Editorial
25 Nov 2021
Tun Mahathir seperti sang badot dalam peribahasa, “Bangkai nyamuk di seberang dia nampak, bangkai gajah di batang hidung dia tidak nampak”.

Demikianlah nampaknya, apabila dia membawa isu tanah anugerah kerajaan kepada DS Najib sebagai bekas PM, sedangkan anugerah tersebut telah ditolak oleh DS Najib.
Malahan nila RM100 juta yang dinyatakan adalah fitnah di luar pengetahuan DS Najib, sebaliknya adalah spekulasi portal pro-PN yang mahu melihat BN-UMNO kalah di PRN Melaka.
Mereka nampaknya tersalah sasar kerana DS Najib bukanlah calon di PRN Melaka, bukan Pengerusi UMNO dan tiada apa-apa jawatan dalam UMNO.
Namun terbongkar isu tanah di Langkawi seluas 34 ekar yang diluluskan oleh LADA dengan pajakan murah RM192,500.00 selama 60 tahun.
Mahathir hanya perlu membayar RM267.00 sebulan, bayaran yang dilihat lebih murah daripada sewaan rumah setinggan di Kuala Lumpur.
DS Najib berkata “Takde lah saya “bayar” kerajaan untuk dapat tanah tepi pantai seluas 34 ekar di Langkawi untuk tempoh 60 tahun dengan harga pajakan RM3,200 setahun seperti dia.

Mukhriz pula didakwa mendapat lesen membalak di kawasan hutan Sarawak pada 1994 seluas 1000 hektar bersamaan dengan 2471 ekar.

Tidak hairanlah sekiranya Microsoft News menyenaraikan Mahathir sebagai KLEPTOKRAT TERKAYA DUNIA, dengan nilai kekayaan USD45 bilion.
Sebaliknya DS Najib semasa menerajui Melaysia telah berjaya meningkat rizab simpanan negara daripada RM800 bilion kepada RM2 trilion.
Itupun PH membohongi rakyat bahawa ketika mereka berkuasa, negara sedang menuju kebankrapan atau muflis.

Kesimpulannya, isu tanah anugerah kepada DS Najib bukannya isu pun kerana telah ditolak oleh DS Naib dan tiada pelaksaan, sebaliknya ia cuba dijadikan isu politik untuk membunuh kepercayaan pengundi Melaka terhadap UMNO-BN.
Hasil fitnah Mahathir, PH-Bersatu-PN telah kalah di PRN Melaka kerana pengundi Melaka tahu menilai apa jasa pahlawan Bugis yang menentang penjajah berbanding pengkhianat Madeliar dan kitul-kitulnya.
Bahkan rakyat tahu Mandeliar bukan datang dari rumpun Melayu sebaliknya daripada India. Sikap dan perangai dengki mereka amat nyata.
******
Tinggalkan Jawapan