HARGA BARANG KEPERLUAN NAIK MELAMBUNG, MENTERI BERTANGGUNGJAWAB DENGAN KPI RENDAH HENDAKLAH LETAK JAWATAN

Editorial

29 Nov 2021

Beberapa hari ini kenaikan harga barang keperluan dapur seperti minyak, sayur-sayuran, daging, ikan, ayam, telur dan pelbagai lagi, seperti di luar kawalan pihak yang bertanggungjawab sehingga kepada 200%.

Misalnya harga sawi pendek (choy sum) meningkat dari RM3 sekilogram kepada RM9 (200%), brokoli daripada RM8 kepada RM20 (150%), dan kubis bunga daripada RM7 sekilogram menjadi RM16 sekilogram (lebih 100%).

Apakah yang dibuat oleh menteri yang bertanggungjawab?

Isu ini adalah isu rakyat, janganlah kerana rakyat diberikan bantuan kewangan itu dan ini, maka pihak pembekal atau pengeluar barangan keperluan dapur juga diberikan kebebasan wewenangnya untuk menaikkan harga.

KPDNHEP harus mengambil tindakan proaktif untuk mengekang kenaikan harga sedemikian sekiranya mahu rakyat kekal menyokong kerajaan sedia ada.

Di mana letaknya undang-undang kawalan harga yang amat berkesan semasa BN memerintah? Ini hanyalah satu persoalan.

Namun pelaksanaan Darurat yang dikuatkuasakan oleh TS Muhyiddin Yassin yang mengekang segala aktiviti termasuk sidang parlimen demi mempertahankan kuasanya, kini telah memberikan kesan negatif apabila peniaga cuba mencari jalan menutupi kerugian melampau ketika Darurat dilaksanakan.

Kini walaupun rakyat tidak lagi ‘terkurung’ di sebalik Fasa Pemulihan Negara, bahkan langkah kerajaan membenarkan mereka merentas negeri memastikan sektor ekonomi domestik kembali rancak, namun dampak pantulan kepada sekatan perniagaan ketika Darurat era Muhyiddin telah tiba-tiba menonjol dan meledak melalui kenaikan harga keperluan dapur.

Isu lain lagi yang dilihat adalah soal pekerja murahan yang sebelumnya lebih ketara diisi oleh tenaga buruh asing yang murah.

Kesan sekatan dan kesan mengenyahkan mereka dalam sektor pengeluaran dan pertanian telah juga memberikan dampak yang sungguh menakutkan.

Menurut Setiausaha Persatuan Pekebun Sayur Cameron Highlands pekebun dan peniaga sayuran menggesa kerajaan untuk menangani isu kekurangan tenaga kerja serta isu lain yang membawa kepada peningkatan harga sayuran pada masa ini.

Bekas Perdana Menteri BN, DS Najib Tun Razak menjelaskan bahawa kesan inflasi negara akan melonjak, dan hal ini sungguh mengecewakan sekiranya kerajaan dan menteri yang bertanggungjawab tidak efektif mengekang dan mengawal kenaikan harga.

DS Najib Razak memberi amaran bahawa Malaysia merupakan satu-satunya negara yang secara rasmi jatuh ke status kemelesetan ekonomi teknikal bagi suku ketiga tahun 2021, berbanding negara jiran yang lain.

Merujuk kepada graf yang menunjukkan Malaysia mencatatkan kadar penurunan ekonomi sebanyak 4.5 peratus.

Ia  berkaitan dengan situasi dan kesan pelaksanaan darurat dan menggantung Parlimen ketika pentadbiran Muhyiddin Yassin.

Malaysia satu-satunya negara sahaja yang jatuh secara rasmi ke status kemelesetan ekonomi teknikal pada ketika ini.

Meskipun Darurat dilaksanakan tetapi RM600 bilion duit negara dibelanjakan oleh kerajaan gagal Muhyiddin dengan tindakan ‘lockdown separuh masak’ yang paling lama dalam dunia.

Dampaknya ketrajaan Muhyiddin telah menjahanamkan ekonomi rakyat dan perniagaan kecil, sedangkan serangan Covid19 ketika dia berkuasa tetap naik mendadak.

Bagaimanakah harga ayam akan turun jika harga dedak makanan naik melambung?

Kerajaan PN pimpinan Ismail Sabri hendaklah sedar bahawa barangan keperluan dapur ini bukanlah barangan mewah, tetapi harganya sekarang sudah di tahap mewah.

Ia akan memberi kesan yang amat buruk kepada rakyat golongan bawahan dan juga menengah iaitu golongan B40 dan M40.

Anehnya menteri berkenaan Alexander Nanta Linggi telah mengeluarkan kenyataan seolah-olah tidak kisah malah menyatakan bahawa kenaikan harga barang keperluan harian sebagai ‘normal.’

Nampak sangat ia adalah satu ‘escapisme’ yang menggambarkan bahawa menteri tidak efektif dan tidak berbuat apa-apa bagi memeriksa kenaikan harga itu, yang telah membebankan rakyat dan mengurangkan kuasa membeli mereka.

Kini pemerintahan DS Ismail Sabri sudah menjangkau 100 hari menggantikan kerajaan gagal Muhyiddin Yassin.

Apa sudah jadi dengan kad laporan menteri bagi membuktikan prestasi kerja mereka pada tahap yang telah ditetapkan dan KPI 100 hari para menteri?

Tidakkah PM telah memberi amaran tindakan akan diambil sekiranya prestasi tidak melepasi KPI berkenaan.

Jangan ulangi kerajaan PH yang telah menunjukkan prestasi yang amat buruk dalam sejarah apabila PM tua yang lemah dipergunakan dan diperbodohkan wewenangnya.

Menteri Alexander Nanta telah menyalahkan kos operasi pengeluaran barangan dapur yang lebih tinggi dalam rantaian nilai dan memberi jaminan bahawa kenaikan harga barang keperluan asas akan diselesaikan menjelang 9 Disember, maka dia harus berundur jika gagal mengotakan hal demikian.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: