VIDEO – PAS TIDAK YAKIN DAN TIDAK MAHU GUNA LOGO PN PADA PRN MELAKA

Editorial

29 Okt 2021

PAS nampaknya tidak yakin dengan sokongan pengundi kepada Perikatan Nasional, apatah lagi Bersatu yang pada PRU14 adalah rakan sekongkol PH.

Bersatu, khususnya Muhyiddin Yassin amat mengharapkan sokongan PAS dan UMNO demi survivalnya, yang lebih banyak dianggotai oleh katak-katak politik, manakala Bersatu Bahagian Pagoh kubu kuat Muhyiddin sendiri, sudah banyak cawangannya dibubarkan.

Dengan hasrat cuba mempergunakan pengaruh UMNO dan PAS, Bersatu telah menyediakan logo PN kerana amatlah bahaya menggunakan logo Bersatu yang sinonim dengan PH.

UMNO telah sejak mula telah menegaskan bahawa mereka tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu di PRN Melaka.

Pengalaman UMNO di PRN Sabah yang menyaksikan bagaimana Bersatu membolot kerusi UMNO dan seterusnya meletakkan orang mereka sebagai Ketua Menteri adalah pengalaman yang pahit bagi UMNO.

Kini PAS sendiri melalui Timbalan Presidennya Datok Tuan Ibrahim Tuan Man, berpendirian untuk menggunakan logonya sendiri pada PRN Melaka.

Sebelum ini, dilaporkan PAS akan bertanding di bawah panji Perikatan Nasional, bersama sekutunya iaitu Gerakan dalam gabungan pimpinan Bersatu.

PAS hanya mensasarkan lima kerusi DUN sahaja pada PRN Melaka.

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin pula telah mengumumkan gabungan itu akan bertanding di semua 28 kerusi DUN dan memutuskan untuk meletakkan calon Bersatu, PAS dan Gerakan di bawah logo PN.

Semalam Setiausaha Agung UMNO, DS Ahmad Maslan mengumumkan bahawa MKT UMNO bersetuju untuk menjalin kerjasama dengan PAS, tetapi tidak dengan Bersatu.

UMNO telah memutuskan untuk bekerjasama dengan PAS, tetapi PAS hendaklah menggunakan logonya sendiri.

Dengan itu, jelaslah PAS lebih akur kepada UMNO daripada Bersatu.

Nampaknya Bersatu gagal untuk mempergunakan pengaruh PAS dan UMNO, sebagaimana mereka mempergunakan pengaruh Tun Mahathir serta pelbagai fitnah, pembohongan dan janji palsu semasa PRU14

Lebih buruk lagi apabila Mahathir telah memperakui kedudukannya sebagai PM dalam Pakatan Harapan hanyalah sebagai ‘Boneka DAP’.

Pengundi juga harus bertanya dimanakah Muhyiddin ketika ratusan ribu umat Islam berkumpul di Kuala Lumpur ketika PH berkuasa untuk menentang ratifikasi ICERD?

Sedangkan ratifikasi ICERD itu adalah muslihat DAP untuk memadamkan kedudukan Raja-Raja Melayu, hak dan keistimewaan Melayu-Bumiputera serta kedudukan agama Islam.

Apa yang rakyat lihat Bersatu, Mahathir dan Muhyiddin berada di sisi DAP, yang dilihat sebagai kafir harbi yang harus ditentang, walaupun bukan melalui peperangan konvensional, tetapi melalui media dan penindokrinasi mental.

Walau bagaimanapun pengundi pastinya tidak lagi mahu tertipu dengan PH dan konco-konconya seperti Bersatu.

Sudah ada suara-suara sumbang yang mengatakan bahawa Muhyiddin bercita-cita untuk mendapatkan kembali kerusi Perdana Menteri dan PRN Melaka adalah makmal ujiannya.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: