Editorial
30 Okt 2021
Mesyuarat Majlis Presiden PH dua hari lalu telah memutuskan bahawa kerajaan Melaka akan diserahkan kepada pentadbiran DAP sekiranya PH menang.

Daripada keputusan PRU14, DAP nampaknya telah mendominasi Pakatan Harapan setelah memenangi 7 kerusi DUN, manakala PKR dan Amanah masing-masing hanya memenangi 2 kerusi DUN.
Meskipun pelbagai perdebatan telah terbangkit, tetapi DAP tetap dilihat sebagai ‘kafir harbi’ yang harus ditentang oleh umat Islam, walaupun bukan melalui peperangan konvensional, tetapi serangan dan pertahanan melalui media, propaganda dan indoktrinasi mental.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kerjasama UMNO-PAS akan membentuk kerajaan Taliban yang diterjemahkan sebagai ganas, dan tiada ruang kepada kafirun atau kaum lain di negara ini.
Kor Ming mungkin mahu mengatakan bahawa kerjasama UMNO-PAS akan membentuk satu kerajaan teroris sebagaimana mereka persepsi perjuangan Islam di Afghanistan.

Dia juga pernah mengatakan bahawa dalam budaya Melayu-Islam dalam konteks sedekah duit raya adalah ‘dedak’ yang membawa konotasi bahawa duit raya adalah rasuah, penerimanya adalah haiwan.
Kor Ming juga pernah mendoakan kematian Mahathir dan semoga beliau dapat segera berjumpa rakan sejawatannya Lee Kuan Yew untuk bermain mahjong.
Kaum Melayu hendaknya jangan mudah lupa bahawa DAP dan pemimpin hipokrit mereka amat tegar dengan propaganda memperbodohkan kaum Melayu, sehingga pemimpin mereka terbuka memperakui strategi mereka ‘use Malay to screw the Malays’, dan rakyat lihat mereka berjaya menggunakan Tun Mahathir untuk mengganyang kaum Melayu.

Adakah kaum Melayu-Islam Melaka mahupun pemimpin politik Melayu Melaka masih mahu membuka pintu untuk kerjasama dengan golongan rasis dan cauvinis Cina sedemikian?
Di tengah-tengah krisis kepercayaan terhadap DAP, timbul pula naratif baharu yang mengatakan bahawa TS Muhyiddin sudah ada perjanjian kerjasama dengan DAP.
Adakah ini merupakan agenda tersembunyi Bersatu? Namun demi survival politik Muhyiddin yang masih bercita-cita menjadi PM ke-10, sebagaimana Tun Mahathir sebelum PRU14, tidak mustahil mengikat kerjasama dengan DAP.

DAP akan terus mengindoktrinasikan pemikiran pengundi dengan dogma bahawa kerjasama pelbagai kaum amat penting, dengan itu kaum Melayu harus terbuka menerima DAP, tetapi lihatlah apa yang telah berlaku ketika mereka berkuasa mendominasi PH dalam tempoh 22 bulan.
Kaum Melayu mungkin masih ingat dominasi pengganas komunis selepas Tamatnya Perang Dunia Kedua dan begitulah sikap rakus dan ganasnya mereka ketika 22 bulan berkuasa setelah berpuluh tahun berjuang sebagai pembangkang dan anti-Melayu Islam.
Mereka juga nampaknya bersungguh-sungguh berjuang untuk ‘menghalalkan’ penggunaan kalimah Allah dalam Bible dengan agenda yang amat terang lagi bersuluh iaitu untuk mempermudahkan strategi memurtadkan umat Islam.
Sebagaimana didedahkan oleh Senator TS Ibrahim Abu Shah, DAP adalah jauh lebih berbahaya daripada ISIS dan DAESH seperti yang dicatatkan oleh beberapa buah buku yang dikaitkan dengan Evangelical Christian yang diperjuangkan DAP.
Menurut Ibrahim agenda tersebut dipelopori oleh DAP yang menurut pandangan penulis buku berkenaan, ‘DAP adalah lebih berbahaya daripada ISIS, IS atau pun Daesh’ yang pernah bertindak ganas di Iraq dan Syria serta di negara Barat.
Ramai pemimpin DAP adalah sebenarnya mubaligh Evangelical Christian dan matlamat utama mereka ialah mengkristiankan Tanah Melayu ini.
Semasa PH berkuasa, segala serangan terhadap Melayu-Islam amat jelas terlihat apabila Tabung Haji, Bank Islam, Khazanah dan banyak lagi telah menjadi sasaran kerajaan PH yang didominasi oleh DAP.
Malah Mahathir sendiri mengaku dia adalah ‘PM boneka DAP’.
Adakah kaum Melayu-Islam Melaka mahu tragedi pahit pemerintahan PH-DAP berulang kembali?
******
Tinggalkan Jawapan