KENAPA PIHAK YANG SERING JAJA SKANDAL 1MDB DIAM SAHAJA TERHADAP PENGLIBATAN KELUARGA BEKAS GABENOR BNM?

Editorial

23 Nov 2021

Apabila Singapura mendedahkan keterlibatan bekas Gobenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang ada kebarangkalian besar membersihkan nama DS Najib Razak dalam skandal 1MDB, tiada sesiapa dalam kalangan mereka yang heboh dan bising dahulu, tampil mengutuk pihak terbabit sebagaimana mereka mengutuk DS Najib.

Ahli MKT UMNO Shabery Cheek juga telah mempersoal kenapakah Bersih yang dahulunya sanggup berguling di jalan raya, tetapi kini diam sahaja apabila Singapura mendedahkan isu keterlibatan keluarga bekas Gabenor BNM, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dalam skandal 1MDB?

Adakah pihak dalam kerajaan PN juga cuba turut sama dan sengaja mahu menyembunyikan maklumat terbaharu skandal ini, semata-mata kerana ia akan membersihkan nama DS Najib?

Tahniah diucapkan kepada Ahli Parlimen PD, DS Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Subang, Wong Chen dari PKR dan juga Parlimen Baling DS Azeez Abdul Rahim dari BN, yang telah membawa isu ini dalam sidang parlimen.

DOJ Amerika Syarikat juga telah dilaporkan menerima suapan daripada pihak yang bersekongkol dengan Tun Mahathir untuk memburukkan nama DS Najib dalam kes 1MDB.

Malahan pihak yang bersekongkol untuk merosakkan nama DS Najib, dalam PetroSaudi telah pun dipenjarakan di Thailand atas tuduhan pemalsuan dokumen, fitnah dan komplot.

Diharapkan PM ke-8, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim akan bersama-sama menegakkan kebenaran bagi mendedahkan komplot dan konspirasi 1MDB ini dan tidak hanya membisu.

Banyak lagi bukti-bukti baharu yang akan terhambur, dan pihak yang telah menyalahgunakan kuasa hendaklah diheret ke muka pengadilan.

Klise “Saya tidak tahu” bukan satu kata kunci keramat yang boleh menyelamatkan Mahathir daripada keadilan dunia dan akhirat.

Ketika Mahathir berkuasa, PH sering menjaja, dan mencanang serta memfitnah DS Najib bersekongkol dengan Jho Low dan badan perbankan gergasi dunia, Goldman Sachs untuk mencuri wang 1MDB.

Kini Goldman Sachs dan pegawai mereka telah mengaku bersalah di mahkamah Amerika Syarikat. Mereka telah membayar AS$3.9 bilion dan merasuah pegawai kerajaan Malaysia tetapi ia tidak membabitan DS Najib.

Pada Disember 2020 Putra juga telah membuat laporan kepada SPRM terhadap penglibatan Zeti Akhtar Aziz dalam kes 1MDB, yang sebelum ini sering dihalakan kepada DS Najib Tun Razak dan dijaja serata dunia untuk memusnahkan kerjaya politik beliau.

Naib Presiden Putra, Datuk Hamidah Osman mendedahkan sebuah syarikat yang dipercayai dimiliki oleh suami Zeti dan anak-anaknya didakwa telah menerima lebih AS$16.2 juta daripada entiti yang mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low.

Pertuduhan terbaru mengaitkan keluarga Zeti dalam kes 1MDB yang melibatkan transaksi dengan Jho Low dan bank-bank di negara jiran Singapura telah membangkitkan satu petunjuk baharu yang boleh merungkai skandal 1MDB yang disimbah ke atas DS Najib Tun Razak.

Zeti perlu menjelaskan sama ada beliau semasa menjadi Gabenor BNM membenarkan aliran dan transaksi masuk dan keluar dari akaun-akaun bank di Malaysia yang diterjemahkan sebagai satu konspirasi politik.

Sebelum ini, Zeti menyifatkan dakwaan terhadap dirinya dan keluarganya adalah palsu dan berniat jahat, dan mereka tidak pernah menerima dana 1MDB.

Sebaliknya, suami dan dua anak lelaki Zeti dilaporkan mengaku tahu dan sedar ada menerima wang dari dana 1MDB.

Pengakuan itu terkandung dalam perakuan bersumpah (SD) yang ditandatangani pada Mac 2019. Wang tersebut dikatakan disalurkan ke akaun syarikat Cutting Edge Industries di Singapura dan ketiga-tiganya mengaku sebagai pemilik benifisiari kepada akaun tersebut.

Menurut Free Malaysia Today, SD tersebut disahkan tulen oleh peguam saksi.

Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim berkata, Zeti juga mesti memberikan penjelasan tentang sebarang pengetahuan yang beliau ada saat kes 1MDB terdedah.

Tun Mahathir juga telah dilihat sebagai pemimpin yang telah menyalahgunakan kedudukan jika dia tahu Zeti dan keluarganya terlibat di sebalik tabir dalam skandal 1MDB yang sebelum ini hanya dibebankan ke atas DS Najib semata-mata.

Tun Mahathir juga harus dibawa ke mahkamah kerana tindakan bekas Perdana Menteri itu yang melantik Zeti sebagai Majlis Penasihat Kerajaan selepas PRU14 telah membangkitkan spekulasi konspirasi untuk memusnahkan nama baik DS Najib.

Pelantikan Zeti diterjemahkan sebagai telah menjejaskan usaha mencari kebenaran skandal 1MDB sekiranya Zeti adalah sebahagian daripada komplot untuk memfitnah Najib.

The Edge pernah melaporkan bahawa pihak berkuasa Singapura telah memberi makluman kepada BNM berkenaan transaksi meragukan berjumlah RM66 juta dari ahli perniagaan Jho Low, kepada syarikat milik suami dan anak Zeti pada 2015, iaitu ketika Zeti menjadi gabenor BNM.

Nampaknya ada pihak yang cuba menutup mulut apabila terbongkar bukti yang tidak menyebelahi konspirasi mereka untuk menjatuhkan kerjaya politik DS Najib.

DS Anwar mendesak mereka yang mendapat faedah dan laba daripada kes 1MDB ini mesti dibawa ke muka pengadilan.

Tidak mungkin skandal maha dahsyat ini wujud tanpa persetujuan dari pelbagai lembaga kewangan dan peraturan termasuk PM ke-7.

Ahli politik tertua dunia, sebagaimana biasa akan berkata, “Saya tidak tahu, saya tidak tahu”. Itu sahaja yang dia tahu.

Sebaliknya dia boleh sahaja menjadi ensaiklopedia dalam hal menghina, mengutuk dan memburukkan nama baik DS Najib Tun Razak sehingga kepada keturunan Bugisnya sekali.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: