ANWAR DAN AZMIN PERLU UNDUR DIRI

Editorial

22 Nov 2021

Peletakan jawatan Pengerusi DAP Melaka, Datok Tey Kok Kiew, dihormati dan dipuji kerana rasa tanggungjawabnya terhadap kekalahan 4 kerusi DAP yang telah dimenangi semasa PRU14.

Ia adalah satu tindakan kejantanan, digniti serta maruah DAP.

Presiden PKR yang juga merupakan Pengerusi PH harus mencontohi tindakan Tey Kok Kiew, meletakkan jawatan serta-merta kerana bertanggungjawab atas kekalahan di PRN Melaka.

Pelbagai alasan tempang dihemburkan untuk mewajarkan kekalahan PKR-PH namun sebagaimana dijaja oleh Tun Mahathir Mohamad, ‘Anwar ditolak oleh kaum Melayu’ hendaklah dilihat sebagai faktor kekalahan PKR di semua kerusi yang dipertandingkan.

Rekod buruk moral Anwar yang keras dinafikan oleh pemimpin PKR, sehingga menyebabkan pemimpin PKR itu dipenjarakan, adalah faktor utama penolakan kaum Melayu terhadap PKR-Anwar.

Selain itu pegangan fahaman Anwar yang dikaitkan dengan pluralisme agama, liberalisme sosial-LGBT, dan kebebasan murtad adalah antara faktor yang amat menakutkan kaum Melayu-Islam.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Mohd Akin juga telah menerima kekalahan yang teruk apabila kalah di DUN Paya Rumput kepada calon BN, Dr Rais Yasin, juga menjadi penanda aras bahawa rakyat menolak PKR-Anwar.

Walau bagaimanapun kebergantungan Anwar terhadap DAP adalah sesuatu yang tidak dapat dikompromi oleh majoriti kaum Melayu-Islam kerana DAP telah dilabelkan sebagai kafir harbi.

Malahan Anwar dan PKR-PH telah mengeluarkan kenyataan bahawa pentadbiran negeri Melaka akan diberikan kepada DAP, kononnya DAP bersih daripada rasuah. Kenyataan Anwar ini lebih membangkitkan kemarahan kaum Melayu-Islam terhadap PKR-PH.

Selain itu, masih ada tuduhan pencabulan seksual terhadap Anwar sebagaimana dituntut oleh mangsanya, Yusoff Rawther.

Ramai yang lupa bahawa semasa kemenangan PH pada PRU14, Anwar masih lagi dalam penjara. Orang yang membenci gerakan jalanan ‘Reformasi’ Anwar berlapang dada ketika Anwar dalam penjara. Mungkin faktor ini juga membawa kemenangan kepada PKR-PH pada PRU14.

Namun kali ini, Anwar yang popular dengan janji palsu, sifat sesumpahnya, serta pembohongan, telahpun dibebaskan daripada penjara, dan sejak itu kemelut rebutan kuasa PM menjadi hangat saban hari dalam PH.

Mungkin faktor tersebut juga menyebabkan rakuat benci pada Anwar, sehingga PKR tidak menang satu kerusi pun di PRM Melaka.

Terkini, pemimpin dalam kalangan DAP sendiri, mahu Anwar berundur sebagai Ketua Pembangkang. Mereka tidak lihat peranan Anwar untuk membantu kemenangan di PRN Melaka, sebaliknya Anwar menjadi faktor kekalahan PH-PKR.

Adun Bilut, Lee Chin Chen membidas Pakatan Pembangkang supaya DAP mempertimbangkan kemungkinan untuk keluar daripada PH atas faktor kebencian rakyat terhadap Anwar.

Kata Lee, “Saya menyeru Anwar berundur sebagai Ketua Pembangkang supaya PH boleh memilih pengganti baru.

“Sekiranya tiada harapan untuk PH reset semula, kepimpinan DAP mesti mempertimbangkan untuk keluar daripada gabungan itu dan mencari kerjasama lain.

Lee menganggap kekalahan PH-PKR pada PRN Melaka adalah satu tamparan kepada PH.

Mungkin puteri Anwar, yang dilihat bersih, Nurul Izzah boleh menjadi pengganti sekiranya Anwar mahu mempertahankan ‘dinastinya’ dalam PKR.

Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional, DS Azmin Ali juga harus mengikut jejak pemimpin DAP, Datok Tey Kok Kiew, apabila PN kalah teruk pada PRN Melaka.

Azmin Ali selaku Pengarah Pilihan Raya PN, juga turut sama memalukan pihak PN-Bersatu kerana mereka telah bertanding 28 kerusi tetapi hanya memenangi dua kerusi sahaja. Ia diterjemahkan sebagai kekalahan teruk!

Azmin mempunyai rekod yang amat buruk apabila pelakon video semburit yang mirip dirinya tertular seluruh negara. Namun rakyat kesal apabila PDRM menolak penglibatan Azmin sedangkan pasangannya terang-terangan mengaku Azmin adalah pelaku dalam video jijik itu. Inikah aliran fahaman yang mahu dibawa oleh Azmin dan Anwar dalam masyarakat Malaysia terutama kaum muda?

Walaupun TS Muhyiddin Yassin mengucapkan kesyukuran sebagai menutup kesombongan dan kemaluannya pda PRN Melaka, namun kekalahan PN adalah sesuatu yang telah menjatuhkan martabat dan maruah Muhyiddin kerana mereka bertanding 28 kerusi dan hanya memenangi 2 kerusi sahaja.

Semasa keputusan PRN Melaka diumumkan, Azmin Ali dilaporkan tidak dapat ditemui. Pastinya Azmin malu hendak berhadapan dengan pemberita, apatah lagi apabila dia tahu rakyat Melaka amat membencinya.

Mungkin Azmin sudah tahu sebelum keputusan PRN Melaka lagi bahawa PN akan kalah teruk sebagaimana yang pernah dilaporkan media.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: