MAHATHIR PUTAR-BELIT TENTANG FOREST CITY UNTUK MENUTUP SKANDAL PULAU BATU PUTIH

Editorial

6 November 2021

Tun Mahathir bersilat pulut cuba elak pelepasan Pulau Batu Putih kepada Singapura dengan membangkitkan isu projek Forest City yang dikatakan satu pencabulan kedaulatan negara apabila dijual kepada warga China.

Najib menempelak Mahathir, Forest City bukan dijual kepada warga asing tetapi tetap beralamat Malaysia. Tak sama dengan isu Pulau Batu Putih yang dilepaskan kepada Singapura, walaupun Malaysia sudah mempunyai bukti baharu yang kuat untuk menuntut Pulau Batu Putih sebagai hak Malaysia.

Forest City adalah projek perumahan dan bandar baharu di Johor yang terbuka penjualan unit kediaman bukan kepada warga China tsahaja tetapi warga asing lain yang berminat, termasuk juga kepada warganegara Malaysia.

Selepas PRU14, ketika diangkat sebagai PM ke-7, Mahathir telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tiada masalah dengan Forest City yang terbuka untuk dijual kepada warga asing.

Malah dia juga telah hadir ketika majlis Forest City untuk memberikan penghargaan kepada pengusaha Projek itu.

Bekas Menteri Besar Johor, Datok Osman Sapian (ADUN Bersatu) menyokong bahawa projek Forest City menyumbang kepada ekonomi Johor dan juga negara.

Sejumlah RM630 juta setiap tahun diterima kerajaan negeri melalui cukai dan premium tanah termasuk pembayaran dividen RM30 juta daripada projek Forest City manakala Kerajaan Persekutuan menerima RM309 juta termasuk cukai korporat.

Kira-kira 700 ribu warga asing dijangkakan membeli unit kediaman di Forest City yang bukannya warga China sahaja.

Kediaman di Forest City juga menarik minat pelancong, ekspatriat, profesional serta penduduk tempatan.

Ia satu fitnah untuk mengatakan bahawa Forest City dijual kepada warga China semata-mata.

Setelah kerajaan PH jatuh, lain pula tona kenyataan Mahathir apabila dia berkata, “Habislah tanah kita dijual, saya harap Forest City akan betul-betul jadi forest (hutan). Penduduknya akan terdiri daripada kera, monyet dan sebagainya.”

Beberapa hari lalu Mahathir lagi sekali mengkritik projek Forest City dan berbohong tentang penjualannya kepada warga China, untuk menepis tindakannya melepasan Pulau Batu Putih kepada Singapura, meskipun Malaysia mempunyai hak dan bukti baharu untuk mempertahankannya.

Ketika Mahathir menerajui Bersatu, penganalisis politik Lim Sian See pernah membidas beliau, sebagai orang paling tidak layak untuk berbicara mengenai projek pembangunan Forest City.

Lim Sian See merujuk projek Johor Bahru Waterfront City yang merupakan projek Mahathir pada 1999 ketika PH berkuasa, yang menelan belanja RM6 bilion tetapi terbengkalai sehingga ke hari ini.

Projek tersebut terbengkalai dan boleh dilihat banyak pasak bangunan di tengah laut.

Memetik laporan Bernama pada 1999, projek JB Waterfront City yang dirasmikan oleh Dr Mahathir sendiri akan membangunkan 41 blok bangunan komersial termasuk lima menara pejabat berketinggian 30 hingga 40 tingkat, tiga hotel dan sebuah pusat konvensyen berkapasiti 5,000 orang.

Projek berkeluasan 118 ekar dengan kos pembangunan RM6 bilion itu lapor Bernama akan menjadikan kawasan berkenaan sebagai tapak pembangunan atas laut terbesar di dunia apabila ia siap.

Anehnya projek tersebut terbengkalai selepas beberapa tahun ia dirasmikan oleh Mahathir sendiri.

Lantas, siapakah Mahathir yang mahu mengkritik projek Forest City?

Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan Mahathir bahawa Forest City akan menggadai tanah Johor kepada pelabur asing China, Najib menegaskan bahawa pembangunan tapak berkenaan merupakan pajakan kerajaan selama 99 tahun dan bukannya ‘freehold’.

Kerajaan Johor telah meluluskan Forest City, dengan menebus tanah, dan menjualnya kepada orang luar dengan taraf ‘lease hold’ iaitu hanya untuk tempoh 99 tahun sahaja.

“Bila pelabur membeli rumah di Forest City, rumah itu di atas tanah kita (Malaysia). Di mana soal kedaulatan kita terkorban sebagaimana dakwaan Mahathir?” soal Najib. 

Mahathir juga lupa tentang projek DAP di Pulau Pinang yang menambak 3 pulau buatan ala Dubai di Teluk Kumbar.

Berbanding dengan Forest City, projek pulau tambak laut DAP itu adalah jauh lebih besar daripada projek Forest City apabila ia meliputi kawasan seluas 4500 ekar berbanding Forest City hanya seluas 3425 ekar.

Mengapa Mahathir tidak bising apabila projek DAP itu hanya mampu dibeli oleh warga kapitalis Hong Kong, Singapura dan China, sedangkan rakyat Melayu Pulau Pinang terhimpit dengan kos sara hidup yang mahal dan ramai telah berhijrah ke Kedah?

Rakyat memerhatikan bagaimana Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, terkial-kial membela periuk nasi nelayan di Teluk Kumbar yang musnah akibat projek raksasa DAP itu, tetapi Mahathir dan DAP hanya membutakan mata dan menutup telinga.

Nampak sangat sindrom tua Mahathir yang menjadikannya mudah lupa.

****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: