Editorial
20 Nov 2021


Imej Gereja Christ Melaka, yang menjadi imej latar dalam kempen DAP melalui FB telah diubah suai apabila simbol salib di gereja itu dipadamkan dan ditafsirkan sebagai mahu menjaga hati kaum Melayu-Islam.
Demikianlah dakwaan Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon, sebagai membidas tindakan DAP itu.
Namun rakyat tahu siapakah DAP yang dalam kalangan pemimpinnya kini ramai terdiri daripada penganut Kristian termasuh Joseph Lim Guan Eng.
Malahan gagasan Pakatan Harapan juga dipersoalkan kerana kata kunci “Harapan” adalah kata suci “Hope” daripada kepercayaan Kristianiti.
Perkataan ‘Harapan’ yang menjadi asas kepada nama kesatuan pembangkang yang didominasi DAP, adalah ‘Hope’ dalam Bahasa Inggeris.
Kosa kata ‘Hope’ adalah perkataan suci dalam fahaman Kristianiti, sebagaimana yang tercatat dalam makalah ‘The Evangelical Quaterly’.
Baguslah sekiranya ia mendukung objektif, rasional, dan wawasan yang membawa penganutnya kepada harapan terhadap tuhannya ‘Jesus’.


Kemudian rakyat seperti tidak mengambil kisah tentang aliran fahaman Christian Evangelist dalam PH, kerana mereka juga tidak mengambil kisah tentang PAS yang dikatakan berdiri atas panji-panji Islam.
Walau bagaimanapun Islam adalah agama Persekutuan, dan Perlembagaan Persekutuan mencatatkan adalah salah bagi penganut agama lain berdakwah atau memurtadkan umat Islam di negara ini.

Kalau nak jaga hati kaum Melayu dengan memadam simbol salib itu mengapakah DAP tidak padamkan simbol salib besar di Pulau Pinang?

Meskipun pelbagai perdebatan telah terbangkit, tetapi DAP tetap dilihat sebagai ‘kafir harbi’ yang harus ditentang oleh umat Islam, walaupun bukan melalui peperangan konvensional, tetapi serangan dan pertahanan melalui media, propaganda dan indoktrinasi mental.

Media DAP, ‘The Rocket’ versi bahasa Cina yang menerbitkan imej itu di Facebook berkata, ia adalah satu kesilapan kerana ia membeli gambar itu daripada iStock, perkhidmatan bank imej oleh Getty Images yang berpangkalan di AS.
Geli hati apabila The Rocket kata dia beli imej berkenaan, sedangkan banyak lagi imej lain yang boleh didapatkan secara percuma daripada Google.
Chong, dalam catatan Facebook berasingan, menuduh DAP sebagai “eunuchs” iaitu sida China yang telah dikebirikan (dibuang kemaluan lelakinya).
Menurut Chong, tindakan memadamkan simbol salib tersebut mencerminkan mentaliti DAP yang tidak ada keyakinan diri dan mereka berrtindak seperti eunuch.
Imej itu digunakan sebagai latar belakang poster untuk merayu pengundi pulang untuk mengundi pada pilihan raya Melaka pada 21 Nov ini.
Cukuplah DAP, kaum Melayu masih ingat ketika Pengerusi DAP Perak memaki-hamun kaum Melayu dengan makian “PUK_ MA_”.
Kini ketika PRN Melaka dan sama seperti PRK yang lain, kamu cuba berpura-pura mahu mengambil hati kaum Melayu?
******
Tinggalkan Jawapan