Editorial
30 Okt 2021
Gagasan pembangkang menggunakan logo Pakatan Harapan pasti akan mengembalikan kesakitan hati serta fobia rakyat terhadap kerajaan PH-DAP.
Bukan itu sahaja, Majlis Presiden PH telah memutuskan bahawa sekiranya mereka memenangi PRN Melaka, kepimpinan kerajaan negeri akan diserahkan kepada pentadbiran DAP.

Meskipun pelbagai perdebatan telah terbangkit, tetapi DAP tetap dilihat sebagai ‘kafir harbi’ yang harus ditentang oleh umat Islam, walaupun bukan melalui peperangan konvensional, tetapi serangan dan pertahanan melalui media, propaganda dan indoktrinasi mental.

Pemerintahan 22 bulan dengan Perdana Menteri yang mengakui dirinya sebagai keldai DAP akan menjadi satu faktor fobia pengundi Melayu, bukan sahaja di Melaka, bahkan di seluruh Semananjung.

PKR, DAP dan Amanah yang menjadi komponen PH dengan DAP dilihat sebagai mendominasi gagasan tersebut, telah mencapai kata sepakat berkenaan pembahagian kerusi di DUN Melaka pada PRN 20 Nov ini.
Mereka bersepakat, PKR akan bertanding 11 kerusi, Amanah 9 kerusi manakala DAP 8 kerusi.
Pada PRU14 2018, PKR hanya memenangi 2 kerusi, Amanah 2 kerusi, manakala DAP telah memenangi 7 kerusi di kawasan dominasi Cina.

Data di atas dengan jelas menunjukkan bahawa DAP mendominasi PH.
Malahan di peringkat Persekutuan juga, DAP mendominasi kerusi parlimen apabila parti itu mempunyai lebih suara bukan-Islam yang disokong oleh ahli parlimen bukan-Islam dalam PKR.

Dari aspek jumlah majoriti yang dimenangi DAP, nampaknya mereka akan terus mendominasi 7 kerusi yang telah dimenangi pada PRU14 di DUN Melaka kerana telah memperoleh majoriti yang besar daripada pengundi Cina.
Sekiranya DAP masih kekal dengan 7 kerusi DUN, manakala PKR dan Amanah 4 kerusi DUN, diasak pula dengan kerusi DUN PN dan mungkin juga PAS, maka BN-UMNO sudah pasti akan hanya memiliki majoriti yang tipis.

Sekali lagi kedudukan kerajaan Melaka adalah kerajaan yang amat tidak stabil, kecualilah sekiranya UMNO dengan kerjasama PAS dapat menguasai keseluruhan kerusi DUN dengan jumlah majoriti kerusi DUN besar.
Katakanlah UMNO-BN memenangi 13 kerusi dan PAS 5 kerusi yang menjadikannya 18 kerusi, maka kedudukan BN-UMNO-PAS adalah teguh dengan 18/28 yang menjadikan kemenangan 2/3.
Dengan itu dan dengan kesetiaan PAS, barulah kedudukan UMNO-BN-PAS akan teguh meskipun tanpa Bersatu.
******