KERANI AKAUN DAP KALAH DEBAT DENGAN MENTERI PENGANGKUTAN, WEE KA SIONG

Editorial

4 Nov 2021

Bekas Menteri Kewangan DAP, Lim Guan Eng pernah membohongi rakyat bahawa dia adalah ‘akauntan bertauliah’ tetapi jelaslah bahawa dia telah berbohong.

Tiada pengiktirafan daripada mana-mana badan penarafan perakaunan Malaysia dan mana-mana negara yang memberi pengiktirafan kepada Guan Eng sebagai akauntan bertauliah.

Semakan atas talian di Institut Akauntan Malaysia (MIA) juga turut gagal menemui nama Guan Eng sebagai ahli.

Di Malaysia, anda bukanlah seorang akauntan melainkan menjadi ahli MIA.

Di bawah Akta Akauntan 1967 Seksyen 25(e), adalah menjadi satu kesalahan terhadap mana-mana individu atau organisasi mengakui diri mereka sebagai akauntan kecuali mereka berdaftar dengan MIA.

Hukuman bagi kesalahan itu ialah denda RM10,000 atau penjara 1 tahun atau kedua-duanya.

Lucunya dan betapa hipokritnya apabila laman web DAP sendiri yang telah memperakui Guan Eng sebagai “akauntan bertauliah”. Ia satu penipuan akademik yang amat ketara daripada pemimpin tertinggi DAP seperti Guan Eng.

Hari ini jika seseorang itu sekadar mempunyai ijazah perakaunan, dengan lambakan siswazah, pemegang ijazah perakaunan mungkin hanya berpeluang dilantik sebagai kerani akaun sahaja.

Malahan tanpa sedar bahawa dia telah membongkarkan pembohongannya dan mengaku dia telah dibuang kerja kerana tidak kompeten sebagai seorang akauntan.

Mungkin dia malu jika didakwa di bawah Akta Akauntan 1967 Seksyen 25(e).

Dengan IQ-nya yang rendah sebagai Menteri Kewangan PH tempoh hari, dia hanya pandai menjual aset negara, membuat pinjaman untuk menambahkan hutang negara, dan kemudian menghebohkan bahawa kerajaan tidak mempunyai wang dengan alasan hutang negara di bawah kerajaan BN telah mencecah RM1 trilion.

Hakikatnya semasa BN berkuasa, ekonomi negara adalah kukuh dan diiktiraf antara terbaik di Asia Tenggara.

Malah, Guan Eng telah menghina rakyat dengan bantuan RM30 setahun sebagai bantuan yang maha hebat untuk rakyat mengharungi inflasi.

Penganalisis Nurul Aisyah dalam MYKMU telah mencatatkan bahawa Guan Eng ternyata adalah ‘tidak beguna’ atau ‘useless’ sepertimana ketika memegang jawatan Menteri Kewangan ketika Pakatan Harapan memerintah selama 22 bulan.

Tidak pernah dalam sejarah Malaysia, seorang Menteri Kewangan salah titik perpuluhan ketika membentangkan hujah dalam parlimen. DAP dengan kebodohan mereka memecahkan rekod tersebut.

MYKMU memutuskan Hakikatnya Lim Guan Eng telah KALAH dalam debat bersama Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong berhubung dasar kabotaj negara ke atas kapal asing yang membaiki kabel dasar laut. Guan Eng bergantung kepada maklumat lapuk sepertimana beliau tersalah titik perpuluhan.

Hakikatnya setelah PH jatuh, terbongkar bahawa hutang negara semasa BN berkuasa hanyalah RM686 bilion, tetapi setelah PH tumbang, hutang negara telah benar-benar mencecah RM1 trilion.

Semalam MYKMU.net menghebohkan bahawa Guan Eng yang bertaraf ‘kerani akaun’ itu telah kalah debat dengan Presiden MCA, DS Wee Ka Siong.

Sememangnya signifikan untuk membenarkan keputusan bahawa Guan Eng kalah debat kerana fakta-fakta yang didedahkan oleh Wee Ka Siong adalah kukuh berasas dan ada rujukan bukti.

Guan Eng gagal untuk menolak hujah Wee Ka Siong, malahan terpinga-pinga dengan gaya badannya yang tergoyang-goyang bagaikan ‘maknyah’ ketika bercakap.

Sebaliknya Guan Eng hanya berhujah mengikut persepsi, malah membuat fitnah yang berkaitan dengan isu ‘kabotaj’.

Guan Eng telah merujuk kepada maklumat lapuk dan mendakwa keputusan Wee Ka Siong sebagai menteri Pengangkutan untuk membatalkan pengecualian kabotaj telah menyebabkan gergasi teknologi negara maju menjauhkan diri dari Malaysia.

Hujahan dan tuduhan Lim Guan Eng meleset sama sekali apabila dia mendakwa Google dan Facebook telah memintas Malaysia untuk projek kabel bawah laut internet Apricot, yang sedang dijalankan oleh NTT sedangkan perkara tersebut tidak benar.

Wee Ka Siong menunjukkan bukti daripada Yoshio Sato – Naib Presiden Syarikat Kabel Dasar Laut Global NTT Ltd – untuk menyangkal tuduhan Guan Eng yang tidak berasas.

Sudah menjadi satu tabiat bagi Guang Eng untuk memfitnah dan menuduh membuta tuli.

Patutlah kalau dia tidak layak diberikan taraf akauntan bertauliah, dan dia hanyalah ‘kerani akaun’.

******

Advertisement

One thought on “KERANI AKAUN DAP KALAH DEBAT DENGAN MENTERI PENGANGKUTAN, WEE KA SIONG

Add yours

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: