Dr Mamat Desa
9 Nov 2021
Pendedahan YB Ahli Parlimen Baling, DS Abdul Azeez Abdul Rahim tentang janji kosong Tun Mahathir ketika beliau menduduki kerusi PM untuk merealisasikan ‘Kedah Rubber City’ (KRC) adalah suatu tamparan kepada kerajaan PH sebelum ini yang mengesahkan kegenjotan pentadbiran mereka.
Bukan itu sahaja, bekas menteri Besar Kedah, DS Mukhriz Mahathir yang dikatakan sebagai pewaris kerusi PM di Putrajaya, yang juga pencetus idea Kedah Rubber City, hanya bijak bermain lidah daripada mengotakan janji dan merealisasikan idea tersebut.

DS Abdul Azeez memperakui bahawa kepimpinan PM DS Ismail Sabri yang hanya beberapa bulan menerajui negara bersama-sama dengan usaha gigih Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor telah berjaya menjelmakan realiti KRC.
Kedah Rubber City telah berjaya menarik pelabur dalam industri berasaskan lateks, pengeluaran bahan mentah, pembuatan, penyimpanan dan gudang, serta logistik meskipun dibelenggu oleh kelembapan ekonomi akibat pandemik Covid19.
Ia membuktikan kelemahan pentadbiran Tun Mahathir serta anaknya yang pernah menerajui kerajaan Kedah semasa PH berkuasa.

DS Abdul Azeez juga meuar-uarkan kejayaan Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB DS Mahdzir Khalid, dengan kerjasama Pengerusi Jawatankuasa Industri Pelaburan, YB Dato’ Wira Ku Abd Rahman Ku Ismail, menarik pelaburan bernilai RM5 bilion ke Kedah yang menjanjikan 1600 pekerjaan kepada warga Kedah dengan nilai pendapatan yang tinggi.
Di samping itu dalam konteks Kedah Rubber City, DS Abdul Azeez juga meminta agar PM DS Ismail Sabri yang juga merupakan anak penoreh getah yang memahami harapan masyarakat penoreh dan pekebun kecil, supaya mengisytiharkan harga lantai getah sekerap kepada RM3.50 sen per kilogram.
Harga tersebut adalah satu peningkatan yang amat signifikan apabila harga getah pada era PH berkuasa hanyalah RM2.69 sen per kilogram.
DS Abdul Azeez optimis dengan harga sedemikian, taraf miskin tegar dalam kalangan penoreh getah akan dapat diatasi.
Mesej yang cuba disampaikan adalah kejayaan kerajaan BN-PN pimpinan DS Ismail Sabri sebagai membuktikan bahawa kerajaan PH adalah kerajaan yang tidak prihatin terhadap golongan berpendapatan rendah.
Apa yang Tun Mahathir tahu hanyalah melemparkan persepsi hina bahawa orang Melayu malas, dan tidak mahu berusaha.
Transkrip bidasan DS Abdul Azeez adalah seperti berikut:

****
Tinggalkan Jawapan