PN MAHU KETUA MENTERI WANITA- ITULAH PENANDA KEKALAHAN PN

Editorial

19 Nov 2021

Setelah menerima tekanan, sedangkan gagasan parti-parti lain telahpun mengumumkan nama calon Ketua Menteri masing-masing, akhirnya Muhyiddin umumkan Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon Ketua Menteri Perikatan Nasional Melaka.

Mungkin juga Muhyiddin takut setelah beberapa penganalisis menyatakan bahawa PN akan kalah jika ia terus merahsiakan nama calon Ketua Menterinya.

Namun timbul pula polemik, bahawa rakan komponen PN iaitu PAS tidak suka kaum wanita mengepalai sesebuah negeri apatah lagi kerajaan pusat. Namun PAS menafikannya, tetapi PAS pernah menolak DS Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.

Sebelumnya Muhyiddin tidak mahu mencalonkan jawatan Ketua Menteri, kerana dalam kalangan pemimpin PN di Melaka, terdapat beberapa orang kuatnya yang mahu menjadi Ketua Menteri.

Jika diumumkan, ia boleh membawa kepada perbalahan sesama mereka.

Terdapat kenyataan di media sosial kononnya Pengerusi Perikatan Nasional, Datok Mohd Rafiq Naizamohideen membantah penamaan Mas Ermieyati sebagai calon Ketua Menteri PN.

Namun akhirnya setelah menerima tekanan, Muhyiddin umumkan juga nama calon Ketua Menteri PN, hanya tiga hari (pada 17 Nov) sebelum PRN Melaka berlangsung.

Kedudukan Mas Ermieyati sendiri dalam kabinet PM DS Ismail Sabri Yaakob dilihat tidak relevan, bagaimanakah dia sebagai Timbalan Menteri Undang-Undang, mahu pula diangkat sebagai Ketua Menteri? Tidakkah ia mencabuli norma yang ada dalam pelantikan kabinet.

Tiada perkataan lain yang boleh diberikan kecuali ‘tamak haloba’ sekiranya Mas Ermieyati sendiri tidak menolak pencalonannya. Dia adalah ahli parlimen, sekarang mahu jadi ADUN pula, dia juga adalah Timbalan Menteri dan sekarang menonong menonjol-nonjolkan diri untuk dilantik sebagai Ketua Menteri pula.

Malah pada awal lagi, Mas Ermieyati seharusnya menolak pencalonan dirinya sebagai calon PRN Melaka. Mungkin dia terpaksa akur kerana insuran nyawanya terletak di tangan Muhyiddin.

Seperkara lagi, terpadamlah mimpi sesetengah pemimpin PAS bahawa calon Ketua Menteri Melaka sewajarnya diberikan kepada PAS, kerana jentera PAS-lah yang kononnya banyak membantu kempen PN, apabila Bersatu tiada akar umbi di Melaka.

Selain itu, nampaklah sangat bahawa dalam Bersatu tidak ada orang yang layak, tidak ada lelaki perkasa yang hebat untuk diangkat, sedangkan PAS ternganga-nganga mulut menunggu orang mereka diberikan peluang oleh Muhyiddin.

Satu persoalan yang amat panas, “adakah orang Melaka mahu menerima katak politik sebagai Ketua Menteri?”.

Janganlah jadi macam Mahathir, semasa menjadi PM Ke-7 dia masih mamai dan menyebut-nyebut UMNO seakan-akan dia masih memimpin UMNO sedangkan dia sudah menjadi bapa katak kepada semua katak-katak politik.

Mas Ermieyati telah menyatakan bahawa wawasan dia adalah untuk mewujudkan kestabilan politik. Bagaimanakah dia mampu mewujudkan kestabilan politik sekiranya penamaan dirinya sebagai calon sahaja sudah membangkitkan polemik dan perbalahan?

Dia juga harus ingat, bahawa nama dia sendiri sudah ada dalam senarai SPRM, dan dia lari meninggalkan UMNO untuk mendapatkan insuran survival politiknya daripada Mahathir kerana orang-orang Mahathir ketika itu masih berkuasa dalam SPRM.

Terserahlah kepada pengundi Melaka, sekiranya mereka bijak menentukan masa depan Melaka, mereka tahu siapakah yang wajar dipilih.

Dalam sejarah lagenda Melaka, Hang Tuah pernah menentang lagenda Majapahit iaitu wanita yang bernama Panji Semerang atau tokoh sebenarnya Raden Galoh Cendera Kirana.

Terangkatnya Hikayat Hang Tuah menjadi penanda tenggelamnya Hikayat Panji Semerang.

Fikir-fikirkanlah wahai pengundi Melaka.

****

Advertisement

One thought on “PN MAHU KETUA MENTERI WANITA- ITULAH PENANDA KEKALAHAN PN

Add yours

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: