ISU ANUGERAH HARTANAH KERAJAAN KEPADA NAJIB HANYA PROPAGANDA PH TARIK UNDI PRN MELAKA

Editorial

24 Nov 2021

Tun Mahathir telah membangkitkan isu anugerah hartanah kepada DS Najib sebagai mengenang jasa beliau sebagai PM Ke-6.

Sebaliknya Mahathir lupa bahawa dialah yang meminda Akta Ahli Parlimen yang termasuk dalamnya perkara anugerah hartanah kepada bekas PM.

Namun DS Najib telah menolak anugerah hartanah itu yang terbangkit pada 2018 setelah PH menang PRU14, tetapi masih diungkit oleh Mahathir di parlimen, malah diheboh-hebohkan seakan-akan Malaysia diserang oleh China komunis atau pengganas antarabangsa LTTE.

Nampak sangat serangan Tun Mahathir dua hari sebelum PRN Melaka, adalah merupakan strategi beliau untuk mengubah sokongan pengundi PRN Melaka kepada BN-UMNO dan memenangkan pihak Bersatu atau tidak pun PH, asalkan bukan BN-UMNO.

Malahan nilai RM100 juta hartanah itu hanyalah rekaan portal berita pro-PN yang ditaja oleh TS Muhyiddin Yassin.

Tapi nampaknya strategi orang tua itu gagal kerana, rakyat menolak PH-Bersatu-PN kerana terdapat persoalan yang lebih besar lagi daripada isu hartanah anugerah kepada bekas PM.

Pengundi dan rakyat Melaka menolak PH-Bersatu-PN kerana mereka tidak akan lupa penipuan, pembohongan, fitnah, janji palsu, manifesto kertas tisu tandas, keburukan pentadbiran PH-Bersatu, aktivis pengganas dalam DAP dan seribu satu macam kegenjotan kerajaan kakistokrasi itu selama 22 bulan mereka berkuasa.

Malahan sepanjang mereka berkuasa, isu rebutan kuasa tidak habis-habis terbangkit antara Mahathir-Anwar-Azmin Ali.

Apabila isu ‘Langkah Sheraton’ dirungkaikan, baharulah rakyat tahu bahawa TS Muhyiddin adalah pengkhianat kepada PH.

Tetapi sebagaimana lumrah alam, pengkhianat tidak akan kekal lama, maka jadilah Muhyiddin PM 17 bulan, satu rekod sejarah tempoh PM paling singkat.

Tentang isu hartanah anugerah kerajaan kepada DS Najib, ia bukanlah sesuatu yang baharu, Mahathir sendiri telah menerima anugerah hartanah ketika dia meletakkan jawatan sebagai PM.

Tapi rakyat tahu sikap dan tabiat manusia dari keturunan Kerala yang pedengki, khianat dan masih menjaja dan berwirid, perompak, lanun, penyangak ke atas DS Najib sedangkan Microsoft News sendiri telah menghebahkan bahawa Mahathir adalah kleptokrat terkaya dunia.

Lantas siapakah perompak-lanun sebenarnya? Pahlawan Bugis yang menentang penjajah atau Mandeliar dan kitul-kitulnya?

Bukan itu sahaja, Mahathir juga telah membentangkan hipotesis bahawa “Inikah jasa yang kerajaan ini nak balas budi? Yang kerajaan nak beri? Perdana Menteri akan datang selepas ini akan curi duit sebab lepas curi duit, dapat tambah duit lagi dan duit yang dicuri pun diberi semula. Seleweng duit, salah guna kuasa, oh, bagi hadiah dengan nilai RM100 juta pula,” katanya.

Memanglah ahli parlimen lain terutamanya DAP-PH-Amanah akan menyokong Mahathir sebab ia akan memberi dampak kepada sokongan pengundi PRN Melaka kepada UMNO-BN.

DS Najib tidak berdiam diri terhadap kata-kata nista Mahathir itu, tetapi dengan tenang telah menjawabnya bahawa anugerah kerajaan itu adalah hak kepada bekas-bekas Perdana Menteri di bawah Akta kerajaan, tetapi dijadikan bahan utama kempen PH dan PN hari ini.

Lagipun isu anugerah tanah kepada DS Najib itu adalah isu 2018 yang tidak dilaksanakan pun.

Kata DS Najib, “Saya tidak minta dibayar RM100 juta atau minta kerajaan belanja RM100 juta sebagai hadiah pada saya.

“Saya tidak faham kenapa ia dijadikan propaganda utama PRN Melaka sedangkan ini adalah permohonan tahun 2018 dan saya bukan calon di Melaka ataupun Presiden UMNO mahupun Pengerusi BN. Tanah itupun bukan terletak di Melaka.

“Sebaliknya pihak PH dan PN perlu jelaskan apa yang mereka mampu lakukan untuk pulihkan dan membangunkan Melaka.

Setelah kerajaan BN dirampas oleh PH-DAP-Bersatu pada 2018, apa yang DS Najib dapat hanyalah sebuah bangunan sewaan untuk dijadikan pejabatnya, tidak seperti pejabat Mahathir di tengah-tengah tasik Putrajaya yang bernilai mungkin berbilion ringgit.

Isu tanah RM100 juta hanyalah spekulasi dan fitnah portal yang pro-PN sahaja, sebagai kesinambungan kedengkian dan hati busuk Mahathir terhadap DS Najib.

Kata DS Najib, “Bukan saya minta hadiah RM100 juta dari kerajaan atau suruh kerajaan belanja untuk beli tanah tetapi kediaman seperti itu diberi kepada kesemua bekas-bekas Perdana Menteri.

“Malah pejabat bekas Perdana Menteri saya cuma satu banglo disewa di Bukit Pantai. Bukan kompleks besar macam perdana leadership foundation Mahathir.

“Anak-anak saya pun bukan bilionaire macam anak-anak dia.

Kedengkian Mahathir sememangnya melampau apabila dia bertanya apa jasa DS Najib terhadap negara.

Jawab DS Najib, “Tak ada apa-apa pun jasa saya, cuma:

1. Menyelamatkan ekonomi negara daripada The Great Global Recession tahun 2008 hingga 2010.

2. Kadar pertumbuhan ekonomi antara paling tinggi dirantau ASEAN sepanjang tempoh saya PM.

3. Jumlah nilai pelaburan asing paling tinggi dalam sejarah dan antara paling tinggi antara negara-negara jiran semasa saya PM.

4. Aset negara naik RM1.2 trilion dari RM800 bilion ke RM2 trilion dari tahun 2008 ke 2017 masa saya PM.

Mahathir sendiri yang mengaku ini pada awal tahun 2020 walaupun banyak kali dia tipu bahawa negara sudah bankrap bawah Najib.

“Dr M: Malaysia can tap RM2 trillion savings to further stimulate economy”

5. Aset bersih Petronas naik 4 kali ganda dari RM114.4 bilion pada tahun 2008 ke RM432.8 bilion pada akhir tahun 2017 sebab saya guna 1MDB untuk menyelesaikan masalah perjanjian IPP berat sebelah yang merugikan negara sebanyak RM15 bilion setahun ketinggalan Mahathir.

Lalu jatuh RM51.8 bilion dari RM432.8 bilion ke RM381 bilion pada akhir tahun 2020 lepas sebab kerajaan PH kamu dan PN banyak menjarah Petronas sehingga ianya diturun penarafan untuk 3 tahun berturut-turut.

6. Nilai aset bersih Khazanah Nasional naik hampir 4 kali ganda dari RM33.7 bilion pada akhir tahun 2008 ke RM116.1 bilion pada akhir tahun 2017 sebelum PRU14

Lalu jatuh ke RMR1.6 bilion pada akhir tahun 2019 dan seterusnya ke RM81.9 bilion pada tahun 2020. Kejatuhan RM34.2 bilion bawah PH dan PN sebab dorang banyak jual aset negara.

7. Indeks Bursa Malaysia naik dari 800 point ke hampir 1,900 point sebelum PRU14 yang menjadikan pasaran saham kita antara paling lama dalam trend menaik ataupun World;s longest bull-run market.

8. Selamatkan Proton yang sebelum ini rugi memanjang tiap-tiap tahun semasa dia penasihat Proton dan Pengerusi Eksekutif Proton. Walaupun DRB Hicom (bukan kerajaan) telah jual 49% saham kepada Geely tapi Proton kembali untung dan kuat sekarang.

9. Yang lain-lain seperti sambungan LRT1 dan LRT2, LRT3, MRT, ECRL, Pan Borneo Highway tanpa tol, lebuhraya Central Spine Road ke Kelantan tanpa tol, MCKIP, TRX, Pangkalan Udara Sendayan serta Air base PDRM Subang (serta 7 lagi pangkalan udara dinaikkan taraf atau dibina 1MDB) dan lain-lain dalam masa 9 tahun sahaja itu tak perlu sebut.

10. Program-program seperti UTC, Klinik 1Malaysia, BR1M dan lain-lain yang berjaya menurunkan jurang pendapatan mengikut pekali GINI ke paling rendah dalam sejarah yang kemudian dinaikkan PH.

Malah mahkamah juga telah mengesahkan bahawa dana sebanyak RM642 juta yang saya terima dari Kementerian Kewangan Arab Saudi pun saya semuanya beri untuk kegunaan kebajikan dan program CSR bagi Rakyat. Bukan digunakan untuk peribadi saya pun.

“Jika saya tamak, saya dah ambil RM100 juta dari RM642 juta itu untuk beli rumah besar-besar seperti rumah kamu di Country Heights. Masih lagi baki RM542 juta untuk beri pada Rakyat.Tapi saya tak buat begitu pun.

Sebab itu Mahathir masih penuh dengki dengan saya.

“Tak adalah saya “bayar” kerajaan untuk dapat tanah tepi pantai seluas 34 ekar di Langkawi untuk tempoh 60 tahun dengan harga pajakan RM3,200 setahun seperti dia.

Ini bermakna sewa tanah anugerah kepada Mahathir hanyalah RM267.00 sebulan. Sewa rumah setinggan lebih mahal daripada tanah 34 ekar di Langkawi yang diberikan kepada Mahathir sedangkan nilai tanah itu adalah beratus juta ringgit.

Semasa tawaran tanah Langkawi ini diberi, anak Mahathir, Mukhriz adalah Menteri Besar Kedah!

Malahan anak Mahathir telah mendapat hutan balak seluas 1000 hektar. Berapa nilai agaknya itu?

Kata DS Najib, “Dan banyak lagi. Nanti kita keluarkan satu-persatu.”

“Tanah Putrajaya yang kamu kata kamu “bayar” kerajaan untuk beli itu, berapa luasnya dan berapanya harga yang kamu bayar?”

Kesimpulannya, isu tanah anugerah kepada DS Najib bukannya isu pun kerana tiada pelaksaan, sebaliknya ia cuba dijadikan isu politik untuk membunuh kepercayaan pengundi Melaka terhadap UMNO-BN.

Hasil fitnah Mahathir, PH-Bersatu-PN telah kalah di PRN Melaka kerana pengundi Melaka tahu menilai apa jasa pahlawan Bugis yang menentang penjajah berbanding pengkhianat Madeliar dan kitul-kitulnya.

Bahkan rakyat tahu Mandeliar bukan datang dari rumpun Melayu. Sikap dan perangai dengki mereka amat nyata sekali, dan mereka suka hebahkan kepada dunia. Sesiapa pernah berjiran dengan kaum seperti itu, pasti faham.

******

Advertisement

2 thoughts on “ISU ANUGERAH HARTANAH KERAJAAN KEPADA NAJIB HANYA PROPAGANDA PH TARIK UNDI PRN MELAKA

Add yours

  1. Betul..Berpeganglah dan kembalilah kepada AlQuran dan As sunnah.PASTI. kita dapat jaminan dari Allah.KEMBALILAH KEPADANYA SEBELUM TERlambat…

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: