VIDEO – AGENDA TERSEMBUNYI DAN KEGAGALAN PH SEMASA MEREKA BERKUASA

Editorial

10 Nov 2021

Pertamanya pengundi Melaka harus bertanya, daripada manakah asal-usul atau etimologi nama ‘Pakatan Harapan’ dan siapakah yang memilih nama tersebut?

Kata utama dalam pakatan itu ialah ‘Harapan’ yang dalam bahasa Inggeris adalah ‘Hope’.

Adakah kata kunci Pakatan ‘Harapan’ itu lahir daripada kosa kata ‘Hope’ yang menjadi perkataan suci dalam fahaman Kristianiti, sebagaimana yang tercatat dalam makalah ‘The Evangelical Quaterly’.

Baguslah sekiranya ia mendukung objektif, rasional, dan wawasan yang membawa penganutnya kepada harapan terhadap tuhannya ‘Jesus’.

Tapi umat Islam dalam Pakatan Harapan atau PH perlulah tahu asal-usul kata kunci ‘Harapan’ yang diangkat daripada fahaman Kristianiti itu.

Kemudian rakyat seperti tidak mengambil kisah tentang aliran fahaman Christian Evangelist dalam PH, kerana mereka juga tidak mengambil kisah tentang PAS yang dikatakan berdiri atas panji-panji Islam.

Walau bagaimanapun Islam adalah agama Persekutuan, dan Perlembagaan Persekutuan mencatatkan adalah salah bagi penganut agama lain berdakwah atau memurtadkan umat Islam di negara ini.

Dalam satu siarannya, Harakah Daily telah mendedahkan bagaimana sehingga kini Joseph Lim Guan Eng atau mana-mana pemimpin DAP belum mampu menafikan tiga pengakuan Ahli Parlimen Segambut dari DAP, Hannah Yeoh, iaitu

  • bahawa dia menggunakan jawatan politik beliau untuk berdakyah di gereja-gereja, kepada pemimpin-pemimpin dunia dan kepada orang-orang muda;
  • bahawa penganut Kristian perlu membina semula Malaysia kerana Tuhan mahu menuntut semula politik dan perkhidmatan awam di Malaysia; serta
  • bahawa beliau bercita-cita untuk membawa  kepercayaan dan perkhidmatan Kristian kepada dunia awam.

Ini adalah contoh agenda Kristian seorang Ahli Parlimen DAP, iaitu Hannah Yeoh.
 
Di dalam satu kenyataan Facebook strategis Pilihan Raya DAP, iaitu Dr Ong Kian Ming pada 4 Februari 2014, jelas menulis, “Di gereja saya di SIBKL, kami telah berdoa semoga satu kebangkitan semula Kristian berlaku di dalam negara kita” (“In my Church at SIBKL, we have been praying for a Christian revival to take place in our country”.)
 
Di dalam satu tulisan beliau pada 19 Mac 2014, pula Ong Kian Ming bernama Sharon W H Ling menyebut: “To hope for a better tomorrow is only human; perhaps, to commit to realizing that dream is something more.”

Lantas apakah kejayaan yang dibawa oleh PH kepada kemakmuran negara?

Anehnya apa yang disaksikan adalah kutukan Tuhan apabila ia hanya bertahan selama 22 bulan sahaja. Antara pencapaian genjot Pakatan Hope adalah:

  • Jumlah penjawat awam dikecilkan. Adakah kerana ramainya kaum Melayu-Islam di dalam jabatan perkhidmatan awam?
  • Dividen ASB terendah pada era PH memerintah. Adakah kerana ia merupakan saham milik Melayu-Islam-Bumiputera?
  • Hibah Tabung Haji terendah dalam sejarah. Malah ada bisikan yang mahu menimbulkan kegawatan dalam kalangan umat Islam apabila hibah sebelumnya dikatakan ‘tidak halal’.
  • Sistem cukai GST yang lebih tertumpu kepada golongan kapitalis dihapuskan dan menggunakan semula sistem SST yang ketinggalan zaman.
  • Diskriminasi terhadap kaum Melayu miskin.
  • Memfitnah orang Islam menyerang kuil Hindu, sehingga menyebabkan kematian anggota bomba, tetapi pembunuh Allahyarham Adib Mohamad Kassim bebas begitu sahaja.
  • Kerjasama UMNO-PAS dikatakan Taliban, tetapi kerjasama PAS dengan parti melukut di tepi gantang diapi-apikan sebagai hebat.
  • Terdapat penglibatan aktivis pengganas antarabangsa LTTE dalam DAP, yang merupakan kuasa yang mendominasi PH.
  • Usaha jahat untuk meratifikasi ICERD supaya kaum Melayu-Islam hilang kedudukan istimewa mereka, begitu juga dengan kedudukan Raja-Raja Melayu-Islam dan agama Islam.
  • Menghasut rakyat untuk membenci istitusi di Raja yang merupakan payung agama Islam negara, dan mengindoktrinasi pemikiran golongan buta sejarah dengan penubuhan sebuah ‘Republik’.

Dalam satu program Nothing to Hide, Senator TS Dr Ibrahim Abu Shah telah mendedahkan agenda tersembunyi DAP-Zionis-Evangelis. Malahan daripada buku ‘Army of God’ tercatat bahawa DAP adalah lebih bahaya daripada pengganas ISIS dan Daesh.

Semoga pengundi PRN Melaka sedar apakah agenda tersembunyi yang dikendong oleh PH, dan supaya mereka tidak lupa dari manakah lahirnya Bersatu serta kosa kata ‘Harapan’ itu.

Jika PAS tolak Amanah kerana Amanah dilahirkan atas idea DAP untuk menggantikan dan membunuh PAS, maka PAS juga harus faham mengapakah UMNO menolak Bersatu kerana Bersatu dilahirkan daripada idea Lim Kit Siang untuk membunuh UMNO.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: