PEMIMPIN KONSPIRASI DAN ‘KERAJAAN GAGAL’ MASIH BERATIB TENTANG 1MDB

Editorial

1 Disember 2021

Pemimpin serta konco-konco mereka yang telah diindoktrinasikan pemikiran dengan dogma bahawa 1MDB menjadi punca kemerosotan ekonomi negara, sebenarnya sedang mamai dan mabok dengan fitnah.

Mereka tak sedar perkembangan dan pendedahan tentang kes 1MDB kini sudah membuka pekung mereka, dan sesungguhnya dakwaan terhadap DS Najib hanyalah satu konspirasi yang dirancang.

Mahathir dan menteenya Muhyiddin sering menjaja dan mencanang DS Najib perompak, lanun, penyangak, kleptokrat, kluster mahkamah, banduan sehingga mengutuk keturunan Bugis sebagai lanun.

Mereka tidak sedar Bugis, Banjar, Jawa, Minangkabau dan banyak lagi etnik Indonesia adalah rumpun Melayu sedangkan Kutty Kerala bukan rumpun Melayu.

Dari aspek psikologi dan psiwar atau perang saraf, ia dinamakan sebagai ‘ad hominen’ iaitu untuk menutup salah diri sendiri, maka dia mencipta pelabelan memburukkan orang lain.

Kemudian dia akan menjaja dan mencanang dalam media agar khalayak media diindoktrinasikan dengan pelabelan itu.

Dengan itu khalayak media dan orang ramai, tertumpu pada orang yang dilabelkan dan lupa bahawa orang yang mencipa label itulah yang sebenarnya jahat, pemfitnah dan salah.

Lihat sahaja bagaimana MSN (Microsoft News) media gergasi antarabangsa, telah mendedahkan bahawa Mahathir adalah kleptokrat terkaya di dunia dengan simpanan USD45 bilion.

Lihat sahaja bagaimana ‘Ranker’ menjenamakan Mahathir sebagai ‘Diktator Terkenal Dunia’.

Lihatlah bagaimana Mahathir dan konco-konconya masih berwirid tentang DS Najib, terus memburukkan imej Najib dengan 1 MDB, tapa mahu melihat langsung pendedahan penyelewengan, undang-undang rimba era Tommy Thomas, kewujudan psikopath ‘anak kesayangan’ dalam SPRM, serta campur tangan politik dalam PDRM sebagaimana yang didedahkan oleh bekas Ketua Polis Negara, TS Hamid Bador.

Masih riuh daripada kalangan mereka bahwa
kemerosotan ekonomi Malaysia dan prestasi buruk mengawal Covid19 melalui Ordinan Darurat Muhyiddin adalah berpunca daripada kekangan hutang 1MDB yang berjumlah RM32 bilion.

Itu sahaja yang mereka wiridkan untuk mengindoktrinasi pemikiran rakyat, sedangkan mereka tidak berani mendedahkan hakikat sebenarnya.

Dari aspek ekonomi yang bagaimanakah maka 1MDB menjadi punca kegagalan kerajaan sedangkan kerajaan ‘gagal Muhyiddin’ langsung tidak membayar satu sen pun prinsipal hutang 1MDB.

Malahan sepanjang tempoh Muhyiddin berkuasa, Malaysia mendapat semula RM15.4 bilion tunai yang dibayar sebagai penyelesaian kes 1MDB oleh pihak seperti Goldman Sachs, KPMG, PetroSaudi, The Cutting Edge, dan Deloittes.

Ini bermakna satu sen prinsipal hutang 1MDB tidak pernah dibayar tetapi kerajaan memperoleh pemulangan dana 1MDB berjumlah RM15.4 bilion.

Apa yang berlaku di Singapura adalah sesuatu yang telah membuktikan bahawa wang daripada dana 1MDB dipulangkan setelah banyak lagi ditelan oleh kroni Mahathir.

Apa yang Mahathir tahu hanya “Saya tak tahu”!

Selain itu, Muhyiddin yang merupakan mentee Mahathir, dilihat seolah-olah cuba menyembunyikan fakta aset-aset 1MDB yang bernilai lebih RM100 bilion.

Muhyiddin rabun untuk melihat 1MDB berperanan menyelesaikan masalah perjanjian IPP berat sebelah yang menjimatkan negara sebanyak RM15 bilion setahun sehingga rizab tunai Petronas naik ke RM176 bilion sebelum PRU14.

Lantas, dari sudut mana Muhyiddin terbeban dengan hutang 1MDB?

Prestasi Muhyiddin mengawal ekonomi dan Covid19 amat buruk dengan Ordinan Darurat yang menyekat sidang parlimen, dan ‘total lockdown’ paling lama di dunia, tapi serangan jangkitan Covid19 di Malaysia adalah tertinggi di dunia mengikut kadar per kapita penduduk.

Sebaliknya Muhyiddin menerima tunai RM15.4 bilion daripada 1MDB.

Hutang kerajaan PN Muhyiddin naik sebanyak RM173.3 bilion dalam tempoh Muhyiddin berkuasa dari RM792 bilion kepada RM965.3 bilion pada bulan Ogos semasa Muhyiddin dijatuhkan dari kerusi PM.

Ketika Muhyiddin berkuasa, Petronas turut dijarah sebanyak RM59 bilion. Manakala aset Khazanah Nasional turun hampir RM10 bilion.

BN berjaya naikkan Tabung KWAN dari RM4 bilion sehingga RM17 bilion, tapi PN-Muhyiddin menjarah RM5 bilion daripada tabung KWAN.

Lihatlah jumlah yang dibelanjakan oleh PN-Muhyiddin daripada hasil 1MDB-BN tetapi masih mahu salahkan 1MDB dan DS Najib:

  • RM15.4 bilion (dana diterima sebagai penyelesaian 1MDB) telah dibelanja wewenangnya
  • RM173.3 bilion (kenaikan hutang kerajaan)
  • RM59 bilion (bayaran dari rizab Petronas)
  • RM10 bilion (Khazanah Nasional)
  • RM5 bilion (korek dari Tabung KWAN)

Semuanya berjumlah RM262.7 bilion dihabiskan Muhyiddin dalam tempoh singkat 17 bulan dia berkuasa.

Muhyiddin gagal teruk sehingga rakyat menggelar kepimpinannya sebagai ‘Kerajaan Gagal’ tapi masih mahu salahkan 1MDB.

Fakta tidak menipu. Muhyiddin masih mahu jadikan 1MDB untuk menyalahkan DS Najib, sama seperti mentornya Mahathir yang berwirid siang-malam tentang 1MDB, penyamun, perompak, penyangak, tapi siapakah perompak sebenar-benarnya?

****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: