PENGUNDI TIDAK MENYOKONG PH SEBAGAIMANA PADA PRU14 KATA JENTERA PRN PH

Editorial

1 Nov 2021

Tidaklah menghairankan apabila ada blog popular seperti Edisi Siasat menghebahkan bahawa ‘Jentera PH Akui Keputusan PRN Melaka Tidak Akan Memihak Kepada PH Seperti PRU14.’

Sumber: Edisi Siasat

Bukan sahaja majoriti besar pengundi Melaka, terutamanya masyarakat yang sedar tentang moral dan etika hidup, malahan majoriti besar seluruh negara akan menolak PH.

Mereka menolak PH bukan kerana terpengaruh dengan fitnah atau dakyah dan pembohongan pihak musuh PH, tetapi mereka menolak kerana PH telah buktikan ketempangan, kelemahan dan keburukan yang nyata yang telah ditunjukkan oleh PH semasa mereka berkuasa selama 22 bulan.

Rakyat juga menolak PH bukan kerana Tun Mahathir tidak lagi bersama dengan PH, malahan sekiranya Tun Masih bersama PH, bertambahlah kebencian mereka terhadap PH.

Lihatlah bagaimana pemimpin DAP sudah menunjukkan kebencian mereka terhadap Tun Mahathir, meskipun Mahathir mengakui bahawa dia adalah ‘boneka DAP’.

Sebagaimana kenyataan Edisi Siasat, laporan media pro-PH, PH dikatakan akan memenangi sekurang-kurangnya 13 kerusi DUN Melaka.

Ini bermakna, PH hanya memerlukan hanya 2 kerusi DUN untuk membentuk kerajaan negeri.

PH juga menjangkakan 2 kerusi yang diperlukan itu akan mereka perolehi dari 4 orang mantan ADUN yang meruntuhkan Kerajaan Negeri Melaka pimpinan UMNO.

Walaupun DS Anwar Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan akan menerima 3 ADUN yang belot pada Ketua Menteri, namun apa yang ditafsirkan oleh pengundi, keempat-empat mereka adalah liabiliti, sebagaimana yang telah disuarakan oleh bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Media pro-PH mendakwa mereka mempunyai keyakinan PH akan dapat menguasai 15 kerusi DUN, berdasarkan dari kaji selidik yang dilakukan oleh pihak tertentu.

Walau bagaimanapun tidak pula dinyatakan badan manakah yang telah menjalankan penyelidikan berkenaan, dan reliabiliti dan validiti hasil dapatan kajian tersebut amat disangsikan setelah perbualan lapangan dibuat oleh Edisi Siasat mempersoalkan adakah realiti di lapangan selari dengan penyelidikan tersebut?

Beberapa orang petugas PH di beberapa bilik gerakan PH yang sudah mula dibuka di Melaka, telah diwawancara oleh pihak Edisi Siasat.

“Harap-harap PH akan menang sebagaimana dilaporkan, tapi susah nak cakap sebab realiti pada akar umbi agak berbeza”.

“Pada PRU-14 saya jadi jentera PH dan PRN Melaka kali ini pun saya jadi jentera PH di DUN dan Parlimen yang sama, perbezaannya ketara,” keluh seorang jentera PH di bilik gerakan di dalam Parlimen Jasin.

“Laporan macam itu hanya menambahkan tekanan kepada kami, adakah wartawan yang buat laporan itu telah membuat tinjauan keadaan sebenar?” sanggah seorang lagi jentera PH di bilik gerakan di Parlimen Alor Gajah.

“Saya cakap terus terang, di Parlimen Kota Melaka, kami yakin tidak ada masalah, tapi itu baru 5 DUN, mana nak cari lagi 10 DUN”.

Haruslah diingat bahawa Parlimen Kota Melaka mengandungi pengundi yang majoritinya berbangsa Cina yang pastinya merupakan penyokong tegar DAP.

“Senang cerita, bersedialah jadi pembangkang lepas PRN Melaka, nak salahkan pengundi pun tak boleh sebab yang mungkir janji dulu pemimpin kami, sekarang bila buat culaan, asyik kena sindir, malu saya bang,” keluh seorang lagi petugas di bilik gerakan PH di Parlimen Jasin.

“13 kerusi? Apa yang dia orang merepek, cuba tanya DUN mana yang boleh dapat sampai 13 kerusi, setahu saya yang kita boleh sapu bersih cuma DUN di Parlimen Kota Melaka, Parlimen Hang Tuah Jaya satu kerusi DUN boleh dapatlah, lagi satu kerusi DUN Bukit Katil, peluang 50-50 dan Parlimen Jasin mungkin boleh dapat satu kerusi DUN”.

“Parlimen Masjid Tanah, Parlimen Tangga Batu dengan Parlimen Alor Gajah nak dapat satu kerusi DUN pun sayup bang,” akui seorang lagi petugas di bilik gerakan di Parlimen Kota Melaka.

“Betul abang nampak banyak bendera PH dengan banner PH dah pasang, tapi yang mengundi nanti bukan bendera tapi manusia!!!”, tegas rakan beliau yang ada bersama.

Edisi Siasat hanya melaporkan suara hati jentera PH di bilik gerakan mereka yang ada di seluruh negeri Melaka.

Sekiranya benar berlaku perpecahan undi Melayu dengan kehadiran Bersatu menentang UMNO atau PAS menentang UMNO, mungkin juga hipotesis penyelidikan itu menjadi realiti, apabila PH akan menang tipis di beberapa kerusi DUN.

Bersatu dikatakan akan bertanding di semua 28 kerusi DUN, manakala PAS hanya mahukan 5 kerusi DUN sahaja.

Data PRU14

Pada PRU-14 Bersatu hanya memenangi 2 kerusi DUN, UMNO telah memenangi 14 kerusi DUN, manakala PAS memenangi mana-mana kerusi DUN.

Dengan isu fitnah skandal seks speaker DUN, Abdul Raof Yusoh ADUN UMNO, yang juga merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, undi UMNO mungkin akan terjejas kerana Abdul Raof diuar-uarkan akan dilantik sebagai Ketua menteri sekiranya UMNO menang majoriti.

******

Advertisement

One thought on “PENGUNDI TIDAK MENYOKONG PH SEBAGAIMANA PADA PRU14 KATA JENTERA PRN PH

Add yours

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: