SIAPAKAH YANG SOMBONG, ANGKUH, DAN KHIANATI MUAFAKAT NASIONAL, UMNO ATAU PAS?

Editoral

8 Nov 2021

Orang-orang PAS sering mencanang bahawa UMNO sombong, angkuh, bongkak, khianat, tidak mahu berbincang dan mementingkan diri sendiri dalam isu PRN Melaka, tetapi orang PAS ini tidak merujuk kepada fakta piagam Muafakat Nasional.

Hairan juga kenapa golongan yang dipercayai sebagai beriman menegakkan agama Islam boleh hentam keromo menuduh yang bukan-bukan terhadap UMNO yang boleh dilihat sebagai fitnah.

Golongan ini tidak merujuk kepada perjanjian Muafakat Nasional antara PAS-UMNO dalam hal pembahagian kerusi dalam pilihan raya sebagaimana yang telah dipersetujui.

Ada dua perkara utama dalam persetujuan yang dimeterai dalam Muafakat Nasional berkenaan pembahagian kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya untuk mengelak pertembungan antara PAS dan UMNO.

  1. Mana-mana kerusi yang telah dimenangi oleh PAS dan UMNO pada PRU14 hendaklah dikekalkan kepada penyandang iaitu ADUN atau Ahli Parlimen yang telah memenangi kerusi.
  2. Sekiranya ada kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Harapan, maka calon Muafakat Nasional hendaklah merupakan calon yang telah mendapat undi yang lebih. Misalnya Undi PH: 10,200, UMNO: 9,000 dan PAS: 2,000, maka calon bagi kerusi tersebut hendaklah daripada UMNO.

Apa yang telah berlaku di Melaka ialah, PAS tidak memenangi sebarang kerusi, manakala UMNO telah memenangi 13 kerusi.

Meskipun UMNO-BN telah memenangi 13 kerusi tetapi satu kerusi yang menjadikan UMNO memperoleh 14 kerusi adalah kerana N6 Rembia, Jailani Khamis telah meninggalkan PKR dan diterima masuk UMNO.

Dengan itu terdapat sejumlah 14 kerusi DUN lagi yang seharusnya dibahagi-bahagikan antara PAS dan UMNO.

Malanglah bagi PAS meskipun ada kerusi yang UMNO kalah kepada PH dan bertembung dengan PAS ketika PRU14, tetapi undi yang diperolehi oleh PAS adalah jauh lebih rendah daripada UMNO.

Misalnya, Kerusi N9 Durian Tunggal: Amanah menang 5,213, undi UMNO 4,450 dan PAS hanya 1,391.

Kerusi N13 Paya Rumput: PH menang 12,102, UMNO 7,843 dan PAS hanya dapat 1,552

Kerusi DUN seperti N7 Gadek, N16 Ayer Keroh, N15 Pengkalan Batu, N21 Duyong dan N24 Bemban adalah kawasan DUN yang didominasi kaum bukan Melayu adalah kerusi yang ditandingi oleh PAS tetapi keputusannya PAS tetap kalah kepada MCA dan MIC.

Selain itu terdapat 3 lagi kawasan DUN yang didominasi oleh kaum Cina dan tidak ditandingi oleh PAS.

Lantas, mengikut Piagam Muafakat Nasional, di manakah hendak diletakkan 5 kerusi yang dikehendaki oleh PAS.

UMNO telah memutuskan untuk bertanding di 20 kerusi DUN, MCA 7 dan MIC 1.

Jika diteliti pada keputusan PRU14 semua kerusi UMNO di 20 DUN tersebut telah menunjukkan bahwa calon UMNO mengatasi calon PAS.

Lantas tidaklah ada isu UMNO sombong, angkuh serta khianat melanggari perjanjian Muafakat Nasional dalam hal pembahagian kerusi, sebagaimana terkandung dalam dua perkara asas yang telah dinyatakan.

Sebagai rakan dalam Muafakat Nasional, UMNO cuba bertolak-ansur dan menawarkan dua kersui DUN kepada PAS, meskipun PAS kalah di DUN tersebut.

Dua kerusi tersebut adalah kerusi yang berkebangkalian besar boleh dimenangi oleh PAS, dan bukannya kubu kuat PH, tetapi PAS tetap tolak.

Lantas siapakah yang sombong, angkuh dan khianat kepada Muafakat Nasional?

Tidakkah PAS yang sebenarnya cuba belot terhadap Piagam Muafakat Nasional, dan apabila mereka bermuafakat pula dengan Bersatu dalam Perikatan Nasional mereka menuntut 8 kerusi DUN yang telah mereka kalah.

Daripada 8 kerusi itu 4 daripadanya adalah kerusi DUN yang telah dimenangi oleh UMNO.

Malahan pada 4 kerusi DUN lagi, undi yang diperolehi oleh UMNO adalah jauh lebih tinggi daripada undi yang diperolehi PAS, meskipun UMNO-BN kalah.

Nampaklah sangat bahawa PAS hanya mahu mengganggu undi dan mungkin berniat supaya UMNO dikalahkan oleh PH.

Tidak perlulah penyokong PAS hendak menjaja label atau ‘name calling’ kluster mahkamah, kleptokrasi, perompak-lanun yang lebih menonjolkan sikap menafikun.

Rakyat sudah nampak siapakah kleptokrat sebenarnya.

Lihat sahaja mengapakah kes BestariNet tidak dibongkar, adakah kerana mereka takut Presiden Bersatu akan menjadi kluster mahkamah?

Lihat sahaja perakuan pihak kerajaan Amerika Syarikat yang mempunyai bukti kukuh bahawa DS Najib Tun Razak tidak terbabit dengan kes 1MDB.

Bagaimana pula dengan rasuah terhadap DOJ oleh pihak yang berkonspirasi hendak menjatuhkan DS Najib, sebagaimana yang heboh dalam media arus perdana dunia.

Mengapa membutakan mata terhadap pencapaian ekonomi era BN yang berada dalam ranking 30 terbaik dan kompetetif di dunia?

Jadi janganlah PAS menjadi sebahagian daripada pemfitnah dan pendengki terhadap UMNO.

Tanyalah diri sendiri, di manakah pemimpin Bersatu ketika ratusan ribu umat Islam berkumpul di Kuala Lumpur untuk menentang ratifikasi ICERD? Adakah mereka sedang bercengkrama dengan bini orang atau sedang bersama DAP dan Timah?

Lantas siapakah yang sombong, angkuh dan mencabuli perjanjian Muafakat Nasional?

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: