MASIH ADAKAH KEABSAHAN KES UNTUK MENUDUH DS NAJIB?

Dr Mamat Desa

28 Nov 2021

Dengan terdedahnya isu penglibatan keluarga bekas Gobenor Bank Negara, TS Zeti Akhtar Aziz yang didakwa telah menerima dana daripada 1MDB sejumlah RM65 juta melalui bank di Singapura, dan maklumat pengesahan Zeti terhadap derma daripada kerajaan Arab Saudi kepada DS Najib, serta fakta kes lain yang disembunyikan oleh regim PH, maka isu konspirasi untuk menjatuhkan DS Najib menjadi amat signifikan.

Lanskap perbicaraan DS Najib telah dikejutkan dengan pengesahan SPRM minggu lalu bahawa baki dana RM65 juta yang dilaporkan dikaitkan dengan Jho Low dalam Akaun Bank 1MDB dan pembabitan keluarga bekas Gabenor Bank Negara Malaysia.

Sejumlah RM700 juta telah dipindahkan ke akaun bank yang dikaitkan dengan syarikat milik suami Zeti, Tawfiq Ayman sejak tahun 2013 sehingga tahun 2017.

Terdahulu, dilaporkan bahawa Singapura telah memaklumkan kepada BNM berhubung transaksi mencurigakan daripada Jho Low ke sebuah syarikat dimiliki Tawfiq semasa Zeti masih lagi mengetuai Bank Negara.

Tindakan membawa pertuduhan atas DS Najib ke mahkamah terlebih dahulu sebelum penyiasatan ke atas Zeti diselesaikan, nampaknya telah membangkitkan pelbagai persoalan yang amat kritikal memandangkan Zeti disenaraikan sebagai saksi pendakwaan utama dalam kedua-dua perbicaraan SRC International dan 1MDB yang tertuduh ke atas DS Najib.

Lebih mengejutkan apabila bekas Peguam Negara, Tommy Thomas, tiga hari lalu telah mendedahkan bahawa dia menyedari transaksi sedemikian semasa memegang jawatan.

Walau bagaimanapun Tommy memberi alasan siasatan terhadap penglibatan ahli keluarga Zeti belum selesai ketika PH berkuasa.

Tommy menjelaskan, “Pada peringkat itu, kertas siasatan SPRM ke atas Zeti dan lain-lain, belum selesai. Saya tidak pernah berpeluang melihat kertas siasatan itu.”

Walau bagaimanapun Tommy menegaskan,”Jika bekas Perdana Menteri atau bekas Timbalan Perdana Menteri tidak terlepas daripada pendakwaan, sudah pasti bekas Gabenor Bank Negara juga tidak akan terlepas.”

Pendakwaan 1MDB ke atas Najib dibuat pada 2018 seelok-seelok selepas PH berkuasa.

Namun kerajaan Pakatan Harapan pada masa itu tidak menjelaskan kenapa siasatan ke atas Zeti tidak didedahkan kepada awam.

Oleh itu, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya dan PDRM mesti menjelaskan kelewatan yang berlarutan dalam penyiasatan tersebut, lebih-lebih lagi apabila polis Singapura telah mengambil tindakan seawal 2019.

Sebelum ini NST pernah dalam satu laporan eksklusif, mendedahkan perbualan dalam Whatsapp oleh Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown dan beberapa individu membuktikan wujud konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan DS Najib-BN.

NST menyatakan, perbualan menerusi Whatsapp itu mengaitkan pembabitan Rewcastle-Brown, Pengerusi Kumpulan Media The Edge, Datuk Tong Kooi Ong, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ho Kay Tat dan bekas pegawai PetroSaudi, Xavier Andre Justo.

Konspirasi didakwa membabitkan perancangan untuk membeli data, yang dibekalkan oleh Justo, yang dikatakan membabitkan urusan PetroSaudi dengan syarikat pelaburan milik negara 1MBD.

Perbualan Whatsapp itu juga dikatakan membuktikan yang Rewcastle-Brown mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin DAP, Tony Pua selain bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jika diteliti, dengan terdedahnya penglibatan syarikat suami Zeti dengan dana 1MDB, pertuduhan terhadap DS Najib nampaknya signifikan sebagai satu konspirasi politik regim PH kerana terdapat fakta kes yang mereka disembunyikan.

Fakta kes yang disembunyikan itu yang dikaitkan dengan Bank Negara, nampaknya telah mengubah perspektif kes, kerana maklumat tersebut adalah ‘material’ atau amat signifikan kepada pembelaan DS Najib.

Sungguh mengejutkan kerana, kes yang telah berlangsung di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya dibawa ke Mahkamah Rayuan telah sampai ke peringkat akhir dan keputusannya akan diputuskan pada 8 Disember ini.

Amatlah teraniaya sekiranya fakta kes terbaharu daripada Singapura itu tidak diambil kira dalam perbicaraan dan pembelaan ke atas DS Najib.

Dengan itu terbangkit persoalan, masih adakah keabsahan untuk mendakwa DS Najib setelah pendedahan penglibatan ahli keluarga bekas Gabenor Bank Negara sebelum dan ketika PH berkuasa serta segala fakta pembelaan yang disembunyikan PH?

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: