.
Kini meskipun DS Ismail Sabri memegang teraju kerajaan, namun ramai menteri kabinetnya tetap merupakan orang yang sama dalam kabinet Muhyiddin Yassin.
Menurut DS Najib, ‘Indeks Harga Pengeluar’ bahan makanan dan barang keperluan harian sudah naik mendadak sejak bulan Januari 2021 ketika ordinan Darurat dilaksanakan.
Atas faktor itulah DS Najib telah memberi amaran pada ketika itu bahawa inflasi akan menjadi masalah yang semakin besar pada bulan-bulan mendatang.
Pada akhir bulan Mac 2021 semasa PN berkuasa, Bank Negara juga telah memaklumkan bahawa kadar inflasi akan cecah 5 peratus pada bulan-bulan mendatang.

Malahan, kenaikan harga barangan harian adalah kesan yang dialami seluruh dunia akibat dari pandemik Covid-19. Kesannya tidak hanya dirasai di Malaysia tetapi hampir seluruh dunia.

Lantas mengapakah Pemuda Bersatu rancak menggunakan isu kenaikan harga barang sebagai berpunca dari BN?
Kerajaan sedia ada bukan kerajaan BN tetapi kerajaan PN juga, cuma diterajui oleh DS Ismail Sabri dari BN. Adakah ini sebagai sebahagian konspirasi mereka untuk menaikkan semula Muhyiddin?
Golongan berpendapatan rendah yang berada dalam kategori B40 dan miskin tegar, kenaikan itu amat menekan kehidupan seharian mereka.
Di banyak tempat rakyat juga sudah mula berdemonstrasi di jalan raya untuk meluahkan rasa marah mereka, pastinya ia tertuju kepada kerajaan PN juga.

Anehnya bagaimanakah harga pengeluar yang dilihat berpatutan, menjadi amat tinggi ketika berada di pasaran?
Misalnya sebagaimana diperakui FAMA, harga ladang bagi satu kilogram sayur bayam hanyalah RM2.50 tetapi harga pasaran bagi satu kilogram sayur bayam di Johor Baru melambung sehingga RM7.50 untuk satu kilogram, RM6.00 di Kedah dan RM7.00 di Kelantan.
Blog Edisi Siasat mendakwa bahawa ada kebarangkalian pihak kapitalis dan orang tengah yang rapat dengan Bersatu, telah bersekongkol untuk menaikkan harga tersebut.
Golongan ini dikatakan mendapat layanan istimewa daripada Bersatu dalam dasar pemerintahan mereka sejak PN-Muhyiddin berkuasa dahulu.
Keadaan yang sama pernah berlaku sebelum PRU 14 apabila kenaikan harga barangan keperluan harian sengaja diwujudkan oleh pihak-pihak tertentu semata-mata untuk membangkitkan kemarahan rakyat kepada kerajaan BN dan menyalahkan GST.
Apabila rakyat mula marah kepada kerajaan yang memerintah, ahli politik akan mengambil kesempatan dengan memainkan sentimen rakyat untuk membenci kerajaan.
Phak PH-Bersatu kemudiannya memainkan watak sebagai pihak yang memperjuangkan nasib rakyat dan berpura-pura bersimpati dengan penderitaan rakyat.

Kini sudah mula tersebar BN adalah bersinonim dengan ‘barang naik’ yang dikaitkan dengan kemenagan BN di PRN Melaka, tetapi hakikatnya adalah untuk menjatuhkan DS Ismail Sabri supaya Muhyiddin kembali berkuasa.

Rakyat pasti tidak lupa, setelah BN kalah pada PRU14 dan diambil alih oleh PH, ekonomi negara terus menjunam, harga barang juga terus naik mendadak akibat kegagalan mereka mengendalikan ekonomi negara.
Kini kebanyakannya orang yang sama juga daripada Bersatu yang mengendalikan urusan ekonomi dalam negara.

Sudah heboh bahawa Bersatu dalam kepimpinan PN hari ini mahu Muhyiddin Yassin kembali berkuasa.
Mereka sedang melobi agar PRU15 ditangguhkan sehingga 2023, dan dengan itu cara mudah untuk merampas semula kuasa ialah dengan menghilangkan sokongan ahli parlimen terhadap Ismail Sabri.
******
Tinggalkan Jawapan