VIDEO – BERSATU SEDAR MEREKA TAK AKAN MENANG DI PRN MELAKA

Editorial

7 Nov 2021

Bersatu telah memenangi dua sahaja kerusi DUN Melaka semasa PRU14 melalui tiket PH-DAP setelah parti gabungan tersebut menipu pengundi dengan janji palsu, ‘dakwaan terpilih mahkamah’, pembohongan ekonomi, fitnah dan propaganda genjot.

Menjelang PRN Melaka pada 20 Nov ini, mereka masih melamun dengan angan-angan kosong, seakan-akan pengundi mudah melupakan tipu-muslihat, pembohongan dan janji palsu PH termasuk Bersatu.

Mereka cuba bangkitkan persepsi bahawa mereka telah menjatuhkan Mahathir, sedangkan rakyat tahu, Mahathir ditolak oleh semua komponen PH setelah kalah di tujuh PRK, yang meliputi Sabah dan Semenanjung iaitu di PRK Rantau Perak, Chini Pahang, Cameron Highlands Pahang, Tanjung Piai Johor, Kimanis Sabah, Slim Perak, dan Semenyih Selangor.

Semuanya menjadi referendum bahawa tiada lagi mandat rakyat kepada PH-DAP termasuk parti ciput, melukut di tepi gantang seperti Bersatu.

DAP telah menyalahkan kekalahan PH atas kelemahan dan penolakan rakyat terhadap Mahathir, yang merupakan pemimpin d’facto Bersatu ketika itu. Malahan Mahathir sendiri mengaku dia adalah ‘boneka DAP’.

Lucunya apabila Mo Ibrahim bilionaire terkenal Afrika serta pengasas Mo Ibrahim Foundation telah membidas Mahathir di hadapan khalayak yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin Afrika dengan soalan, “Ke manakan pemimpin yang tua melampau itu akan membawa rakyatnya, ke kubur?”

Ia membangkitkan satu kritikan yang tidak boleh dilupakan oleh pengikut Bersatu, sehingga berderetan ahli Bersatu meninggalkannya, serta Bahagian-bahagian Bersatu dibubarkan.

Malahan Bahagian Bersatu Pagoh yang menjadi kubu kuat Muhyiddin juga dibubarkan dan ada negeri seperti Negeri Sembilan, langsung tiada Bahagian dan cawangan Bersatu.

Muhyiddin masih angkuh dan tidak sedar diri, bagaimanakah dia boleh mempengaruhi pengundi Melaka, sedangkan penyokong sendiri di Pagoh pun telah meninggalkannya.

Apa yang diharapkan oleh Muhyiddin hanyalah katak-katak kelaparan serta katak-katak yang diugut dengan ‘dakwaan terpilih’.

Golongan propagandis Bersatu kemudiannya menggunakan ‘name calling’ atau pelabelan seperti ‘kluster mahkamah’ sedangkan Muhyiddin dengan perlindungan konco-konconya juga telah didedahkan oleh bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik, adalah terbabit dengan skandal BestariNet.

Tidakkah dia juga layak untuk diangkat sebagai ‘Kluster Mahkamah’ dan kleptokrat?

Muhyiddin sedar dia tidak akan memang di Melaka tetapi masih mahu menggunakan isu basi ‘rasuah UMNO’, kluster mahkamah, kleptokrat, dengan hutang 1MDB RM24 bilion tetapi mereka menutup mata dengan keuntungan 1MDB lebih RM30 bilion.

Mereka juga cuba membutakan mata pengundi bahawa pihak kehakiman Amerika Syarikat telah menemui bukti ‘mala fide’ bahawa terdapat konspirasi memfitnah dan menganiaya DS Najib Razak, sedangkan dia tidak bersalah.

Mengapa Bersatu masih hendak bertanding walaupun mereka tahu mereka akan kalah?

Jawapannya Bersatu memang ditubuhkan untuk membunuh UMNO yang bertunjangkan idea Lim Kit Siang yang menyusun strategi penubuhannya.

Mereka menang hanya 2 daripada 28 kerusi DUN Melaka semasa PRU14, tetapi masih melamun dan meroyan untuk bertanding di semua 28 kerusi DUN bersama-sama dengan konco-konconya.

Muhyiddin tidak sedar Bersatu tidak mempunyai akar umbi di Melaka, malahan Bersatu di Johor tempat kelahirannya juga sudah hancur-lebur.

Lantas sebagaimana kata DS Mohamad, Muhyiddin hanya mahu memecahkan undi Melayu supaya sokongan terhadap UMNO menjadi tipis.

Tetapi mereka tidak sedar jika UMNO kalah, kuasa kerajaan negari akan jatuh kepada DAP, kafir harbi laknatullah.

Kita tidak tahu mengapa PAS yang telah menandatangani Piagam Perpaduan Ummah pada 14 September 2019 dengan UMNO sanggup membelakangkan UMNO hanya dengan prinsip penyatuan Melayu-Islam kononnya, tetapi lebih mementingkan bekas PH-DAP.

Adakah kerana ketika Pakatan Rakyat masih berkuasa, PAS juga adalah rakan baik DAP-PH atau adakah PAS telah termakan dedak Muhyiddin?

Jika PAS jujur hendak menawan hati umat Islam dengan prinsip penyatuannya mengapa tidak menarik keluar Amanah, dan PKR, yang lebih besar kedudukan mereka daripada Bersatu-Muhyiddin?

Parti Bersatu Muhyiddin hanyalah parti ciput, melukut di tepi gantang.

Sebagaimana dakwa Timbalan Presiden UMNO, DS Mohamad Hassan, PAS telah termakan rasukan Muhyiddin dan lupa bahawa mereka juga tidak memenangi apa-apa kerusi di DUN Melaka semasa PRU14.

Kata Mohamad Hasan lagi, PN yang diterajui oleh PPBM & PAS seringkali bercakap soal penyatuan ummah tapi jika BN tewas merekalah sebenarnya yang menjadi penyebab utama kepada musnahnya penyatuan ummah.

Tindakan Bersatu dan PAS ini tidak lain dan tidak bukan adalah kerana dengki dan dendam.

UMNO yakin pengundi Melaka tidak akan lupa tentang segala penipuan dan kegagalan kerajaan terdahulu (PH dan PN) dalam menerajui kerajaan pusat mahupun negeri.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: