VIDEO – AKAR UMBI PAS TOLAK KERJASAMA DENGAN BERSATU DAN PERIKATAN NASIONAL DI PRN MELAKA

EDITORIAL

12 Nov 2021

Wakil akar umbi PAS serta beberapa ahli PAS berkumpul di hadapan Pejabat PAS PUSAT di Kuala Lumpur untuk menyampaikan bantahan akar umbi dari serata negeri seluruh negara.

Beberapa baner yang mengutuk kerjasama PAS dan Bersatu juga kelihatan terpacak bersama kehadiran mereka.

Satu dapatan umum secara rambang daripada akar umbi seluruh negara, telah menyatakan bantahan mereka terhadap kerjasama politik PAS dengan Bersatu dalam Perikatan Nasional.

Satu memorandum bantahan telah diajukan kepada Presiden PAS, YB Haji Hadi supaya bantahan akar umbi dihormati dan kerjasama PAS dengan Bersatu ditarik balik.

Antara intipati memorandum bantahan adalah seperti berikut.

  1. Mengkaji semula kerjasama dengan parti Bersatu
  2. Mengkaji semula penyertaan parti PAS dalam gabungan Perikatan Nasional
  3. Mohon mengadakan muktamar khas PAS untuk mendapatkan persetujuan ahli PAS keseluruhan mengenai Perikatan Nasional dan parti Bersatu, dan jangan dibuat keputusan berdasarkan pandang dua-tiga pemimpin sahaja
  4. Memperkukuhkan Muafakat Nasional sahaja, bukannya Perikatan Nasional
  5. Memohon parti mengkaji terlebih dahulu sesuatu kes dan isu sebelum mengeluarkan kenyataan media daripada parti agar kenyataan media yang tergesa-gesa daripada Setiausaha Agung tidak berulang. Kita mahu kenyataan media daripada parti dan bukannya individu yang menggunakan lambang rasmi PAS.
  6. Persoalan, adakah PAS akan menggunakan lambang Perikatan Nasional atau lambang keramat bulan PAS pada PRU15 nanti?

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: