INGATLAH PENGUNDI DAN RAKYAT MELAKA, PH-BERSATU TIDAK MEMBELA ISLAM

Editorial

14 Nov 2021

Semasa PH berkuasa pelbagai provokasi dilakukan terhadap umat Islam.

Apabila berlaku kes pembunuhan Adip Kassim, PH segera mencari jalan untuk mengelakkan sabitan pembunuh di kuil Hindu Mariaman Seafield.

Pelbagai cara digunakan dan yang paling zalim ialah mengubah bahan bukti kematian Adip daripada serangan yang berniat membunuh, kepada kematian akibat dilanggar jentera Bomba atau akibat lain yang boleh mengelakkan sabitan ke atas puak yang ganas.

Di Pulau Pinang, umat Islam dikejutkan dengan Salib Gergasi yang terbina bersama sebuah kondominium yang terletak di kawasan kediaman umat Islam. Tidakkah ia menyakitkan hati dan sensitiviti umat Islam?

Salib Gergasi di Pulau Pinang

Jelas sekali pembinaannya mencabul Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan; “Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan.”

Kemudian rakyat dikejutkan pula dengan kes meletakkan patung berhala Hindu di sebuah surau di Taman Pendamar Indah, Klang.

Berhala Hindu yang diletakkan di sebuah surau di Pandamar Indah, Kelang: Dipetik daripada Sinar

Umat Islam dihina lagi apabila satu lakaran yang menghina Rasulullah SAW dalam keadaan tanpa pakaian dengan seorang gadis sunti sebagai mesej yang menghina Rasulullah, agama Islam dan umatnya. Lakaran tersebut tersebar melalui FB milik seorang bangsa Cina bernama Foo Sing Wai.

Kes lakaran ini diekori pula dengan kes kenyataan menghina agama Islam oleh pemilik FB bernama Sally Yen.

Sally Yen mencatatkan bahawa “agama Islam adalah agama yang diciplak daripada agama Kristian. Nabi Muhammad adalah ……. ……. ….. ; orang Islam yang melarang berkahwin lebih dari 4. Sedangkan diri kahwin 6. Yang paling teruk ialah berkahwin dengan Aishah..”

Ada banyak lagi sekiranya mahu dibongkar daripada konsep ‘kebebasan beragama’ sebagaimana yang menjadi prinsip perjanjian dalam parti komponen Pakatan Harapan (PH).

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr MAZA), pernah mengeluarkan kenyataan bahawa agama “Islam Dibuli, Tidak Selamat Di Bawah Kerajaan PH.”

Dr MAZA mengatakan sedemikian apabila pelbagai kenyataan yang dibuat oleh individu-individu di dalam kerajaan PH yang menghina umat Islam dan menimbulkan ketegangan kaum, hanya dipanggil untuk beri keterangan.

Malah kata beliau, betapa ramai lagi yang menghina Nabi Muhamad SAW dan mempersendakan ajaran Islam juga hanya dipanggil untuk memberi keterangan di balai polis.

Sebaliknya seorang mualaf, Muhammad Zamri yang juga pembantu pendakwah Islam terkenal, Dr. Zakir Naik telah ditahan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) berikutan beberapa laporan polis dibuat terhadapnya hanya kerana dia menceritakan pengalamannya memeluk Islam.

Selain itu bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad mendedahkan bahawa perjanjian antara PH dengan parti Bersatu yang ditandatangani pada 13 Disember 2016 membuktikan bahawa PH, meskipun mempunyai komponen pemimpin Melayu (Islam?) tidak mempunyai kuasa untuk mencegah kebiadapan, penghinaan dan pencabulan ke atas kesucian agama Islam.

Klausa 1(1) Perjanjian PH dengan PPBM itu, antara lain menyebut mereka akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama lain boleh diamalkan dengan ‘bebas’ aman dan damai.

Sedangkan dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan, antara lain; “Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.”

Kosa kata “bebas” yang ditambah telah memberikan satu ruang atau parameter tambahan kepada golongan cauvinis kafirun itu untuk bertindak melampaui keadaan ‘aman dan damai’.

Memaki hamun, menyumpah-seranah, menghina, mencela, mengkritik tanpa etika adalah sebahagian daripada kosa kata ‘bebas’ bagi golongan ini.  

Dengan itu juga antara kesan penambahan klausa ‘bebas’ dalam perjanjian itu memperuntukkan kebebasan kepada orang bukan Islam dan undang-undang tidak boleh menghalang pengembangan agama mereka kepada orang Islam (pemurtadan) kerana itu adalah sebahagian daripada parameter ‘bebas.’

Dampaknya, kaum bukan Islam mempunyai alasan dan hak untuk menuntut supaya dibina atau membina gereja, kuil dan tokong di tempat awam termasuk di kampus universiti.

Jelaslah bahawa pemimpin Melayu-Islam dalam PH iaitu Mahathir Muhammad (PPBM), Mat Sabu (PAN), DS Anwar Ibrahim (PKR) dan juga TS Muhyiddin Yassin, sengaja menutup mata atau sebenarnya mahu menjadi keldai kepada Lim Guan Eng (DAP) dan bapanya Lim Kit Siang.

Kita tidak hairan sekiranya berlaku sebaran risalah Kristianisasi di sekolah-sekolah yang mensasarkan pelajar Islam sebagaimana telah berlaku di Bukit Mertajam.

Edar risalah Kristian di pintu masuk sekolah di Bukit Mertajam: Dipetik daripada Utusan Online

Inilah natijah daripada klausa “agama lain boleh diamalkan dengan bebas,” sebagaimana termaktub dalam perjanjian PH dengan PPBM.

‘Bebas’ tidak menjamin keadaan ‘aman dan damai’ tapi sebaliknya mencabulnya bagi negara berbilang agama ini. 

Apatah lagi, apabila Peguam Negara yang bukan beragama Islam, yang telah membela Ketua Parti Komunis Malaya, Chin Peng, telah diberikan kuasa wewenang untuk menutup kes-kes pihak DAP mahupun golongan kafirun di mahkamah. Sebaliknya wujud pula pendakwaan terpilih yang dikenakan ke atas pemimpin UMNO.

Semoga rakyat dan pengundi PRN Melaka sedar dan bertindak demi masa depan Islam dan umatnya di Tanah Melayu ini.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: