MAHKAMAH AMERIKA TERIMA BUKTI KUKUH ‘MALA FIDE’ KONSPIRASI DAN RASUAH UNTUK JATUHKAN NAJIB

Editorial

31 Okt 2021

KAKI FITNAH yang sebelum ini bertungkus-lumus sehingga menerjah pejabat DOJ Amerika Syarikat harus bertanggungjawab dan tunggulah masanya kerana kebenaran akan terdedah, doa orang yang teraniaya adalah makbul.

PH sering menjaja, mencanang dan berkompang memfitnah DS Najib bersekongkol dengan Jho Low dan badan perbankan gergasi dunia, Goldman Sachs untuk mencuri wang 1MDB.

Goldman Sachs dan pegawai mereka telah mengaku bersalah di Amerika Syarikat dan juga membayar AS$3.9 bilion dan merasuah pegawai 1MDB dan pegawai Kerajaan Malaysia.

Peliknya kerana orang yang disogok oleh Goldman Sachs tidak termasuk DS Najib tetapi lebih menjurus kepada pegawai 1MDB dan kerajaan PH yang boleh menjadi saksi pendakwaan terhadap DS Najib di Malaysia

Lantas, peguam DS Najib telah memfailkan di mahkamah Amerika Syarikat bagi mendapatkan hak untuk mengakses maklumat tersebut – khususnya siapa yang disogok Goldman Sachs. Tunggulah sedikit masa lagi akan terdedah siapakah laknatullah itu!

Namun mereka cuba bersilat sebagaimana harimau tua yang sudah hilang taring.

Pada hari sebelum maklumat itu sepatutnya didedahkan kepada peguam DS Najib untuk pembelaannya, kerajaan Amerika Syarikat menghentikannya dengan memfailkan penangguhan!

Oleh itu, peguam AS di Brahman and Associates (sebuah firma undang-undang terkenal di sana dan Peguam Michael Jackson juga!) sangat marah dengan kerajaan AS kerana menghalangnya dan menyatakan kepada Hakim AS yang membenarkan penangguhan itu dengan mengatakan bahawa mereka mempunyai “bukti yang amat kukuh” (iaitu bukti ekskulpatori bermaksud bukti membersihkan seseorang daripada bersalah) tetapi dihalang daripada mendedahkannya kepada peguam DS Najib untuk membersihkan namanya.

Peguam AS berkata tindakan kerajaan Amerika, terutamanya DOJ adalah salah dan terpesong kerana mereka “wajib dari segi etika” untuk mengeluarkan bukti sedemikian jika maklumat sedemikian dapat membersihkan seseorang daripada disabitkan dengan cara yang salah.

Dengan itu, hakim di mahkamah Amerika telah bertindak dan memberikan Kerajaan Amerika Syarikat sehingga 22 Mac (1 minggu kemudian) untuk menjawab mengapa bukti tentang siapa yang disogok tidak boleh diberikan kepada DS Najib serta peguamnya untuk pembelaan kesnya.

Malah, hakim tempatan kita untuk kes 1MDB di Malaysia juga memahami betapa pentingnya bukti tersebut yang cuba disembunyikan, dan bulan lalu mereka telah bersimpati dengan Najib tetapi tidak boleh menangguhkan perbicaraan sementara menunggu bukti.

“Saya bersimpati dengan keadaan anda tetapi kami perlu meneruskan (dengan perbicaraan rasuah 1MDB),” kata hakim itu.(https://www.malaysiakini.com/news/563137)

Amatlah diharapkan agar hakim kes 1MDB tidak membuat keputusan yang tempang kerana pihak yang menerima rasuah dan memfitnah untuk menjatuhkan DS Najib selama ini harus diheret ke muka pengadilan.

PH sering menjaja, isu ‘Kleptokrat’, ‘kluster mahkamah’ ‘perompak-lanun’ dan banyak lagi ‘name calling’ yang amat menyedihkan!

Maklumat tentang rasuah Goldman Sachs terhadap beberapa orang penting di Malaysia ini telah pun disebarkan oleh media tempatan dan mempunyai kepentingan antarabangsa kerana melibatkan badan perbankan gergasi Goldman Sachs.

Kerajaan AS cuba menghalang Najib daripada mendapatkan bukti 1MDB, kata peguam (https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2021/03/16/us-govt-trying-to-prevent-najib-from-getting-1mdb-evidence-say-lawyers/).

Soalan BONUS kepada penyokong PH: Mengapa Goldman Sachs perlu membayar RM16 bilion penyelesaian dan Ambank perlu membayar RM2.8 bilion jika Najib yang menjadi dalang yang mencuri wang daripada 1MDB?

Satu perkara lagi yang mesti diketahui – Tim Liessner telah didapati menyogok pegawai Goldman Sach dan pegawai 1MDB untuk meluluskan sukuk 1MDB yang tidak sepatutnya diluluskan.

Peguam DS Najib telah menfailkan permohonan untuk menangguhkan perbicaraan dengan alasan untuk mengakses dokumen berkaitan kelulusan sukuk 1MDB. Sila rujuk https://www.wsj.com/articles/justice-department-to-charge-former-goldman-bankers-in-malaysia-1mdb-scandal-1541077318

Semoga segala fitnah dan pembohongan, penipuan dan maklumat palsu untuk menjatuhkan DS Najib tersebar dan dimaklumkan kepada rakyat supaya mereka tidak terjebak ke neraka kerana turut sama memfitnah.

****

Advertisement

2 thoughts on “MAHKAMAH AMERIKA TERIMA BUKTI KUKUH ‘MALA FIDE’ KONSPIRASI DAN RASUAH UNTUK JATUHKAN NAJIB

Add yours

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: