Tun Mahatir
16 Nov 2021 (tarikh dimuat naik)
Tun Mahathir mengeluarkan kenyataan peribadi beliau tentang salah laku Muhyiddin Yassin ketika dia memegang kuasa sebagai PM (17 bulan). Antaranya kenyataan Tun Mahathir adalah seperti berikut:
- Semasa dia menasihati DYMM Agong mengisytiharkan Darurat, Muhyiddin telah hilang kelayakan PM kerana telah hilang majoriti
- Alasan yang diberikan olehnya bahawa merebaknya wabak Covid19 memerlukan kuasa undang-undang Darurat adalah satu pembohongan
- Sejak Darurat diisytihar tidak ada satu pun tindakan yang diambil dalam membanteras wabak Covid19 yang hanya dapat dilakukan di bawah undang-undang Darurat, sebaliknya semua tindakan yang diambil boleh dibuat di bawah undang-undang biasa
- Dakwaan bahawa wabak Covid19 perlu ditangani di bawah undang-undang Darurat adalah satu pembohongan.
- Sebaliknya UD telah digunakan untuk mengekalkan dirinya sebagai PM. Inilah tujuan sebenar Muhyiddin berusaha supaya UD diisytihar.
- Dengan kuasa Darurat parlimen digantung supaya kedudukan dirinya tidak boleh disoal atau dicabar
- Warta kerajaan mengguna nama DYMM Agong supaya Muhyiddin dilindungi
- Segala-galanya (tindakan kerajaan) didakwa sebagai kehendak DYMM Agong.
- Ini termasuklah mengekalkan kuasa PM dan kabinetnya
- Dengan pengekalan kuasa PM maka hak untuk menasihati DYMM Agong dikekalkan. Ini bermakna apa sahaja yang dilakukan di bawah nama DYMM Agong adalah atas nasihat PM
- Ini termasuk rampasan harta, nilai ganti rugi tidak boleh dipertikai, denda RM5 juta, penjara 10 tahun dan tidak boleh mempertikai segala tindakan melalui mahkamah. Ini menjadikan kerajaan ini kerajaan kuku besi (diktator) dengan menggunakan nama DYMM Agong ia menggambarkan DYMM Agong sebagai diktator yang zalim. Sebaliknya undang-undang ini diperbuat oleh kerajaan Muhyiddin.
- Segala kezaliman yang dilakukan seperti menghalang kebebasan rakyat berpolitik dan menegur kerajaan juga telah merampas hak rakyat dalam undang-undang negara dilakukan kerana Darurat membenarkan kerajaan mengetepikan undang-undang biasa.
- Selain daripada wabak Covid19 negara mengalami kemerosotan ekonomi yang amat teruk, hutang negara sudah sampai RM1.3 trilion. Pertumbuhan ekonomi merosot pada paras tertinggi sebayak 5.6% kononnya pada 2021 ekonomi akan meningkat sehingga 7.5% adalah tidak munasabah.
Jumlah penganggur meningkat kepada 700,073 sesuatu yang tertinggi dalam sejarah Malaysia.
Pengangguran tertinggi adalah dalam kalangan siswazah. Satu daripada empat daripada mereka terpaksa bekerja dengan kerja yang tidak kena-mengena dengan kelulusan mereka.

Firma-firma juga mengalami kerugian dan ‘MPL’ (Marginal Product of Labour) atau produk marjinal buruh berjumlah RM29 bilion.
Ramai pekerja dan peniaga kecil hilang pendapatan. Mereka tidak dapat membeli makanan untuk diri sendiri dan ahli keluarga.
Walaupun kerajaan berjanji akan memberi bantuan tetapi ramai yang tidak menerima apa-apa.

Berbilion-bilion dolar pelaburan asing sekarang disalur ke negara jiran. Pelabor di Malaysia juga berpindah ke negara lain.
Saya sedar wabak Covid19 menghalang kegiatan perniagaan dan kerja, tetapi pada zaman perniagaan online banyak perniagaan baharu boleh diadakan.
Malangnya kerajaan tidak berusaha mempermudahkan kegiatan perniagaan.
Pelabor tidak dilayan, bahkan dihalang. Ada pelaboran yang ditamatkan walaupun bernilai berbilion.
Kebanyakan menteri tidak mahu berjumpa peniaga untuk selesaikan masalah.
Ada yang tertekan dengan rasuah oleh ahli politik yang telah mengganti tokoh profesional yang dibuang (dalam GLC) dan banyak lagi sebab.
Pengisytiharan Darurat ini sendiri menakutkan pelabor kerana pada waktu Darurat, undang-undang biasa diketepikan.
Kuasa orang berkuasa juga lebih daripada biasa, tidak ada ‘rule of law’.
Sesungguhnya kerajaan sekarang tidak berasas kepada undang-undang, jelas telah membohongi rakyat kononnya memerlukan Darurat untuk membendung Covid19.

Kerajaan telah menyalahguna nama DYMM Agong untuk dilindungi daripada tuduhan membuat salah, menutup mulut rakyat dan wakil mereka dengan menggantung parlimen, mengamal rasuah, mengugut dengan hukuman berat sesiapa yang mempersoal tindakan kerajaan, bertindak bertentangan dengan peruntukan undang-undang, memburukkan ekonomi dan kehidupan sosial rakyat dan memerintah sebagai diktator yang tidak boleh ditentang.
Kuasa PM dan jemaah menteri dikekalkan dan segala undang-undang yang digunakan oleh mereka mesti diterima sebagai sama dengan undang-undang yang diperbuat oleh parlimen.
Perisytiharan Darurat itu sendiri tidak mengikut undang-undang perlembagaan. Perlembagaan berkehendakkan kuasa kerajaan bahawa perisytiharan Darurat dikemukakan kepada parlimen tetapi syarat ini tidak dihirau.
Oleh itu perisytiharan Darurat ini tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan. Ini bermakna semua tindakan kerajaan Muhyiddin adalah tidak sah.
Inilah keadaan negara sekarang (ketika Muhyiddin berkuasa). Kerajaan telah melakukan bermacam-macam kesalahan tetapi mahkamah tidak dibenarkan menilai sama ada tindakan dan perlakuan oleh kerajaan halal ataupun haram daripada segi undang-undang.
Ya, memang ada yang akan halalkan segala yang dilakukan kerajaan. Mereka mempunyai sebab peribadi kenapa mereka menyokong perlakuan yang salah dari segi undang-undang ini.
Inilah kerajaan Malaysia sekarang (semasa Muhyiddin berkuasa). Amatlah malang kerana segala saluran untuk rakyat menyatakan yang benar iaitu kerajaan ini tidak sah dari segi perlembagaan negara ditutup kerana pemerintahan mengikut undang-undang ‘the rule of law’ sudah tidak ada.
Terima kasih.
Tun Mahathir Mohammad
Tinggalkan Jawapan