Editorial
28 Okt 2021
Timbalan Presiden PAS, Datok Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengeluarkan kenyataan akhbar bahawa PAS akan bertanding di PRN Melaka, tanpa mengganggu kawasan yang telah dimenangi UMNO.
Apa yang penting ialah sokongan ahli PAS kepada calon UMNO dan juga ahli UMNO kepada PAS supaya mana-mana calon yang bertanding akan diperkasakan.
PAS hanya berhasrat untuk bertanding 5 kerusi DUN sahaja, itupun bagi kerusi DUN yang dilihat sebagai bukan kawasan dominan UMNO.
Meskipun UMNO telah memenangi 14 kersui DUN semasa PRU14, namun terdapat juga kerusi DUN yang masih signifikan menjadi hak UMNO, meskipun UMNO kalah.
Hendaklah diingat bahawa semasa PRU14 Bersatu adalah rakan sekongkol DAP-PH-PKR, manakala pengundi tertipu dengan pembohongan, janji palsu dan fitnah DAP-PH yang membawa kemenangan mereka.
Lagipun pengundi juga tertipu dengan penyertaan Mahathir dalam PH yang hakikatnya hanyalah berperanan sebagai keldai DAP.

Dengan itu meskipun UMNO telah memenangi 14 kerusi, masih terdapat beberapa lagi kerusi yang tidak seharusnya menjadi milik Bersatu, PKR dan Amanah.
Datok Tuan Ibrahim telahpun berbincang dengan Timbalan Presiden UMNO, DS Mohamad Hassan.
Meskipun respons Timbalan Presiden UMNO agak positif tetapi belum ada keputusan rasmi daripada MKT UMNO terhadap saranan baik daripada PAS itu.
Usaha untuk mempertahankan kerusi DUN di Melaka melalui kerjasama dengan PAS yang mahu bertanding 5 kawasan DUN amatlah wajar dipertimbangkan oleh UMNO.
Tetapi 2 kawasan DUN yang dimenangi oleh Bersatu tidak boleh dipertimbangkan kerana Bersatu menang atas tiket PH-DAP-PKR pada PRU14 tempoh hari.
PAS juga harus ingat terdapat 7 kawasan DUN yang didominasi oleh kaum Cina yang sudah tentu cenderung untuk mengundi DAP.

Lantas walaupun ada 28 kerusi DUN, manakala 14 telah dimenangi oleh UMNO, 7 dominasi DAP, 2 dimenangi oleh Bersatu dengan janji palsu mereka ketika bersama PH, hanya terdapat 5 lagi kerusi DUN yang mungkin boleh diletakkan calon PAS.
Untuk calon Bersatu, lupakanlah, kerana pada PRU14 mereka menang atas tiket PH-DAP-PKR, mereka harus ditentang kerana pengundi dan rakyat tidak mahu lagi berada di bawah pentadbiran mereka.
Lantas eloklah sekiranya PAS dan UMNO-BN menentang Bersatu dan PH-DAP-PKR di mana sahaja mereka bertanding.
*****
Tinggalkan Jawapan