DS NAJIB BUAT LAPORAN POLIS BERKAITAN MAKLUMAT PENTING DALAM KES SRC DAN 1MDB YANG DISEMBUNYIKAN PIHAK PAKATAN HARAPAN

Editorial

27 Nov 2021

Kenyataan DS Najib, selepas membuat Laporan Polis di Balai Dang Wangi adalah seperti berikut:

Kebanyakan rakyat Malaysia terkejut dengan pengesahan SPRM minggu lalu bahawa baki dana RM65 juta yang dilaporkan dikaitkan dengan Jho Low dalam Akaun Bank 1MDB dan pembabitan keluarga bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, telah dipulangkan ke Malaysia oleh pihak berkuasa Singapura.

Laporan media menyebut sebanyak RM700 juta telah dipindahkan ke akaun bank yang dikaitkan dengan bekas Gabenor BNM itu sejak tahun sehingga 2013..iaitu sejak tahun 2013 sehingga tahun 2017.

Tiada siapa yang lebih kecewa daripada saya kerana tiada agensi penyiasatan pernah mendedahkan kepada saya tentang keluarga Gabenor BNM yang dikaitkan dengan Jho Low atau berurusan dengannya kerana saya telah mempercayainya sepenuhnya semasa saya menjadi Perdana Menteri.

Lebih mengecewakan ialah pendedahan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas, dua hari lalu bahawa beliau menyedari transaksi sedemikian semasa memegang jawatan, serta jawapan di parlimen pada Isnin lalu oleh Menteri Undang-Undang Datok Wan Junaidi yang membuktikan bahawa pihak polis tahu mengenai perkara ini sejak sekurang-kurangnya 2019 di bawah rejim PH sebelum ini tetapi diberikan alasan masih dalam penyiasatan, dan sehingga kini sudah hampir penghujung 2021.

Maklumat sedemikian tidak pernah dimaklumkan kepada saya dan pasukan guaman saya untuk digunakan dalam pembelaan saya di mahkamah walaupun maklumat tersebut menjadi bahan bukti penting kepada pihak pembelaan dalam kedua-dua kes SRC dan 1MDB yang dituduh ke atas saya.

Saya juga dimaklumkan bahawa seorang lagi saksi pendakwaan utama dalam kes SRC telah menerima lebih daripada RM85 juta dana yang dikaitkan dengan 1 MDB, dan sekali lagi saya dan pasukan peguam saya tidak diberitahu tentang perkara ini walaupun individu itu memainkan peranan penting dalam kes SRC.

Oleh itu, saya baru sahaja membuat laporan untuk meminta polis menyiasat jika terdapat percubaan sengaja untuk menyembunyikan bukti penting untuk saya dan semua rakyat Malaysia oleh individu penting tertentu dalam agensi penyiasatan dan SPRM yang dilantik semasa pentadbiran PH.

Komentar:

Kami sedar kami tidak mempunyai kuasa untuk membuat komentar ke atas latar kes yang dikemukakan oleh DS Najib Razak Tun yang kami lihat amat teraniaya, kerana kes ini sudah berada dalam siasatan polis.

Cuma sebagai rakyat Malaysia yang waras kami ingin bertanya, siapakah yang mengetuai kepimpinan PH yang merahsiakan maklumat ini kepada pihak mahkamah, serta berlaku konspirasi dalam SPRM dan badan penyiasatan yang lain?

Adakah orang itu merupakan orang yang sama yang sering menjaja dan mencanangkan bahawa DS Najib adalah ‘banduan’, ‘perompak-lanun’, ‘penyangak’ dan ‘kleptokrat’?

Sebagai rakyat yang cintakan keadilan, kami harap individu berkenaan segera diheret ke mahkamah, tanpa mengira usia, pangkat dan kedudukannya untuk menegakkan keadilan serta menjaga integriti pihak SPRM serta PDRM.

Sebagai rakyat Malaysia kami juga melihat satu demi satu, kebenaran yang didedahkan oleh Allah untuk menunjukkan kezaliman individu berkenaan serta kroninya yang tidak boleh lagi dikompromi.

Ia membuktikan dengan jelas daripada pendedahan bekas Peguam Negara dan bekas Ketua Polis Negara, bahawasanya terdapat konspirasi untuk memusnahkan hidup DS Najib Tun Razak.

Dari aspek psikologi, sekiranya anda mahu menutup kesalahan anda pada lanskap media, maka jalan kotor yang perlu anda ambil ialah mengada-ngadakan dan menghebahkan kesalahan individu lain dalam media juga – (Ad Hominen Fallacy as proposed by Richard Whately).

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: