VIDEO – PEMIMPIN DAP MAKI PENGUNDI DAN RAKYAT MELAKA?

Editorial

9 Nov 2021

Adakah maki-hamun merupakan darah daging yang sememangnya ada dalam DNA pemimpin DAP sehingga terbawa-bawa dalam kempen pilihan raya?

Apakah yang telah membangkitkan kemarahan DAP sehingga pemimpinnya, bekas Timbalan Menteri Pendidikan memaki rakyat Melaka melalui poster PRN dengan slogan “LAHABAU MELAKA – JOM UNDI.”

Poster Kempen PRN Melaka

Kosa kata ‘lahabau’ adalah kata bahasa kolokial yang menjadi kata makian dan membawa maksud “tidak berguna, tidak boleh diharap, dan haprak” sebagaimana ditafsirkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sama ada ‘terlepas cakap’ atau diujarkan dengan sengaja, kata makian tersebut telah dilontarkan dan ia tercatat dalam poster PRN Melaka.

Wajarkah dan bersopankah dia menyeru pengundi Melaka untuk menyokong calon DAP-PH dengan kata makian?

Sekiranya ia adalah luahan kemarahan daripada seorang bekas Timbalan Menteri Pendidikan, yang juga merupakan Ahli Parlimen Kulai, Teo Yie Ching, maka terbuktilah bahawa DAP telah berjaya melahirkan pemimpin ‘kaki maki-hamun’ sebagaimana yang terlihat pada gelagat Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming dan juga bekas ADUN DAP Datok Norhizam Hassan Baktee.

Adakah Teo Yie Ching marah kerana tindakan salah seorang bekas ADUN mereka yang belot iaitu, Norhizam Hassan Baktee, telah menyebabkan kerajaan Melaka tumbang?

Walaupun Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim berlapang dada terhadap Norhizam, namun DAP telah menentang keras sebarang usaha untuk mengambil mana-mana empat ADUN yang telah menarik sokongan terhadap Ketua Menteri DS Sulaiman Md Ali sehingga menyebabkan pembubaran DUN Melaka.

Khalayak media sudah masak dengan tingkah dan gelagat pemimpin DAP. Mereka akan lakukan kebidapan mereka tanpa ada rasa bersalah, dan kemudiannya apabila telah membangkitkan kemarahan rakyat, mereka akan menebalkan muka, ‘memohon maaf’.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, DS Mohamad Ali Mohamad membidas slogan Teo Yie Ching itu sebagai satu kebiadapan daripada pemimpin DAP.

DS Mohamad menterjemahkan slogan poster berkenaan ‘LAHABAU MELAKA, JOM UNDI’ sebagai satu penghinaan terhadap rakyat dan pengundi Melaka.

Mohamad membidas, “adalah sangat tidak molek untuk mengunakan perkataan seperti itu kerana ia merupakan penghinaan dan cacian.”

Justeru, beliau yang juga calon Barisan Nasional di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang menyeru pengundi negeri ini agar menolak calon PH yang hakikatnya didominasi oleh DAP.

Mereka adalah bangsa yang tiada budi bahasa dan suka mai-hamun. Apa yang kaum Melayu nampak dan sedar adalah ketika mereka menggunakan bahasa Melayu untuk bertutur, tetapi dalam bahasa ibunda mereka, berkoyan-koyan mereka memaki hamun orang lain.

Mohamad menyeru seluruh rakyat dan pengundi  Melaka agar menolak kempen biadap dan kurang ajar seperti ini kerana ia secara tidak langsung memperlekehkan rakyat Melaka yang terkenal dengan sikap budi bahasa dan adab yang tinggi.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: