PENGUNDI MELAKA JANGAN LUPA, BERSATU MENANG DUA KERUSI DUN ATAS TIKET PH

Editorial

5 Nov 2021

Bersatu di Melaka adalah sebelumnya musuh Melayu-Islam yang pada PRU14, adalah konco DAP-PH, kerajaan yang telah membawa bencana kepada rakyat sehingga ke hari ini.

Di Melaka Bersatu tiada penyokong sebenarnya, kerana yang menyokong mereka dahulu adalah pengundi yang tertipu dengan janji palsu, dan menifesto kertas tandas yang bukannya ‘kitab suci’.

Bila PH berkuasa, mereka menyembunyikan wang negara, dengan alasan negara akan muflis dan mereka hina rakyat dengan bantuan RM30 melalui Menteri Kewangan mereka yang hanya bertaraf ‘kerani akaun’.

Mereka reka cerita negara di bawah BN telah berhutang sebanyak RM1 trilion sebagaimana kata ‘kerani akaun’ mereka, sedangkan hutang negara adalah normal hanya berjumlah RM686 bilion, hampir separuh daripada apa yang mereka tuduh dan fitnah.

Negara hendak muflis kata ‘kerani akaun’ dan PM tua mereka, sedangkan ekonomi negara di bawah DS Najib-BN adalah antara teratas terbaik di Asia.

Seorang pemimpin Afrika menyindir pemimpin tua. “Ke manakah PM kamu hendak membawa kamu semua dengan usia sedemikian rupa, ke kubur?”

Pemimpin mereka telah mengasaskan penubuhan Bersatu dengan hasrat hendak menggantikan UMNO setelah membunuh UMNO. Itupun daripada idea Lim Kit Siang, musuh Melayu-Islam dunia-akhirat.

Namun apabila dia lihat Bersatu sendiri yang nazak, dia terus lari meninggalkan Bersatu untuk menubuhkan Pejuang yang hakikatnya, juga sedang nazak, kerana terdapat hanya beberapa ahli parlimen yang boleh dikira dengan jari sahaja.

Dia kata UMNO akan ditalkinkan, tetapi hakikatnya satu-persatu Bahagian Bersatu dibubarkan, Bersatu Negeri Sembilan dibubarkan sepoenuhnya, Perlis juga akan mengisytiharkan pembubaran Bersatu seluruh negeri, manakala banyak Bahagian Bersatu Johor dan di Selangor telah dibubarkan termasuk kubu kuat Muhyiddin di Pagoh.

Di pantai Timur jangan cakaplah, majoriti rakyat di sana amat bencikan pemimpin tua PH yang dahulu.

Muhyiddin dikatakan merampas kerusi PM daripada Mahathir tetapi dia lupa bahawa parti melukut di tepi gantang seperti Bersatu tidak akan kekal lama. Tidak pernah ada dalam dunia PM dilantik daripada parti melukut di tepi gantang.

Ramai ahli parlimen UMNO mengaku terpaksa sokong Muhyiddin semasa Mahathir berundur, demi menyelamatkan negara daripada hiruk-pikuk rebutan kuasa, dan rakyat tidak mahu negara jatuh ke tangan kaki semburit yang bersekongkol dengan kafir harbi.

Hari ini di PRN Melaka, Bersatu hendak bertanding di kesemua 28 kerusi DUN tetapi dia lupa dia tiada jentera pilihan raya.

Kalau ahli parlimen bolehlah dia ugut dengan dakwaan terpilih dan jawatan politik bertaraf menteri semasa dia berkuasa, tetapi dengan rakyat apa yang dia nak ugutkan, dan apa jawatan yang dia nak berikan?

Tidak ada jalan, dia terpaksa merayu pada PAS.

Malangnya PAS yang kononnya mahu membentuk penyatuan umat Islam, lupa agaknya kerana Amanah dan PKR juga umat Islam selain UMNO. Kenapa tidak cuba satukan juga PKR dan Amanah? Sebabnya jelas, kerana di sisi mereka ada kafir harbi.

Sepatutnya dengan Piagam Penyatuan Ummah, PAS lebih mendahulukan UMNO daripada Bersatu yang ciput dan bekas konco PH-DAP.

PAS harus bertanya di manakah Muhyiddin ketika ratusan ribu umat Islam berkumpul untuk menentang ratifikasi ICERD? Adakah Muhyiddin sedang berseronok dengan DAP? Yelah pemimpin tua PAS mungkin tidak nampak semua itu.

Sepatutnya Muhyiddin suluh wajahnya di cermin dan sedarlah diri, betulkan dulu kubu kuatnya di Pagoh yang dah roboh.

Kubu sendiri sudah roboh ada hati pula nak serang kubu kuat orang lain.

Diharapkan rakyat Melaka masih waras dan kuat ingatan mereka tentang siapakah Bersatu sebenarnya.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: