Editorial
4 Nov 2021
Presiden Amanah telah jatuh cinta pada DS Idris Haron yang telah menjadi janda talak tiga UMNO, tetapi Mat Sabu jatuh cinta dan meroyan mahukan Idris.

Sama ada cinta suci atau cinta mutaah tidaklah pasti, tetapi bagi Mat Sabu, Idris boleh dijadikan umpan untuk memancing undi Melayu di kerusi DUN Melaka.
Kononnya Idris mempunyai penyokong tegar yang akan mengalahkan semua calon lain, baik daripada UMNO, PAS mahupun Bersatu.
Namun Mat Sabu lupa, sebab sebagai ahli politik yang mempunyai IQ rendah dan pernah ditabalkan sebagai Menteri Pertahanan yang paling dungu di rantau Asia, pengundi Melayu yang menyokong Idris Haron pada PRU14 tempoh hari adalah pengundi Melayu yang penyokong UMNO.
Kalau Idris hendakkan kemenangan dia boleh bertanding di DUN Kota Melaka yang kini disandang oleh calon DAP Khoo Poay Tiong yang telah menang dengan majoriti 49,175.

DAP telah dengan megahnya mencanangkan bahawa jika diletak calon patung DAP sekalipun, mereka akan tetap memang di kerusi DUN Kota Melaka.
Tapi malangnya bagi Idris Haron, DAP benci padanya, walaupun rakan serumah PH telah jatuh cinta.
Jika Mat Sabu kahwin juga dengan Idris, nescaya akan berlaku berantakan dalam rumah PH.
Setelah empat ADUN belot kepada Ketua Menteri Melaka tempoh hari, lantas menjadikan kerajaan negeri sebagai minoriti manakala pembangkang sebagai memiliki sokongan majoriti, maka tumbanglah kerajaan pimpinan Sulaiman Md Ali.
Ekoran itu UMNO telah memecat Idris dan melucutkan keahliannya serta-merta.
Bolehkah Idris menang lagi sekiranya dia menggunakan lambang PH yang amat dibenci oleh pengundi Melayu bukan sahaja di Melaka, malah di seluruh Semenanjung, kerana telah membohongi rakyat dengan janji palsu.
Dua hari lalu, FMT melaporkan bahawa Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Naib Presiden Adly Zahari adalah antara pemimpin PH yang mahu menerima tiga daripada empat ADUN yang mencetuskan pilihan raya negeri (PRN) awal dengan tindakan mereka menarik balik sokongan kepada kerajaan negeri.
Malahan Presiden PKR Anwar Ibrahim berpendirian bahawa PH seharusnya mengambil keempat-empat mereka kerana tindakan pembelotan mereka adalah atas restu PH juga.
Selain Idris, ADUN lain yang terbabit adalah Nor Azman Hassan (Pantai Kundor), yang juga bekas ahli Umno, dan Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) daripada Bersatu, manakala bekas ahli DAP Norhizam Hassan Baktee tidak mahu diterima oleh DAP sebagai calon PH dalam PRN Melaka.
FMT telah menghubungi Mohamad dan Adly bagi mendapatkan komen.
Tidakkah sekiranya Idris, Azman dan Effendi boleh mengkhianati kerajaan PN-BN, mereka juga boleh mengkhianati PH?
Malahan Norhizam Hassan pernah mengakui bahawa dia adalah ‘barua DAP’.
Adakah dengan itu PH masih mahu mengutip mereka ini sedangkan UMNO dan Bersatu telah membuang mereka?
Penerimaan Amanah jelas menunjukkan bahawa mereka suka menerima katak dan menimbulkan kemusykilan adakah golongan ini akan menyokong RUU anti lompat parti?
Ramkarpal Singh daripada DAP, yang turut menggesa usul undang-undang anti-lompat parti dalam parlimen, pastinya menolak keempat-empat mereka ini.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dengan sokongan sebulat suara jawatankuasa eksekutif pusat DAP telah memutuskan untuk menolak keempat-empat Adun yang telah belot kepada parti mereka sendiri.
Pendirian DAP jelas bertentangan dengan apa yang dihasratkan oleh Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim, sebalik Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli juga menentang pendirian Anwar untuk ‘menerima golongan yang bermoral rendah’.
DAP berharap akan ada kebijaksanaan dalam PH dan menggesa untuk memilih calon mereka yang ikhlas terhadap aspirasi PH dan bukannya mereka yang bermotifkan oportunisme politik semata-mata.
******
Tinggalkan Jawapan